About

15 November 2011

Perjumpaan ALUMNI GENGGAM GEMILANG Kali Pertama (23 Jun 2011)




Sesi pendaftaran diadakan di Anjung Ilmu.
Kelihatan bekas-bekas pelajar SMK Taman Desa Skudai sedang mendaftar dan mendapat taklimat ringkas daripada kaunselor, Cik Normah.


Pengetua, Puan Hjh Fouziah sedang menyampaikan ucapan dan kata-kata aluan buat semua bekas pelajar SMKTDS. Perjumpaan telah diadakan di Makmal Bahasa.




Bekas-bekas pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Puan Pengetua, Puan Hjh Fouziah.





Barisan Alumni Genggam Gemilang SMTDS bergambar kenangan di Anjung Ilmu.

Majlis Graduasi SPM 2011 (10 November 2011)




TARIKH : 10 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)

TEMPAT : DEWAN SMK TAMAN DESA SKUDAI


DISEMPURNAKAN OLEH :
PROF. DR MAKETAB BIN MOHAMED
YANG DIPERTUA PIBG
SMK TAMAN DESA SKUDAI






PENDAHULUAN
Majlis Graduasi Kali ke-3 ini merupakan majlis anjuran SMK Taman Desa Skudai bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 yang akan meninggalkan alam persekolahan seterusnya berjuang untuk meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi.




OBJEKTIF
 Memotivasikan pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik


 Menghargai pelajar sepanjang sesi persekolahan


 Melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.






PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang bekerjasama untuk menjayakan Majlis Graduasi Kali Ketiga ini terutama kepada Prof. Dr Maketab Bin Mohamed (Yang Dipertua PIBG) atas kesudian menyempurnakan Majlis Graduasi SPM 2011, Puan Pengetua, pihak pentadbir SMKTDS, AJK PIBG SMKTDS, guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTDS 2011.


ATURCARA
7.30 pagi : Taklimat IPTA/ Politeknik/ ILKA
9.00 pagi : Pelajar rehat
9.20 pagi : Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
10.00 pagi : Ketibaan dif-dif kehormat
10.15 pagi : Bacaan doa
10.20 pagi : Ucapan wakil pelajar
10.30 pagi : Ucapan Tuan Pengetua
10.45 pagi : Ucapan Yang Berbahagia Prof. Dr Maketab Bin Mohamed (YDP PIBG)
11.05 pagi : Majlis Penyampaian Sijil (5UTM, 5UTHM, 5UKM, 5UPM, 5UIAM, 5UM dan 5UITM)
11.00 pagi : Sesi fotografi pelajar bersama-sama YDP PIBG SMK Taman Desa Skudai, Prof. Dr Maketab Bin Mohamed, Pengetua, Pentadbir dan Guru-guru
11.30 pagi : Jamuan
















PETUA PELAJAR CEMERLANG

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.


2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan


3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru


4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar


5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal


6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu


7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)


8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca


9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu


10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah


Sumber : Blog Puan Hjh Nik Zulina 
Jurulatih Utama Pendidikan Islam PPD Kota Bahru Kelantan
>>   http://nikzulina.blogspot.com/
 
Blogger Templates