About

27 March 2011

Perjumpaan Kelab Taekwondo (9 Mac 2011, Rabu)

Latihan pemanasan badan.

Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, Encik Kalai Mannan.





Pelajar senior, Nisharlini (3UTM) yang memegang tali pinggang hitam membimbing pelajar-pelajar baru dalam sesi latihan dengan dibantu oleh Priyathasni (5UTHM) yang juga memiliki tali pinggang hitam.


Sesi 'cooling down'.

Perjumpaan Badan Beruniform- Sesi Pagi (9 Mac 2011, Rabu)

Kadet Polis Lelaki dan Perempuan

Latihan kawad kaki.

Latihan diadakan di Anjung Ilmu disebabkan hujan lebat yang turun ketika latihan dimulakan pada jam 2.30 petang.

Latihan kawad diteruskan di Dataran Wawasan sebaik sahaja hujan telah reda.


Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Latihan kawad kaki oleh ahli-ahli KRS sesi pagi diadakan di kantin ekoran hujan yang turun pada petang tersebut.

Ahli-ahli KRS Perempuan begitu gigih berlatih di bawah pimpinan pengerusi KRS, Nurfarahin (5UKM).


Cikgu Aimarashid memantau sesi latihan kawad yang diadakan di Dataran Wawasan sebaik sahaja hujan reda.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)



Latihan kawad kaki oleh ahli-ahli PBSM sesi pagi.


Pengakap

Ahli-ahli Pengakap bergotong-royong menyiapkan carta organisasi untuk papan kenyataan di kantin sekolah dengan dipantau oleh Cikgu Vasudevan dan Cikgu Azharni.

Persatuan Puteri Islam (PPI)

Latihan kawad kaki oleh ahli Persatuan Puteri Islam dengan dipantau oleh guru-guru penasihat mereka.

St John Ambulans


Latihan kawad kaki ahli-ahli St John Ambulans di Dataran Wawasan.

 

Mesyuarat Guru (8 Mac 2011)



Perhimpunan Rasmi Isnin (7 Mac 2011)

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negeri Johor dan bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar pelajar.

Pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan.

Pada setiap minggu, Kuiz Sejarah telah diadakan bertujuan memupuk minat mendalami mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar. Cikgu Ruhaizun sedang mengendalikan kuiz sejarah dan Julia (1UTM) telah berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul untuk peringkat Menengah Rendah dan telah menerima cenderahati daripada Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Saari.

Beberapa orang pelajar Menengah Atas sedang cuba untuk menjawab soalan Kuiz Sejarah yang diberikan oleh Cikgu Ruhaizun.
Nuramirah Salwa (5UTM) telah berjaya menjawab dengan betul dan menerima cenderahati daripada Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Saari.

Cikgu Yap Sook Yee sedang menyampaikan ucapan mengenai Kempen Membanteras Nyamuk Aedes dan mengumumkan nama-nama pelajar yang telah dilantik oleh pihak sekolah untuk menjadi Renjer AEDES.

Encik Zailan, PK HEM mengiringi Tuan Haji Shaharuddin untuk menyampaikan topi dan vest kepada 10 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah dilantik menjadi Renjer AEDES.



Renjer AEDES bergambar kenangan dengan Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin dan juga Encik Zailan bersama banner Kempen Melawan Aedes.

Banner "Kempen Melawan Aedes" yang digantung di bangunan sekolah.

Kaunselor sekolah, Puan Asiah Ali mengumumkan nama-nama pelajar yang telah menyertai Kem 1 Malaysia.

Terry Anak Thomas (4UTHM) telah terpilih menjadi peserta terbaik kem.



Public speaking yang disampaikan oleh 4 orang pelajar daripada kelas 4UTHM.

Pengawas bertugas menyampaikan pengumuman kepada para pelajar.


 
Blogger Templates