About

25 October 2013

Hari Ko-Kurikulum SMK Taman Desa Skudai 2013


 
Ucapan Pengetua Puan Hajah Fouziah
 
 
 Ketibaan Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
 


Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya disambut dengan persembahan silat seni gayung daripada para pelajar di Anjung Ilmu.



Penyampaian hadiah kepada guru yang menerima anugerah ko-kurikulum cemerlang.

 
Ucapan daripada Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
 


Perasmian oleh YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.



Penyampaian cederahati kepada YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah.


Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Tamil.



Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Cina.


Lawatan ke tapak pameran anjuran Kolej Komuniti.


 
Lawatan ke tapak pameran anjuran Politeknik.
 

Pasukan gendang cina.


 
Kelab yoyo cina.


 
Kelab Kebudayaan Zapin.
 

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Persembahan Silat Seni Gayung.

 
Pasukan kompang.

LAPORAN HARI KO-KURIKULUM 2013

            Pada  7  September  2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai (SMKTDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum kali ke-11 bagi tahun 2013. Hari Kokurikulum  tersebut telah berlangsung dengan begitu baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya dan Prof.  Dr. Maketab  B. Mohamad sebagai Yang Dipertua PIBG telah berbesar hati meluangkan masa untuk merasmikan majlis  dan memeriahkan hari Ko-kurikulum pada tahun ini lagi.

            Objektif Hari Kokurikulum  adalah untuk menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar  dalam kegiatan  unit beruniform dan persatuan serta memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan dalam kokurikulum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyumbang jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum  dan memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan para pelajar.

            Para pelajar pagi diminta berkumpul di Anjung Ilmu dan pelajar petang berhimpun di tapak perhimpunan bagi memudahkan guru kelas mengambil kedatangan. Tepat jam 8.00 pagi majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Johor  dan Lagu Sekolah. Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Sharazi bin Che Mohamed  agar majlis yang dirancang berlangsung dengan baik. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid. Pengetua, Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid diiringi Penolong Pengetua Kokurikulum, Pn. Azlina binti Mohammad menyampaikan anugerah sijil ko-kurikulum 1 kepada para pemenang.

Persembahan pertama dimulakan dengan  persembahan aerobik  yang   diketuai oleh pelajar Tingkatan 4 UKM,  Fatin Nabila binti Nor Hisham bersama  kumpulan pelajar seramai 51 orang. Seterusnya, para penonton dihiburkan dengan  persembahan Yoyo daripada persatuan yoyo, tarian asli India, tarian zapin dan tarian Sumazau yang diketuai oleh Pn. Erna binti Tunda. Pada masa yang sama, aktiviti pameran , permainan dan pertandingan turut berlangsung. Pameran hasil-hasil kerja  pelajar  persatuan bahasa Cina di kelas 4 UKM. Hasil kerja pelajar Unit bimbingan dan kaunseling  di Anjung Ilmu  dan hasil kerja pelajar  persatuan Seni Visual  dipamerkan  di bilik seni. Pada masa yang sama, pertandingan  tarik tali  dan  futsal kategori bebas dilaksanakan serentak di dua tempat berbeza. Pertandingan tarik tali berlangsung di padang sekolah SMKDS dan permainan futsal bertempat di gelanggang bola keranjang.

Tetamu dan para jemputan mula hadir  pada pukul 11.00 pagi. Tepat jam 11.20 pagi , dif kehormat  iaitu YB. Dr. Zaini binti Abu Bakar, ADUN Nusajaya tiba di pekarangan sekolah dengan disambut oleh dif-dif jemputan dan para tetamu. Pasukan kompang SMKTDS mengiringi rombongan tersebut dengan paluan kompang sehingga rombongan kehormat tiba di Anjung Ilmu. Seterusnya, pasukan silat sekolah mengalu-alukan  kehadiran dif jemputan dengan mempersembahkan silat selamat datang. Seramai 5 orang pesilat telah menunjukkan seni silat gayung kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Pasukan gendang cina sekolah turut ingin menyumbangkan baktinya dengan mengalunkan sebuah lagu pembukaan  dengan kekuatan seramai  20  orang diketuai oleh Lee Wei Siong dari kelas 4 UTM .

             Majlis semakin meriah dengan persembahan tarian zapin daripada10 orang  pelajar perempuan dari  kelab Kebudayaan (Tarian) Sekolah di bawah bimbingan Pn. Feidawani binti Atal. Kemuncak acara bermula pada pukul 11.45  pagi dengan bermulanya majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Jasa guru tidak dilupa.  Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam pemantapan pengurusan kokurikulum  SMKTDS sepanjang tahun 2013 turut diakui dan diberi pengiktirafan dalam majlis ini. Majlis diteruskan dengan ucapan  penutupan  perasmian daripada Yang Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar. Sambutan Hari Kokurikulum secara rasminya ditutup dengan pemecahan ais oleh Dr. Zaini dalam acara gimik. Plak Hari Kokurikulum yang terdapat  di dalam ais merupakan simbol perasmian penutupan majlis ini  . Usai acara penutupan  perasmian, Yang Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar dengan diiringi oleh tetamu jemputan yang lain melawat pameran hasil kerja pelajar dan seterusnya menuju ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan pelajar dibenarkan pulang.

Kesimpulannya, program Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Para pelajar juga diharapkan dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum  pada masa  akan datang. Penglibatan pelajar perlu  seimbang  dalam bidang kurikulum dan kokurikulum agar pelajar yang terhasil ialah pelajar yang mampu berdaya saing dalam setiap aspek ke arah Negara mencapai wawasan 2020.

 Disediakan oleh,

PN. NORIZAN BINTI ITHNIN DAN PN. AZHARNI BINTI MD. AJIB

AJK Laporan

 
 
Blogger Templates