KEM EKSPLORASI ANAK SOLEH KHAS RAMADAN
Tarikh : 14 & 15 Ogos 2010
Tarikh : 14 & 15 Ogos 2010
Tempat : Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM
Anjuran : Pusat Islam UTM dengan kerjasama SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.
Pengenalan
Dewasa ini menyaksikan gejala sosial di kalangan remaja semakin meruncing. Justeru, menjadi tanggungjawab masyarakat membantu memberikan pendedahan dan ilmu kepada mereka untuk membina jati diri sebagai anak yang soleh dan pelajar muslim yang cemerlang.
Program ini memuatkan program yang sesuai dengan jiwa anak remaja dan dipenuhi dengan pengisian kerohanian, aktiviti berbentuk fizikal dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa. Semoga program ini dapat membantu memberi kesedaran tentang kemahiran mendidik anak remaja bagi melahirkan keluarga yang harmoni.
Objektif Bengkel
Memberikan pendedahan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa serta harapan ibu bapa kepada mereka.
Membentuk ciri-ciri kepimpinan dan jati diri muslim sejati dalam diri pelajar.
Melahirkan pelajar Islam yang cemerlang dalam sahsiah, berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
Berkongsi perasaan anak dan ilmu berkaitan keibubapaan profesional bagi melahirkan keluarga yang seimbang dan harmoni.
Tentatif Program Kem Anak Soleh
Sabtu (14 Ogos 2010)
8.00 pagi – Pendaftaran peserta
8.30 pagi – Taklimat dan Disiplin Bengkel
- Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM
- Nasyid Tema
9.00 pagi – Slot Jana Minda 1
- Anak Soleh : Harapan Ibu Bapa dan Cita-cita
Oleh : Ustazah Naemah Binti Hamzah
11.00 pagi – LDK 1 : Kenali Diri Hiasi Peribadi
1.00 petang – Solat Zohor Berjemaah
2.00 petang – Slot Jana Minda 2
- Solat dan Pembangunan Diri
Oleh : Dr. Azhar Bin Muhammad
Pengarah Pusat Islam UTM
3.30 petang – LDK 2 : Tiang Agama
4.30 petang – Solat Asar Berjemaah
5.00 petang – Riadah Bermodul
6.30 petang – Persiapan Berbuka Puasa
7.00 petang – Solat Maghrib
- Solat Isyak dan Solat Terawih
- Minum Malam
11.00 malam – Himpun Daya
Ahad (15 Ogos 2010)
4.00 pagi – Sahur
- Qiamullail
- Solat Subuh Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
7.30 pagi – Slot Jana Minda 3
- Menjadi Anak Soleh
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
10.00 pagi – Slot Jana Minda 4 Bersama Ibu Bapa :
- Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
Oleh : Dr. Mohd. Ismail Bin Mustari
12.00 tengah hari – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil