About

30 August 2010

e-G Tukar (Sistem Pertukaran Guru)





Lagu Tema Kemerdekaan yang ke 53






Lirik Lagu 1 Malaysia
*****************************

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha


Download MP3

29 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2010





Laman web Sejarah Malaysia



Laman web Malaysia Merdeka

>> http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Video laungan kemerdekaan dari Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman yang juga diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia, nyanyian lagu "Negaraku" dan kibaran bendera Jalur Gemilang buat kali pertama pada tahun 1957.


25 August 2010

KEM EKSPLORASI ANAK SOLEH KHAS RAMADAN (14 & 15 Ogos 2010)

KEM EKSPLORASI ANAK SOLEH KHAS RAMADAN

Tarikh : 14 & 15 Ogos 2010

Tempat : Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM

Anjuran : Pusat Islam UTM dengan kerjasama SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

Pengenalan
Dewasa ini menyaksikan gejala sosial di kalangan remaja semakin meruncing. Justeru, menjadi tanggungjawab masyarakat membantu memberikan pendedahan dan ilmu kepada mereka untuk membina jati diri sebagai anak yang soleh dan pelajar muslim yang cemerlang.

Program ini memuatkan program yang sesuai dengan jiwa anak remaja dan dipenuhi dengan pengisian kerohanian, aktiviti berbentuk fizikal dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa. Semoga program ini dapat membantu memberi kesedaran tentang kemahiran mendidik anak remaja bagi melahirkan keluarga yang harmoni.

Objektif Bengkel
 Memberikan pendedahan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa serta harapan ibu bapa kepada mereka.
 Membentuk ciri-ciri kepimpinan dan jati diri muslim sejati dalam diri pelajar.
 Melahirkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
 Berkongsi perasaan anak dan ilmu berkaitan keibubapaan profesional bagi melahirkan keluarga yang seimbang dan harmoni.


Tentatif Program Kem Anak Soleh

Sabtu (14 Ogos 2010)
8.00 pagi – Pendaftaran peserta
8.30 pagi – Taklimat dan Disiplin Bengkel
- Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM
- Nasyid Tema
9.00 pagi – Slot Jana Minda 1
- Anak Soleh : Harapan Ibu Bapa dan Cita-cita
Oleh : Ustazah Naemah Binti Hamzah
11.00 pagi – LDK 1 : Kenali Diri Hiasi Peribadi
1.00 petang – Solat Zohor Berjemaah
2.00 petang – Slot Jana Minda 2
- Solat dan Pembangunan Diri
Oleh : Dr. Azhar Bin Muhammad
Pengarah Pusat Islam UTM
3.30 petang – LDK 2 : Tiang Agama
4.30 petang – Solat Asar Berjemaah
5.00 petang – Riadah Bermodul
6.30 petang – Persiapan Berbuka Puasa
7.00 petang – Solat Maghrib
- Solat Isyak dan Solat Terawih
- Minum Malam
11.00 malam – Himpun Daya

Ahad (15 Ogos 2010)
4.00 pagi – Sahur
- Qiamullail
- Solat Subuh Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
7.30 pagi – Slot Jana Minda 3
- Menjadi Anak Soleh
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
10.00 pagi – Slot Jana Minda 4 Bersama Ibu Bapa :
- Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
12.00 tengah hari – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010 (19 Ogos 2010)


Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010
Peringkat Sekolah SMK Taman Desa Skudai

Program dilaksanakan khusus untuk semua calon PMR dan SPM SMKTDS yang beragama Islam serta ibu bapa mereka. Program ini merupakan satu program kali keempat diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam.

Semoga program yang dilaksanakan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat.

Tarikh : 19 Ogos 2010 (9 Ramadan 1430 Hijrah)
Hari : Khamis (Selepas Maghrib hingga selesai solat terawih)
Tempat : Surau SMKTDS

Anjuran :
Pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam

Matlamat :
Memberikan motivasi diri kepada pelajar-pelajar Islam bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.

Objektif :
1. Memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Islam yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.
2. Mengajak semua yang terlibat dengan program ini menghidupkan Ramadan dengan amalan-amalan mulia seperti bersedekah, solat hajat dan solat terawih.
3. Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa pelajar.

Sasaran :
Semua pelajar Islam Tingkatan 3 dan 5 SMKTDS

Tentatif Program

19 Ogos 2010
7.00 petang - Pelajar-pelajar dan guru berkumpul di surau SMKTDS
- Persediaan berbuka puasa dan taklimat ringkas program
7.20 petang - Berbuka puasa bersama-sama dan solat Maghrib
8.00 malam - Makan berat
8.30 malam - Solat Isyak, solat hajat dan solat terawih
- Majlis bersurai

16 August 2010

Nasyid : Buatmu Ibu

Kejayaan Pasukan Solar Car Race SMKTDS dalam Festival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Johor (21 & 22 Julai 2010)

PASUKAN SOLAR CAR RACE SMK TAMAN DESA SKUDAI

SMK Taman Desa Skudai telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang murid dan seorang guru pengiring untuk menyertai Festival Sains & Teknologi Peringkat Daerah Johor Bahru yang telah berlangsung pada 26 Jun 2010 di SMK Taman Universiti 2. Guru Pengiring ialah Puan Vickneswary A/P Madhaven manakala tiga orang murid yang terlibat daripada seorang murid tingkatan 5 iaitu Nor Syafirah binti Abdul Samat (5UTHM) dan dua orang murid tingkatan 4 iaitu Tho Jian Xiang (4UTHM) dan Vinothkanna A/L Manogaran (4UTHM).

SMK Taman Desa Skudai telah mendapat tempat pertama (JOHAN) dalam kategori Pertandingan Solar Car peringkat Daerah Johor Bahru seterusnya melayakkan pasukan ini mewakili Daerah Johor Bahru bagi kategori Solar Car Race ke Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor 2010 yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2010 di SMK Anjung Batu, Mersing, Johor. SMK Desa Skudai telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Solar Car Race di peringkat Negeri Johor.

Komitmen yang ditunjukkan oleh Nor Syafirah, Tho Jian Xiang dan Vinothkanna adalah penyumbang utama kejayaan pasukan Solar Car Race SMK Taman Desa Skudai.

Bergambar kenangan ketika berada di Mersing bersama guru pengiring mereka, Puan Vikneswary.

Vinothkanna, Tho Jian Xiang dan Nor Syafirah yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Festival Sains & Teknologi Peringkat Daerah JB dan Peringkat Negeri.


Aksi ketika Pertandingan Solar Car Race Peringkat Negeri Johor yang diadakan di SMK Anjung Batu, Mersing pada 21 dan 22 Julai 2010.

15 August 2010

Nasyid : Aiman -Anak Soleh



Nasyid Tema
Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda

###################

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan iuku
Wahai Tuhanku

Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangi mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya




Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


Muat turun Jadual Peperiksaan SPM 2010




Jadual Peperiksaan SPM 2010


Glitter Graphics  http://www.graphicsgrotto.com


Untuk muat turun JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2010, klik di SINI

Glitter Graphics  http://www.graphicsgrotto.com

Surat Seorang Ibu

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu anda.




Kredit : You tube Saiful Nang

Kem Eksplorasi Anak Soleh Ramadan (14 & 15 Ogos 2010)




10 August 2010

Pertandingan Melukis Poster dan Buku Skrap - Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar


Sukacita dimaklumkan bahawa program berkenaan diadakan seperti butiran berikut :-

Penyertaan : Terbuka kepada semua murid sekolah menengah

Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2010

Maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah

Sumber :
http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1254

Warga SMK Taman Desa Skudai mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak” kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan.

* * Untuk menyemak
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010. Sila klik di SINI.








07 August 2010

Bengkel Teknik Menjawab ERT (7 Ogos 2010)

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Makmal Bahasa SMK Taman Desa Skudai

Penceramah : Puan Jamilah
(Guru Cemerlang SMK Seri Tebrau)

Pelajar yang terlibat : 80 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran ERT dari seluruh sekolah dalam daerah JB.


Pelajar-pelajar yang mengambil subjek ERT sedang khusyuk mendengar ceramah.



Persembahan Yoyo (7 Ogos 2010)

Persembahan Yoyo ini dipertontonkan ketika upacara perasmian Program Seni Budaya 1 Malaysia yang diadakan di SMK Taman Desa Skudai, JB pada 7 Ogos 2010.

Persembahan Gendang Cina (7 Ogos 2010)

Persembahan Gendang Cina ini dipertontonkan ketika upacara perasmian Program Seni Budaya 1 Malaysia yang diadakan di SMK Taman Desa Skudai, JB pada 7 Ogos 2010.

05 August 2010

Program Pembangunan Insan -Pelajar Islam (6 Ogos 2010)


Ustaz Zakir Abdul Razak sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Persediaan Menjelang Ramadan" kepada pelajar-pelajar dan juga guru-guru di surau SMKTDS.

Pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zakir Abdul Razak dengan khusyuk.

04 August 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Bermula pada 2 ogos 2010,pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Percubaan PMR.
Untuk download, sila klik di SINI

Seluruh Warga SMK Taman Desa Skudai mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada semua pelajar.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010




Barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai bergambar kenangan bersama guru penasihat, Puan Cecilia Zamira sebelum berlangsung "Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah" pada 29 Julai 2010.

Majlis dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak oleh pelajar Tingkatan 3 dan diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai.

Pasukan Gendang Cina bersiap sedia untuk mempersembahkan aksi mereka ketika majlis pelancaran berlangsung.



Tuan Haji Shaharuddin Saari menyampaikan ucapan sempena "Pelancaran Bulan Kemerdekaan" Peringkat Sekolah yang diadakan di Dataran Wawasan pada pagi Khamis (29 Julai 2010).



Tuan Haji Shaharuddin dengan diiringi PK 1, Puan Tay Suat Gan dan PK HEM, Encik Zailan menyempurnakan upacara Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dengan gimik kain rentang hasil lukisan para pelajar SMK Taman Desa Skudai.



Majlis disusuli dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh guru dan pelajar sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



Gimik pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang cukup menarik dan menggamatkan suasana pada pagi tersebut.

Guru-guru dan pelajar-pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat.



Gabungan kepelbagaian kaum yang ditampilkan melalui pakaian tradisi 3 kaum utama di Malaysia dipertontonkan pada majlis pelancaran ini.


Aksi spontan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang majlis berlangsung.

 
Blogger Templates