About

25 November 2016

Kursus Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Adobe Photoshop (4 Mei 2016, Sabtu)

Kursus Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Adobe Photoshop
Tarikh : 14 Mei 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Anjung Ilmu dan Makmal Komputer







Penceramah jemputan sedang memberi taklimat kepada guru-guru dan para pelajar.


Penceramah jemputan sedang menunjukkan demonstrasi CPR dengan menggunakan patung.




Guru-guru dan para pelajar sedang mengaplikasikan teknik CPR yang betul menggunakan patung.

Kursus Adobe Photoshop
Tempat : Makmal Komputer





Para pelajar daripada Kelab Media, Kelab Seni Visual dan Kelab Cyber menghadiri Kursus Adobe Photoshop yang dikendalikan oleh pereka grafik Syarikat Al-Fateh Gemilang Sdn. Bhd.



Sesi penyampaian cendera hati kepada para fasilitator daripada Syarikat Al-Fateh Gemilang Sdn. Bhd.


Sesi penyampaian hadiah kepada wakil kumpulan yang memenangi pertandingan mencipta banner paling kreatif.

Sesi bergambar kenangan bersama para pentadbir dan para fasilitator Syarikat Al-Fateh Gemilang Sdn. Bhd. Dan guru-guru penasihat Kelab Media.




06 November 2016

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2016







Persembahan Silat Semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 dan Mesyuarat PIBG Kali ke-13 (27 Februari 2016)


Persembahan Silat Semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 dan Mesyuarat PIBG Kali ke-13 (27 Februari 2016) di bawah bimbingan Cikgu Omar Nor

Persembahan Gendang Cina dan Kompang Semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 dan Mesyuarat PIBG Kali ke-13 (27 Februari 2016)


Persembahan Gendang Cina dan Kompang Semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 dan Mesyuarat PIBG Kali ke-13 (27 Februari 2016)

04 November 2016

Laporan Hari Kokurikulum SMKTDS 2016 (24 September 2016)


Pada 24 September 2016, SMK Taman Desa Skudai (SMKTDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum Kali ke-14. Hari Kokurikulum ini telah berlangsung dengan begitu baik dan meriah mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya iaitu Dr. Zaini bin Abu Bakar telah berbesar hati meluangkan masa untuk merasmikan majlis dan beberapa jemputan yang lain turut sama hadir bagi memeriahkan Hari Kokurikulum pada tahun ini.

            Objektif Hari Kokurikulum adalah untuk menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar dalam kegiatan beruniform dan persatuan serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar berbilang kaum (RIMUP). Selain itu, program ini juga bertujuan membantu pelajar-pelajar membentuk sahsiah, disiplin dan kepimpinan yang telus dalam aktiviti yang dirancangkan. Disamping itu, ia juga sebagai landasan untuk murid-murid memperagakan aktiviti mereka dan juga untuk mewujudkan semangat 1 Malaysia dalam kalangan murid. Program Hari Kokurikulum ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan, persembahan dan keusahawanan dan juga mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Objektif yang terakhir ialah, ia juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid dan guru cemerlang yang menyumbang jasa dan bakti dalam kokurikulum.

            Pada jam 8.00 pagi, dif kehormat, Dr. Zaini bin Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya tiba di perkarangan sekolah dan telah disambut dengan paluan kompang juga diiringi bunga manggar dan juga barisan pentadbir SMKTDS. Paluan kompang SMKTDS mengiringi rombongan kehormat sehingga ke Anjung Ilmu. Tepat jam 8.05 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Lagu-lagu tersebut telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para pelajar yang hadir dan guru-guru. Majlis disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shairazi bin Che Mohamad agar majlis berlangsung dengan baik dan diberkati.

            Aturcara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Mahani Binti Sulaiman, selaku Pengetua SMKTDS. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan barisan Unit Beruniform oleh Dr. Zaini bin Abu Bakar yang seterusnya merasmikan majlis dengan diiringi oleh barisan pentadbir SMKTDS. Gimik perasmian diserikan dengan kehadiran sebuah kereta kawalan jauh yang dikawal oelh seorang guru dan juga kehadiran tiga orang pelajar menaiki basikal mini kehadapan dif kehormat seterusnya menyerahkan gunting kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Dr. Zaini bin Abu Bakar untuk memotong ikatan reben pada banner yang tertera nama program.

            YB Dr Zaini Bin Abu Bakar juga turut menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang menerima “Anugerah Khas” bagi kategori “Anugerah Tokoh Sukan” kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang Kokurikulum. Pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat  pelajar-pelajar yang seterusnya akan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum. Tepat jam 9.30 pagi majlis berehat sebentar bagi mengiringi Dr. Zaini bin Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya selaku perasmi melawat ke tapak pameran dan sesi jamuan. Antara persatuan yang menyertai pameran pada tahun ini ialah Persatuan Seni Visual, Persatuan Sejarah, Persatuan Bahasa Tamil dan Persatuan Reka Cipta. Persatuan Seni Visual mengadakan pameran di Bilik Seni manakala selebihnya pameran diadakan di Bilik Sejarah. Puan Norlin Binti Mohamad, guru Pendidikan Seni Visual membawa dif-dif jemputan untuk melihat hasil kerja para pelajar yang kreatif seperti lukisan, batik, rekaan kasut bercorak, dan lain-lain hasil kerja pelajar. Kemudian, para tetamu jemputan diiringi oleh para pentadbir dan wakil PIBG dibawa untuk melihat pameran anjuran Persatuan Bahasa Tamil di Bilik Sejarah. Para pelajar India telah berjaya menghasilkan rekaan kolum yang  sangat kreatif dan berwarna-warni. YB Dr Zaini Bin Abu Bakar turut berkesempatan bergambar kenangan bersama-sama para pentadbir, wakil PIBG dan para pelajar dari pasukan Unit Beruniform yang menyertai perbarisan pada hari tersebut di Anjung Ilmu. Sebelum berangkat pulang, Dif Kehormat dan barisan pentadbir SMKTDS turut dijemput ke sesi jamuan VIP yang telah diadakan di Bilik ERT.

         Majlis diteruskan  dengan persembahan Gendang Cina yang diwakili oleh pelajar-pelajar SMKTDS dan ianya telah berjaya memukau para hadirin dengan persembahan tersebut. Sebaik sahaja persembahan Gendang Cina selesai, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah dan sijil Kokurikulum. Tidak dilupakan juga, penghargaan turut diberikan kepada guru-guru SMKTDS yang telah banyak menyumbangkan jasa dan tenaga mereka dalam memantapkan pengurusan Kokurikulum serta menaikkan nama sekolah sepanjang tahun 2016. Pengiktirafan dan penghormatan juga diberikan kepada guru dengan pemberian “Anugerah Guru Aktif Kokurikulum” dalam majlis ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan guru SMKTDS sepanjang tahun 2016. Anugerah yang diberikan kepada AJK Pengurusan Kokurikulum dan Anugerah Guru Aktif telah disampaikan oleh Encik Ahmad Zaki Bin Abd. Hamid, Penolong Kanan Petang. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Noor Hafizah Binti Abd. Wahab turut menyampaikan anugerah kepada Pelajar Aktif Kokurikulum.





            Antara pelajar yang menerima anugerah cemerlang Kokurikulum ialah :



NAMA : WINNIE NG ANN NIE (5 UKM)

