About

25 February 2011

Demonstrasi Karate (16 Februari 2011)

DEMONTRASI KARATE KEPADA PELAJAR SESI PETANG

Demonstrasi Karate telah diadakan di Dataran Wawasan pada pagi Rabu (16 Februari 2011) dengan disaksikan oleh semua pelajar SMKTDS sesi petang. Kelab Karate merupakan kelab baru yang akan ditubuhkan di sekolah ini pada tahun ini. Persembahan demonstrasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk menyertai Kelab Karate sebagai satu daripada Badan Unit Beruniform sekolah.


Demonstrasi Karate yang diadakan di Dataran Wawasan ini melibatkan ahli Kelab Karate yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Seri Skudai.


Ahli Kelab Karate SMK Seri Skudai begitu bersemangat dalam sesi demonstrasi.



DEMONSTRASI KARATE KEPADA PELAJAR SESI PAGI

 
Sesi demonstrasi persembahan Karate dari pelajar-pelajar SMK Seri Skudai telah diadakan pada jam 3.00 petang kepada pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi di Anjung Ilmu.

Persembahan karate yang telah diadakan di Anjung Ilmu disaksikan oleh pelajar-pelajar SMKTDS sebelum perjumpaan Unit Beruniform pada petang tersebut.

Persembahan yang penuh bersemangat daripada pelajar-pelajar SMK Seri Skudai.



Sebahagian guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTDS yang sedang menyaksikan demonstrasi karate di Anjung Ilmu.

Video : Demontrasi Karate di Anjung Ilmu (16 Februari 2011)



Demonstrasi Karate telah diadakan di Anjung Ilmu.

Perhimpunan Pagi (Rabu) - (16 Februari 2011)

Cikgu Jefry sedang memberi taklimat kepada para pelajar sesi pagi.


Pelajare-pelajar sesi pagi sedang tekun mendengar pengumuman daripada guru-guru bertugas.

Koperasi SMK Taman Desa Skudai

Cikgu Rasuna dan Cikgu Norzalmila bersama ahli-ahli Koperasi yang bertugas.


Koperasi SMKTDS.

Latihan Yoyo (sesi petang)- (17 Februari 2011)

Pelajar-pelajar sesi petang sedang menjalani latihan yoyo cina.


Perjumpaan Unit Beruniform -Pandu Puteri (sesi petang)- (16 Februari 2011)

Ahli-ahli Pandu Puteri (sesi petang) sedang tekun menyiapkan buku log masing-masing dengan pengawasan Cikgu Cecillia.


Aktiviti menyiapkan buku log ini diadakan di kantin sekolah.


Contoh hasil kerja Buku Log ahli-ahli Pandu Puteri yang telah siap.

Latihan Rumah Sukan (Sesi Petang)- (14 Februari 2011)

Cikgu Azahlela sedang membuat demonstrasi melempar cakera kepada ahli-ahli Rumah Kuning (sesi petang).


Latihan lompat tinggi.

Pelajar-pelajar lelaki Rumah Hijau (sesi petang) sedang menjalani latihan lompat tinggi.

Latihan Rumah Sukan- Rumah Tun Hussein Onn & Rumah Tun Abdul Rahman (14 Februari 2011)


Aktiviti Pemanasan Badan

Pelajar-pelajar Rumah Hijau sedang mendengar penerangan daripada Cikgu Jessie tentang cara-cara melontar peluru yang betul.


Pelajar-pelajar lelaki Rumah Hijau sedang mengadakan latihan larian di bawah pengawasan Cikgu Aimarashid.


Latihan melontar peluru oleh pelajar-pelajar perempuan Rumah Hijau.


Tuan Haji Shaharuddin turut turun padang memberi tunjuk ajar dan demonstarasi kepada para pelajar perempuan Rumah Hijau.

Latihan melontar peluru

Guru-guru Rumah Hijau sewaktu sesi latihan dijalankan.

Aksi pelajar-pelajar Rumah Hijau yang menjalani latihan.


Latihan lompat tinggi.

Tuan Haji Shaharuddin meninjau latihan olahraga yang diadakan di padang yang diketuai oleh Cikgu Azlan Haniff.

Pelajar-pelajar Rumah Kuning sedang menjalani latihan merejam lembing dan lompat jauh sambil dipantau oleh Tuan Haji Shaharuddin.


Cikgu Jefry memberi tunjuk ajar dan demonstarsi untuk merejam lembing dengan betul.

Latihan merejam lembing dan lompat jauh oleh pelajar-pelajar Rumah Kuning.

Perhimpuan Rasmi Isnin (14 Februari 2011)



Pelajar-pelajar SMKTDS sedang membaca bacaan ikrar dengan diketuai oleh pengawas bertugas.


Cikgu Julnizam sedang membaca laporan bertugas pada minggu lepas.


Suasana di Dataran Wawasan ketika perhimpunan dijalankan.



Puan Siti Bahriah, Ketua Bidang Sains Sosial sedang mengendalikan Kuiz Sejarah dengan dibantu oleh Terry dari kelas 4UTHM.


Pemenang-pemenang Kuiz Sejarah menerima cenderahati daripada PK 1, Puan Tay Suat Gan.

Pemenang acara Spell It Right (peringkat menengah rendah).


Puan Kamsiah sedang menyampaikan ucapan kepada para pelajar.

Guru disiplin, Cikgu Jefry sedang memberi nasihat dan teguran kepada pelajar-pelajar SMKTDS.


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

 
Blogger Templates