About

09 December 2014

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, KRK dan Peralihan

Sesi Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, KRK dan Peralihan akan di adakan pada tarikh berikut :
 
Tarikh : 1 Januari 2015
 
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari
 
 

Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2015

 
Jualan Buku di Koperasi SMK Taman Desa Skudai akan dibuat pada tarikh berikut :
 
Tarikh : 30-31 Disember 2014
  1 & 3 Januari 2015
 
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
 
 
Berikut adalah senarai keperluan untuk Sesi Persekolahan 2015 :
 
 

Tarikh-tarikh Mesyuarat Akhir Tahun 2014

 
 
Klik pada gambar untuk lebih jelas.

02 November 2014

Majlis Restu Ilmu Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2014 (Ahad, 2 November 2014)


Majlis Restu Ilmu Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2014

Tarikh : 2 November 2014 (Ahad)
Tempat : Anjung Ilmu
Masa : 10.30 pagi - 1.05 petang



Majlis Restu Ilmu SPM 2014 telah diadakan pada 2 November 2014 sebagai persediaan akhir untuk pelajar sebelum mereka menduduki SPM pada hari esok. Majlis telah diadakan di Anjung Ilmu dengan dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru subjek Tingkatan 5.

Ucapan, harapan dan kata-kata perangsang diberikan oleh barisan guru subjek Tingkatan 5.


Bonda Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman menyampaikan amanat dan kata-kata nasihat dan mengingatkan semua pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Desa Skudai 2014 agar melakukan yang terbaik setelah guru-guru telah bertungkus lumus untuk memberikan ilmu yang secukupnya. Beliau turut menasihatkan agar semua calon SPM memohon maaf daripada kedua-dua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan mereka.  





Cenderahati yang diberikan kepada semua calon SPM SMK Taman Desa Skudai Tahun 2014.

Calon-calon SPM 2014 berkumpul di Anjung Ilmu ketika Majlis Restu Ilmu berlangsung.



Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah dan sesi salam bersalaman antara pelajar dan guru-guru subjek Tingkatan 5.


01 November 2014

Mesyuarat Guru (Sabtu, 1 November 2014)

Mesyuarat Guru

Tarikh : 1 November 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Bahasa

Pengerusi : Puan Mahani Binti Sulaiman
Pengetua SMK Taman Desa Skudai

Kehadiran : Semua guru SMKTDS Sesi pagi dan petang.

Puan Mahani Binti Sulaiman, Pengetua SMK Taman Desa Skudai mempengerusikan mesyuarat pada pagi ini.


 
Amalan 5S Warga SMK Taman Desa Skudai.



Perkongsian diadakan untuk tajuk "Amalan 5S Warga SMK Taman Desa Skudai" disampaikan sendiri oleh Puan Mahani Binti Sulaiman, Pengetua SMKTDS.





 
Slaid perkongsian sepanjang sesi perkongsian "Amalan 5S Warga SMK Taman Desa Skudai" yang telah dibentangkan oleh Puan Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman.



Cik Chin Nyet Siong, PK Pentadbiran menyampaikan taklimat kepada semua guru SMKTDS sebagai persediaan sebelum menjelang cuti panjang persekolahan.
 

Encik  Zailan Md. Yasin, PK HEM menyampaikan amanat kepada semua guru di bawah bidang Hal Ehwal Murid.

 
Puan Azlina Binti Mohamad, PK Kokurikulum juga turut menyampaikan pesanan dan taklimat di bawah kokurikulum kepada semua guru SMKTDS.


 
Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), Puan Salwana menyampaikan taklimat kepada semua guru sebelum bermulanya sesi gotong-royong di Bilik Guru 1 dan 2.



30 October 2014

Majlis Graduasi SMK Taman Desa Skudai Kali Ke-6 2014



Pendahuluan

Majlis Graduasi Kali ke-6 ini merupakan anjuran SMK Taman Desa Skudai bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2014 yang akan meninggalkan alam persekolahan seterusnya berjuang untuk meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini diadakan sebagai satu usaha membina keyakinan diri dan suntikan semangat dalam diri pelajar sebagai persediaan terakhir menghadapi SPM 2014.


 Objektif

1. Memberi peluang pelajar merasai kemanisan kejayaan yang mereka perolehi di dalam peperiksaan. 
2. Menghargai pelajar sepanjang sesi persekolahan.
3. Melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
4. Meningkatkan peratusan pencapaian akademik sekolah.