NO K/P : 990711135442

D.O.B : 11 JULAI 1999


          
BIL.
TAHUN
PENCAPAIAN

1.
2012
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH (JOHAN)
2.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KETIGA)
3.
ANUGERAH PELAJAR AKTIF KOKURIKULUM
4.
MENYERTAI PERKHEMAHAN PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2012
5.
2013
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH (JOHAN)
6.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KETIGA)
7.
ANUGERAH PELAJAR AKTIF KOKURIKULUM
8.
MENYERTAI KEM KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
9.
SETIAUSAHA ST. JOHN AMBULANS
10.
2014
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH (JOHAN)
11.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KETIGA)
12.
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH (JOHAN)
13.
PEN.KETUA KUMPULAN KEM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
14.
MENCAPAI 8TH GUP DALAM UJIAN KENAIKAN PANGKAT TAEKWONDO
15.
DINAIKAN PANGKAT KOPERAL (ST. JOHN AMBULANS)
16.
SETIAUSAHA ST.JOHN AMBULANS
17.
2015
KOMANDER PASUKAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH (JOHAN)
18.
KOMANDER PASUKAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (KEEMPAT)
19.
MENCAPAI PERINGKAT 7TH DAN 6 TH DALAM UJIAN KENAIKAN PANGKAT TAEKWONDO
20.
ANUGERAH PELAJAR AKTIF KOKURIKULUM
21.
LIFE CAMP CAPTAIN
22.
LULUS DALAM UJIAN PERPERIKSAAN PERAWATAN
23.
NAIB PENGERUSI ST. JOHN AMBULANS
24.
MENYERTAI KEJOHANAN TAEKWONDO KUKKIWON CUP PERINGKAT NEGERI
25.
KOMANDER PERBARISAN TAHUNAN ST.JOHN AMBULANS PERINGKAT DAERAH
26.
KOMANDER PERBARISAN TAHUNAN ST.JOHN AMBULANS PERINGKAT NEGERI
27.
ANUGERAH GANGSA REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
28.
MENYERTAI KURSUS PERTOLONGAN CEMAS SUKAN TAEKWONDO
29.
DINAIKAN PANGKAT SARJAN (ST. JOHN AMBULANS)
30.
2016
AJK FASILITATOR KEM PERTOLONGAN CEMAS
31.
JOHAN KAWAD KAKI ST. JOHN AMBULANS PERINGKAT KEBANGSAAN
32.
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (TEMPAT KE LAPAN)
                                                     




NAMA: TEY JI XING (4UPSI)                                                               

NO K/P : 990416015579

D.O.B : 16 APRIL 1999



:: PENCAPAIAN ::
BIL.
PERTANDINGAN
PENCAPAIAN
PERINGKAT
1-
AKUATIK MSSJ: 100 M GAYA DADA
1 PERAK
MSSJ
2
AKUATIK MSSJ: 200 M GAYA DADA
1 PERAK
MSSJ
3
AKUATIK MSSM
TIADA
MSSM



ANUGERAH KHAS HARI KOKURIKULUM 2016
BIL.
NAMA PENERIMA
ANUGERAH
1.
WINNIE NG ANN NIE
Anugerah Tokoh Kokurikulum
2.
TEY JI XING
Anugerah Tokoh Sukan
3.
MAYZATUL NAJWA BINTI MOHD SAZALI
Anugerah Tokoh Harapan Kokurikulum
4.
SITI NUR AMIRA BT ROSLI
Anugerah Tokoh Harapan Kokurikulum
5.
KARTIYANI A/P RAMA KRISHNAN
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
6.
MAHA LETCHMY A/P KRISHNAN
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
7.
WEE AH MA
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
8.
LIM EIT CHAN
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
9.
NORZALMILA BINTI ZAHARI
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
10.
FAUZIAH BINTI ISMAIL
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
11.
NUR AIMI BINTI MOHD IDRUS


 

Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
12.
MOHD SUHAIMI BIN AB SAMAD
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
13.
NORDIANA BINTI AHMAD
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
14.
TANG CHIEW HA
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
15.
VASUDEVAN A/L LETCHUMANAN
Anugerah Guru Aktif Kokurikulum
16.
PERSATUAN ST JOHN AMBULAN
Anugerah Peningkatan Cemerlang dalam U. Beruniform
17.
PERSATUAN PENGAKAP
Anugerah Peningkatan Cemerlang dalam Unit Beruniform
18.
KELAB KEBUDAYAAN
Anugerah Peningkatan Cemerlang Kelab/Persatuan
19.
PERSATUAN BAHASA TAMIL
Anugerah Peningkatan Cemerlang Kelab/Persatuan

