About

Ucapan

Ucapan

25 February 2011

Demonstrasi Karate (16 Februari 2011)

DEMONTRASI KARATE KEPADA PELAJAR SESI PETANG

Demonstrasi Karate telah diadakan di Dataran Wawasan pada pagi Rabu (16 Februari 2011) dengan disaksikan oleh semua pelajar SMKTDS sesi petang. Kelab Karate merupakan kelab baru yang akan ditubuhkan di sekolah ini pada tahun ini. Persembahan demonstrasi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk menyertai Kelab Karate sebagai satu daripada Badan Unit Beruniform sekolah.


Demonstrasi Karate yang diadakan di Dataran Wawasan ini melibatkan ahli Kelab Karate yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Seri Skudai.


Ahli Kelab Karate SMK Seri Skudai begitu bersemangat dalam sesi demonstrasi.



DEMONSTRASI KARATE KEPADA PELAJAR SESI PAGI

 
Sesi demonstrasi persembahan Karate dari pelajar-pelajar SMK Seri Skudai telah diadakan pada jam 3.00 petang kepada pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi di Anjung Ilmu.

Persembahan karate yang telah diadakan di Anjung Ilmu disaksikan oleh pelajar-pelajar SMKTDS sebelum perjumpaan Unit Beruniform pada petang tersebut.

Persembahan yang penuh bersemangat daripada pelajar-pelajar SMK Seri Skudai.



Sebahagian guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTDS yang sedang menyaksikan demonstrasi karate di Anjung Ilmu.

No comments:

 
Blogger Templates