 Aturcara Majlis

7.30 pagi : Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
8.00 pagi : Pelajar naik ke Dewan SMK Taman Desa Skudai
8.30 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan
8.35 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
8.45 pagi : Bacaan doa
8.50 pagi : Ucapan Pengetua
9.10 pagi : Ucapan VIP
9.45 pagi : Majlis Penyampaian Sijil
11.00 pagi : Sesi fotografi Bersama VIP, Pengetua, Pentadbir dan Guru-guru Tingkatan 5
11.30 pagi : Jamuan 

                      
Senarai nama Penerima Anugerah Sahsiah Terbaik

KELAS
NAMA PENERIMA ANUGERAH
5UTM
LEE BIN FENG
5UTHM
TAN JIA ER
5UKM
ABDUL RAHMAN BIN TAJUDIN
5UPM
NOR FARAH HIDAYAH BINTI JAFRI
5UIAM
NUR FARHANA NABILAH BINTI ABD. RAHIM
5UM
NORAZIAN BINTI ABDUL RAHMAN
5UPSI
KAVEE PRIYA A/P NEHRU
5UITM
MAGGIE LOH
5USM
RIKA KARTIKA BINTI RIANTO SETIAWAN



Ketibaan dif-dif jemputan dan para pentadbir sekolah.



Perarakan masuk dif-dif jemputan ke Dewan SMK Taman Desa Skudai.

 
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah.


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMKTDS menyanyikan lagi Negaraku dan lagu Sekolah dengan penuh bersemangat.
 
 
Dif-dif jemputan.

 
Bacaan doa oleh wakil pelajar, Badrul Amin dari kelas 5UPSI.


Bacaan doa.


Ucapan daripada bonda Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman.



Ucapan daripada perasmi, Prof. Dr Maketab Bin Mohamed selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang memenuhi Dewan SMKTDS mendengar ucapan daripada bonda Pengetua dan dif jemputan dengan khusyuk.
 





Majlis penyampaian sijil kepada semua calon SPM 2014 oleh Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr Maketab Bin Mohamed.



Suasana dewan sepanjang penyampain sijil kepada semua pelajar Tingkatan 5.


Penyampaian cenderahati daripada Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman kepada Prof. Dr Maketab Bin Mohamed.



Sesi fotografi Bersama VIP, Pengetua, Pentadbir dan Guru-guru Tingkatan 5




Sesi jamuan diadakan di Anjung Ilmu.




28 October 2014

Penyampaian Hadiah Minggu Sains dan Matematik 2014 (28 Oktober 2014)


Ketua Panitia Sains, Puan Nordiana Ahmad mengumumkan nama-nama pemenang untuk pertandingan sempena Minggu Sains dan matematik yang berlangsung pada 16-21 Mac 2014.



Puan Mahani Binti Sulaiman dengan diiringi oleh PK Kokurikulum, Puan Azlina Binti Mohamad menyampaikan cenderahati kepada semua pemenang pertandingan sempena Minggu Sains dan Matematik 2014.