20.
KELAB TUNAS BISTARI
Anugerah Peningkatan Cemerlang Kelab/Persatuan
21.
TAN SEOAH CHEE
Setiausaha Kokurikulum
22.
NUR AIMI BINTI MOHD IDRUS
Setiausaha Kokurikulum
23.
NUR FARIHASHAULA BT ZAINAL
Penolong Setiausaha Kokurikulum
24.
KOGILA A/P ALAGAN
Penolong S/U Kokurikulum
25.
AZLAN HANIFF BIN ZAKARIA
Setiausaha Sukan
26.
NUR HAYYUN MOHAMED RUMSANI
Setiausaha Sukan
27.
JESSIE A/P THANGAPANDI
Penolong Setiausaha Sukan
28.
NORAISHAH BINTI YUSOF @ MD YUSOF
Penyelaras Unit Beruniform
29.
NOR AIDA BINTI MUHAMMAD SUM
Penyelaras Unit Beruniform
30.
SYAFEENA BINTI AHMAD RADZI
Penyelaras Persatuan Akademik
31.
NUR FEDOUF BINTI IBRAHIM
Penyelaras Persatuan Akademik
32.
NURDALILATI BINTI M. IDRIS
Penyelaras Kelab Bukan Akademik
33.
NOR KURBANI BT YUNUS
Penyelaras Kelab Bukan Akademik
34.
SITI NURAINI BINTI A RASHID
Penyelaras Sukan Permainan
35.
KHIREEN NITA BT. A. KAMADIN
Penyelaras Sukan Permainan


ANUGERAH PELAJAR AKTIF KOKURIKULUM 2016


:: TINGKATAN SATU ::

BIL.
NAMA PENERIMA
TINGKATAN

1.
TAN KE ENN
1RK
2.
WONG LIANG FATT
1UTM
3.
ESWAR A/L ANAMALAISAMY
1UM
4.
NG GE HWEE
1UM



:: TINGKATAN DUA ::

BIL
NAMA PENERIMA
TINGKATAN

1.
AIDA AMALIA BINTI ALFIZAN
2RK
2.
HANS HANNIEL HORMAN
2RK
3.
NORHANISSA NAREESYA BINTI MOHAMED NORDIN
2RK
4.
AHMAD DANIAL HAKIMI BIN MOHAMAD
2UTM
5.
SRIHARI NAIDU A/L VENKATASH
2UTM
6.
TAN ZHI HEN
2UTM
7.
UMAR BIN ABDUL AZIZ
2UTM
8.
WINDY NG ANN SIAN
2UTHM
9.
PHANG XIN LU
2UKM



:: TINGKATAN TIGA ::

BIL
NAMA PENERIMA
TINGKATAN
1.
NUR IRA NATASHA  BINTI KAHARUDIN
3RK1
2.
CHAN KAH NING
3UTM
3.
CHENG HWEE LENG
3RK2
4.
CHIN JIA WEN
3RK2
5.
LOONG JUN YONG
3RK2
6.
LOH HUI LIN
3UIAM



:: TINGKATAN EMPAT ::

BIL.
NAMA PENERIMA
TINGKATAN
1.
CHAI MAN WEI
4UTHM
2.
LEE WEI JUN
4UTHM
3.
LEONG KER YI
4UTHM
4.
CHIAH MENG TECK
4UKM
5.
PANG GUAN ZHONG
4UKM
6.
TENG WEI JING
4UPM




:: TINGKATAN LIMA ::

