About

15 February 2009

Lencana Sekolah


Penjelasan Lambang Lencana Sekolah






Bentuk - Logo
Berbentuk perisai melambangkan semangat perjuangan yang kental dalam usaha memartabatkan ilmu pendidiakan jaminan masa depan lebih cemerlang dan gemilang.

Lambang -

Buku
Melambangkan landasan ilmu ke arah perjuangan gigih berkeupayaan menatang ilmu mencipta kejayaan cemerlang serta gemilang dengan keikhlasan dan kesucian.

Obor
Melambangkan kepentingan kemajuan sukan dan kokuriklum yang lebih berprestij membentuk pelajar seimbang JERI mereka.

Jalur Obor
Lima jalur melambangkan setiap kegiatan sekolah berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Islam dan lima prinsip Rukun Negara.

Sembilan Gear
Melambangkan sembilan cabaran wawasan yang perlu dihadapi ke arah kecemerlangan.

Warna -

1) Maroon
Melambangkan semangat keberanian , kegigihan , kesepaduan , keharmonian komuniti sekolah dan semangat cinta kepada sekolah. Gabungan warna digunakan kearah cerminan perpaduan kaum yang mantap.

2)Putih
Melambangkan nilai murni bersih , cekap dan amanah.

3) Kuning
Melambangkan kejayaan dalam akademik dan kokurikulum yang berkualiti
serta melambangkan kedaulatan kepada negara.

Motto - “BERUSAHA BERILTIZAM BERKUALITI”

BERUSAHA
Tekad berusaha dalam pelbagai bidang ilmu.

BERILTIZAM
Kegigihan dengan sepenuh keperihatinan dan lebih serius dalam usaha mencari ilmu untuk jaminan masa depan.

BERKUALITI
Pencapaian kejayaan lebih cemerlang dan gemilang ke arah pembentukan generasi terpilih.

Reben - Bermaksud mengawal diri daripada melakukan perbuatan tidak bermoral dan seterusnya melahirkan pelajar bersahsiah serta berakhlak mulia serta berdisiplin dan bertanggungjawab.

Ikatan Bebola - Simbol sains yang membawa makna mendukung perkembangan sains dan teknologi dalam pendidiakan berasaskan ikatan yang stabil antara atom , jirim dan molekul.

Atom - Aspek ketuhanan
Jirim - Aspek perpasuan tiga ras
Molekul - Aspek kurikulum dan kokurikulum

No comments:

 
Blogger Templates