02 October 2014

Hari Kokurikulum SMK Taman Desa Skudai Tahun 2014

Laporan Hari Kokurikulum SMK Taman Desa Skudai Tahun 2014
Pada  27  September  2014, SMK Taman Desa Skudai (SMKDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum kali ke-12 bagi tahun 2014. Hari Kokurikulum telah berlangsung dengan begitu baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah telah berbesar hati meluangkan masa untuk merasmikan majlis  dan memeriahkan Hari Kokurikulum pada tahun ini.
            Objektif Hari Kokurikulum adalah untuk menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar  dalam kegiatan unit beruniform dan persatuan serta memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan dalam kokurikulum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyumbang jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum dan memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan para pelajar.
            Tepat jam 8.00 pagi, dif kehormat Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah tiba di perkarangan sekolah dengan disambut oleh dif-dif jemputan dan para tetamu. Pasukan kompang SMKTDS mengiringi rombongan tersebut dengan paluan kompang sehingga rombongan kehormat tiba di Anjung Ilmu dan disambut dengan persembahan silat dan tarian Zapin “Selamat Datang”. Seramai 4 orang pesilat telah menunjukkan seni silat gayung kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Persembahan silat adalah di bawah bimbingan Encik Omar Nor Bin Abu Bakar manakala tarian Zapin pula bawah bimbingan Cik Nur Aimi Binti Idrus. Tarian Zapin “Selamat Datang” terdiri daripada 2 orang pelajar perempuan Melayu dan 2 orang pelajar perempuan Cina.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu Bangsa Johor. Lagu-lagu tersebut telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para jemputan, guru-guru dan pelajar. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shairazi bin Che Mohamad agar majlis yang dirancang berlangsung dengan baik. Aturcara diteruskan dengan pemeriksaan barisan unit beruniform oleh dif jemputan, Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah dengan diiringi oleh Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman dan Penolong Kanan kokurikulum, Puan Azlina binti Mohamad serta AJK PIBG. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Puan Mahani Binti Sulaiman. Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah. Perasmian tersebut telah disambut dengan paluan kompang dan perasmi telah menurunkan tanda tangan pada plak yang telah disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan satu persembahan yang telah berjaya memukau para hadirin dengan dendangan alunan petikan piano yang sungguh mengasyikkan yang dimainkan oleh pelajar, Nadzifah Huda dari kelas 4UPM.
Usai persembahan piano, majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum dimulakan. Anugerah Khas telah disampaikan bagi kategori Anugerah Tokoh Kokurikulum dan Anugerah Tokoh Sukan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar yang seterusnya akan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum. Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam memantapkan pengurusan Kokurikulum serta menaikkan nama sekolah sepanjang tahun 2014 turut diberi pengiktirafan dan penghormatan dengan Anugerah Guru Aktif Kokurikulum dalam majlis ini. Puan Mahani Binti Sulaiman selaku Pengetua SMK Taman Desa Skudai diiringi Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Azlina binti Mohamad menyampaikan anugerah sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.
Selepas majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada dif kehormat melawat tapak pameran dan menjamu selera, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah yang disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Encik Zaki bin Abd Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Azlina binti Mohamad dan Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong.
 Tepat jam 10.00 pagi, para hadirin dihiburkan pula dengan pelbagai jenis persembahan pelajar dan pertandingan. Persembahan pelajar dimulakan dengan persembahan dikir barat terdiri daripada pelajar sesi petang seramai 24 orang murid dari tingkatan 1 dan 2 yang dibimbing oleh Cik Rashidah Binti Md. Taib. Persembahan seterusnya ialah persembahan gendang cina yang dibimbing oleh Cik Shek Kwai Fun dan dianggotai seramai 33 ahli yang sentiasa komited. Setelah dihiburkan dengan persembahan gendang cina, para hadirin dihiburkan dengan persembahan koir di bawah bimbingan Cik Nur Aimi Binti Mohd. Idrus. Antara lagu yang disampaikan ialah Lagu Do Re Mi, Raksa dan Kain Pelikat. Pasukan koir ini telah memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Koir sempena Bulan Bahasa dan bulan Kemerdekaan di peringkat daerah. Seterusnya para hadirin digegarkan dengan persembahan  tarian India yang dibimbing oleh Puan Maha Letchumi A/P Krishnan dan Puan Kogilavani A/P Desik Mony. Persembahan ini telah memukau para penonton dengan persembahan tarian muzikal dari era 60-an sehingga kini. Para penonton yang menyaksikannya berasa sangat kagum dengan gerak tarinya yang cekap. Seterusnya, penonton dipersembahkan dengan persembahan bahasa isyarat. Persembahan yang unik ini telah dibimbing oleh Cik Lim Eit Chan. Para penonton turut dihiburkan dengan persembahan Senam Robik dan diketuai oleh Ya’isah 2UPSI. Pasukan ini telah mendapat bimbingan daripada Puan Nor Ar’bayah binti Ramli. Persembahan penutup pula ialah daripada pasukan Yoyo sekolah. Pasukan yoyo sekolah ini telah mempersembahkan aksi hebat mereka untuk tatapan penonton yang hadir. Persembahan yoyo ini telah dipersembahkan oleh 30 orang pelajar dari tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5. Persembahan ini dibimbing oleh Puan Tang Chiew Ha.
Sepanjang penyampaian anugerah dan persembahan pelajar diadakan, aktiviti pameran, permainan dan pertandingan turut berlangsung. Di Bilik 1, antara yang dipamerkan ialah Sakan Automatik Feeder, Alat Pengutip Paku, Robotik dan Model Pelajar. Bagi Bilik 2, di sana terdapat Pameran Bahasa Tamil dan turut dipamerkan ialah ‘Kolam’ dan Pakaian Tradisional India. Pihak Palapes Laut turut terlibat dalam pameran yang diadakan sempena Hari Ko-kurikulum. Sementara itu, pameran hasil-hasil kerja  pelajar  persatuan bahasa Cina dipamerkan di kelas 4 UKM. Hasil kerja pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling  di Anjung Ilmu dan hasil kerja pelajar persatuan Seni Visual  dipamerkan di Bilik Seni. Pada masa yang sama, pertandingan  tarik tali  dan  futsal kategori bebas dilaksanakan serentak di dua tempat berbeza. Pertandingan tarik tali berlangsung di padang sekolah SMKTDS dan permainan futsal bertempat di gelanggang bola keranjang.
Selesai upacara  persembahan oleh para pelajar dan pertandingan permainan, Pengetua Puan Mahani Binti Sulaimi menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah menyertai pertandingan tersebut. Antara permainan yang diadakan ialah permainan Congkak, Batu Seremban,Baling Getah, Petanque, Yoyo Cina, Sepak Raga, Bola Keranjang, Baling Tin, Bola Sepak dan Hoki.  Pertandingan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan para pelajar telah dibenarkan pulang.
Kesimpulannya, program Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Para pelajar juga diharapkan dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum  pada masa  akan datang. Penglibatan pelajar perlu  seimbang  dalam bidang kurikulum dan kokurikulum agar pelajar yang terhasil ialah pelajar yang mampu berdaya saing dalam setiap aspek ke arah Negara mencapai wawasan 2020.