BIL.
NAMA PENERIMA
TINGKATAN
1.
BADRUL AZIZ BIN ABDUL RAZAK
5UTM
2.
MUHAMMAD MUJAHID BIN AHMAD FUA'AD
5UTM
3.
RAMPRIA A/P MOHANA SUNDARAM
5UTM
4.
SANGEETHA A/P KUMAR
5UTM
5.
AHMAD FAHMI B SHAMSHULKAMAL
5UTHM
6.
AMIRA AISYAH MUHAMMAD FAUZI





5UTHM
7.
AMIRUL AKIL BIN ABDUL AZIZ
5UTHM
8.
ATIKAH BINTI SHAHRIN
5UTHM
9.
IZZUL SYAZWAN BIN ZAIDI
5UTHM
10.
LEONG JING YI
5UTHM
11.
MUHAMMAD SYUKRI BIN RUSLI
5UTHM
12.
NUR MUHAMAD DARWISY RIFAI BIN NOOR-AL-ANUAR
5UTHM
13.
NURARISHA BINTI SOPIAN
5UTHM
14.
NURHAZIQAH BINTI HAZLI
5UTHM
15.
PUNITHERAJ A/L RAJENDRAN
5UTHM
16.
TAN JIA WEN
5UTHM
17.
TENG MUN QING
5UTHM
18.
TENG WEI CHUNG
5UTHM
19.
LING WEI JUN
5UKM
20.
NUR AINA SYASYA BINTI SABRI
5UKM
21.
THAM ZHEN XIANG
5UKM
22.
ADAM ZHAFRI BIN BAHARIN
5UPM
23.
KALAIARASI A/P VIJAYAN
5UPM
24.
MUHAMMAD IZZAT BIN MOHD NAJIB
5UPM
25.
UNGKU AFIQ BIN U MAHMOOD
5UPM
26.
ASHWINI A/P KALIMANI
5UIAM
27.
HAZRUL ARIFIN BIN ZULKIFLEE
5UIAM
28.
LAVANIAH A/P SHAMUGAM
5UIAM
29.
NIRRISH A/L SEGARAN
5UIAM
30.
RAMIZAH BINTI MUHAMMAD HATTA
5UIAM
31.
TOK YONG SHAN
5UIAM
32.
AINIE AZIELA BINTI MOHD ASRI
5UM
33.
NURHAZIRAH BINTI HAMSIN
5UM
34.
HERLIANAH BINTI ARMAN
5UITM
35.
MAYA KRISHNAN MUTHALIAR A/L VELU MUTHALIAR
5UITM





PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN SEKOLAH DALAM BIDANG KOKURIKULUM 2016

BIL
PERTANDINGAN/ PERINGKAT
PESERTA
PENCAPAIAN/ KEJAYAAN
1.
PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN  PERINGKAT ZON
1)   BADRUL AZIZ BIN ABDUL RAZAK
JOHAN
2.
PERTANDINGAN HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT ZON
1)   NUR SYAHIRAH BINTI SALIM
2)   MUHD USAMAH B. MOHD ISMAIL
SAGUHATI
3.
PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT ZON
1)   MUHD ANUAR B. KAMARUDIN
2)   AHMAD FAHMI B. SHAMSUL KAMAL
TEMPAT KEENAM
4.
POETRY RECITATION BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH
1)   HANS HANNIEL HORMAN
2)   SRI HARI NAIDU A/L VENKATASH

NAIB JOHAN
5.
CHORAL SPEAKING BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH

PELAJAR-PELAJAR MENENGAH RENDAH
TEMPAT KETIGA
6.
DEKLAMASI SAJAK MENENGAH RENDAH (KARNIVAL BAHASA CINA)
1)   JOEY CHING YUN XUAN
2)   CHIN JUN XUAN
3)   TING WEN XUAN
4)   TEO HSIN YEE
TEMPAT KETIGA
7.
MENYERTAI TENIS MSSD PERINGKAT DAERAH
1)   IZZUL SYAZWAN BIN ZAIDI
GANGSA
8.
PROGRAM PENULISAN KREATIF B. TAMIL MENENGAH RENDAH PERINGKAT DAERAH
1)   ARUL PANDIAN A/LVIJAYA KUMARAN
PENULIS HARAPAN
9.
BALAPAN DAN PADANG MSSD JOHOR BAHRU (DAERAH)
1)   SOFIA SYAFIQAH BINTI JOHARI
PERAK ( 400 M)

10.
TILAWAH AL-QURAN LELAKI KATEGORI MENENGAH (NEGERI)
1)   BADRUL AZIZ BIN ABDUL RAZAK
KETIGA
11.
PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI
1)   PELAJAR SMKTDS
KEEMPAT
12.
RENANG (AKUATIK) PERINGKAT NEGERI
1)   TEY JI XING
2 PERAK
13.
RENANG (AKUATIK) PERINGKAT KEBANGSAAN
1)   TEY JI XING
PENYERTAAN
14.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN
1)   TENG MUN QING
2)   CHIA JIA WEN
3)   WINNIE NG ANN NIE
4)   TENG WEI JING
5)   LEONG KER YI
6)   NG GE HWEE
7)   WINDY NG ANN SIAN
8)   TAN JIA WEN
9)   LEONG JING YI
JOHAN

15.
JAMBORI PENGAKAP ASEAN KE-5 TAHUN 2016 PERINGKAT ANTARABANGSA
1)   SITI NUR AMIRA BINTI ROSLI
2)   MAYZATUL NAJWA BINTI MOHD SAZALI
3)   WEE AH MA (GURU)
PENYERTAAN
































        
              Pada pukul 10.00 pagi, para hadirin dihiburkan lagi dengan persembahan Tarian Payung yang terdiri daripada pelajar Cina, Melayu dan India. Pelajar yang terlibat ialah seramai 12 pelajar Tingkatan 1 dan seorang pelajar peralihan (3 pelajar berbangsa Melayu dan dan 10 orang berbangsa Cina). 2 orang jurulatih yang terlibat dalam Tarian Payung ini ialah Cik Maggie Yaik dan Puan Michelle Chin daripada Angel Art dan Dance Academy, dan Puan Maggie merupakan pengasas dan pengetua pusat tersebut. Persembahan seterusnya ialah persembahan Tarian Baratham yang disertai oleh para pelajar sesi petang di bawah pengelolaan Cikgu Maha Letchmy a/p Krishnan. Majlis diteruskan lagi dengan pelbagai persembahan dari pelajar. Antara persembahan yang dipertontonkan kepada para hadirin ialah ‘live band ‘ terdiri daripada 6 orang pelajar. Persembahan seterusnya ialah persembahan ‘ Yo-yo Cina’ oleh 30 orang pelajar iaitu terdiri daripada 19 orang pelajar lelaki Cina dan 11 orang pelajar perempuan Cina. Persembahan yoyo ini cukup memukau dan penonton begitu terpesona dengan kehebatan pelajar-pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Kebudayaan Yoyo Cina. Kelab Kebudayaan Yoyo Cina ini dibimbing oleh Puan Tang Chiew Ha dan dilatih oleh bekas pelajar SMKTDS.

            Persembahan ini berjaya menarik perhatian guru-guru dan para hadirin yang lain. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian Zapin yang disertai oleh pelajar-pelajar SMKTDS dan persembahan ini telah berjaya menarik perhatian para penonton dan persembahan terakhir bagi sambutan hari Kokurikulum ialah persembahan nyanyian Medley Duet daripada pelajar tingkatan 5.

            Sepanjang penyampaian anugerah dan persembahan pelajar diadakan, aktiviti pameran turut berlangsung. Hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Pn. Mahani Binti Sulaiman, Pengetua SMKTDS. Sebelum tamat majlis, semua hadirin menyanyikan lagu Negaraku. Majlis tamat pada pukul 11.30 pagi. Pelajar dibenarkan pulang tepat jam 12 tengah hari.

