

Ahli-ahli Kelab Tunas Bistari yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 4 sedang sibuk menjalankan perniagaan menjual burger dan minuman ringan kepada pelajar-pelajar SMKTDS yang menghadiri aktiviti ko-kurikulum pada hari ini.

Ahli-ahli Kelab Tunas Bistari tidak menang tangan untuk menyiapkan minuman ringan untuk dijual.


Suasana di kantin berubah wajah dengan kehadiran ramai pelajar yang ingin mengisi perut mereka yang lapar.




Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling sedang mendengar taklimat untuk guru penasihat mereka iaitu Kaunselor sekolah, Puan Kamsiah Shufaat.