Disediakan oleh,
 
Puan Mursyidah Binti Ismail dan Puan Nordiana Binti Ahmad

AJK Laporan



Ketibaan Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah selaku perasmi Majlis Hari Kokurikulum SMKTDS Tahun 2014 sekolah disambut oleh barisan pentadbir sekolah.



Ketibaan dif kehormat disambut dengan persembahan silat.

Ketibaan dif kehormat disambut dengan persembahan tarian Zapin “Selamat Datang”
di Anjung Ilmu.

Barisan para pentadbir bersama perasmi Majlis Hari Kokurikulum 2014, Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail bersama wakil AJK PIBG.



 Wakil daripada setiap unit beruniform                           Bacaan doa bagi memberkati majlis.
    berbaris di Dataran Wawasan.


Pemeriksaan barisan unit beruniform oleh dif jemputan, Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah dengan diiringi oleh Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman dan Penolong Kanan kokurikulum, Puan Azlina binti Mohamad serta wakil AJK PIBG.

Ucapan alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Puan Mahani Binti Sulaiman.


Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah
 
 
 Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku perasmi majlis menandatangani plak perasmian.
 
Persembahan piano oleh Nadzifah Huda dari kelas 4UPM.

Penyampaian Anugerah Khas bagi kategori Anugerah Tokoh Kokurikulum 2014.

Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail menyampaikan Anugerah Khas Hari Kokurikulum 2014.




Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail menyampaikan Anugerah Khas Hari Kokurikulum 2014.



Puan Mahani Binti Sulaiman selaku Pengetua SMK Taman Desa Skudai menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku perasmi Hari Kurikulum 2014.

Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong menyampaikan anugerah sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.




Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong dan Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Azlina binti Mohamad menyampaikan anugerah sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.



Persembahan pelajar dimulakan dengan persembahan dikir barat terdiri daripada pelajar sesi petang.



Persembahan gendang cina.


Persembahan koir di bawah bimbingan Cik Nur Aimi Binti Mohd. Idrus.



Persembahan  tarian India yang dibimbing oleh Puan Maha Letchumi A/P Krishnan dan Puan Kogilavani A/P Desik Mony


 Persembahan bahasa isyarat dibimbing oleh Cik Lim Eit Chan.


Persembahan Senam Robik yang diketuai oleh Ya’isah 2UPSI dn dibimbing oleh Puan Nor Ar’bayah binti Ramli






Persembahan yoyo ini telah dipersembahkan oleh 30 orang pelajar dari tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5.





Pameran oleh Persatuan Bahasa Tamil.


Jualan oleh pelajar-pelajar di kantin sekolah.



Permainan anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Lawatan dif jemputan melawat pameran hasil kerja pelajar persatuan Seni Visual di Bilik Seni.

 
 
Blogger Templates