            Kesimpulannya, program Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang agar usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan sekaligus dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari setiap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Para pelajar juga diharapkan dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang Kokurikulum pada masa akan datang. Penglibatan pelajar perlulah seimbang sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum agar pelajar yang terhasil ialah pelajar yang mampu berdaya saing.






Disediakan oleh,

PUAN NAJWA SHAFIQAH BINTI AHMAD TAJUDDIN & PUAN NORDIANA BINTI AHMAD
AJK Laporan






 

LAMPIRAN BERGAMBAR











Pamplet Hari Kokurikulum 2016


Banner Hari KoKurikulum 2016




Pelajar-pelajar dan AJK Sambutan dan Perasmian bersiap sedia untuk menanti ketibaan tetamu kehormat.


Dif jemputan disambut oleh barisan pentadbir SMKTDS 2016. Wakil pelajar daripada St John menyematkan roset pada tetamu kehormat, YB Dr Zaini Bin Abu Bakar (Ahli Dewan Undangan Negeri Zon Nusajaya) dan Puan Mahani Binti Sulaiman, Pengetua SMKTDS dan wakil PIBG.



Paluan kompang mengiringi rombongan tetamu kehormat hingga ke Anjung Ilmu.

Tetamu kehormat dan barisan pentadbir SMKTDS mengambil tempat di Anjung Ilmu.

Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shairazi Bin Che Mohamad.



 


Pasukan perbarisan Unit Beruniform mengambil tempat di Dataran Wawasan.




 
YB Dr Zaini dengan diiringi oleh Pengetua dan wakil PIBG memeriksa barisan Unit Beruniform di Dataran Wawasan.





Acara memeriksa barisan Unit Beruniform


Pengacara majlis pada Hari Kokurikulum 2016, Cikgu Suhaimi dan Cikgu Nurdalilati .


Pengetua Puan Mahani Sulaiman sedang memberikan ucapan




YB Dr Zaini sedang memberikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan upacara perasmian Hari Kokurikulum 2016.

 
Gimik perasmian Hari Kokurikulum 2016.



Perasmian Hari Kokurikulum 2016 disempurnakan oleh YB Dr Zaini Bin Abu Bakar



Penyampaian hadiah kepada pelajar oleh dif kehormat.



Barisan pentadbir dan wakil PIBG mengiringi dif kehormat ke Bilik Seni untuk melihat Sesi Pameran Hasil Kerja Pelajar.




Hasil kerja para pelajar yang dipamerkan di Bilik Seni.
.

Tetamu kehormat  melihat pameran anjuran Persatuan Bahasa Tamil yang
 mempamerkan  kolum yang kreatif dan berwarna-warni.


 
Pameran yang dikendalikan Persatuan Bahasa Tamil



Para pelajar bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan barisan pentadbir SMKTDS 2016.

 
Sesi jamuan kepada tetamu kehormat telah diadakan di Bilik ERT.




Penyampaian hadiah cenderamata kepada penyelaras Kokurikulum.


Penyampaian cenderahati kepada guru aktif kokurikulum




Sesi penyampaian hadiah kepada pelajar disempurnakan oleh
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Noor Hafizah


Persembahan Gendang Cina


Persembahan piano oleh Jude (5UIAM)


Persembahan tarian Cina


Persembahan Tarian Tradisional India


Persembahan koir



Persembahan pelajar sesi petang


Persembahan ‘live band’ oleh para pelajar .



Persembahan nyanyian karaoke oleh wakil PIBG dan pelajar.



Persembahan tarian zapin oleh pelajar-pelajar berbilang kaum.


 Persembahan Yoyo Cina



Para pelajar menyertai acara sukaneka yang telah diadakan di padang.


Berikut adalah adalah gambar-gambar para pelajar dan guru-guru penasihat masing-masing :


Pasukan kompang

Pasukan Gendang Cina


Kadet Polis




Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Pandu Puteri


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Pengakap

Pengakap

Puteri Islam


St. John

Tarian Cina

Tarian Tradisional India

Yoyo Cina


Tarian Zapin

 
Blogger Templates