About
07 March 2011
Muat Turun : Format Pelan Tindakan dan Pelan Operasi Kokurikulum
Untuk tindakan guru-guru penasihat Unit Beruniform, Kelab/Persatuan/Sukan & Permainan (7/3/11 hingga 21/3/11)
1. Guru-guru boleh memuat turun format pelan tindakan dan pelan operasi kokurikulum dari laman web sekolah, sila klik di SINI atau minta softcopy daripada Puan Tan Seoah Chee dengan menggunakan pen-drive.
2. Sila lengkapkan pelan tindakan dan pelan operasi, hantar softcopy pelan tindakan dan pelan operasi yang telah siap kepada Pn Azlina/Puan Tan Seoah Chee melalui email: kokusmkds@hotmail.com
atau menggunakan pen-drive selewat-lewatnya pada 21/3/11 (Isnin).
3. Bilangan pelan operasi yang perlu disediakan adalah mengikut bilangan aktiviti dalam pelan tindakan.
Contoh: 5 pelan operasi perlu disediakan sekiranya terdapat 5 aktiviti dalam pelan tindakan.
4. Tarikh laksana dalam pelan tindakan hanya perlu diisi setelah aktiviti dilaksanakan.
5. Pelan operasi hanya perlu dilengkapkan dari Nama Projek sampai Proses kerja sahaja, Kekangan hingga Penambahbaikan akan dilengkapkan setelah aktiviti dilaksanakan.
Program Kembara Pengetua (25 Februari 2011)
Program Kembara Pengetua
Tarikh : 25 Februari 2011 (Jumaat)
Tempat : Makmal Bahasa
Kelas yang terlibat : 5 UKM dan 5UPM
Program Kembara Pengetua memfokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM. Program ini merupakan slot di mana Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari mendekati anak-anak pelajar dengan memberi motivasi dan kata-kata nasihat kepada para pelajar Tingkatan 5 yang terlibat.
Pelajar-pelajar dari kelas 5UKM dan 5UPM sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.
Program Pembangunan Insan- Pelajar Sesi Pagi (Jumaat, 25 Februari 2011)
Program Pembangunan Insan- Pelajar Cina
Tempat : Dewan
Program Pembangunan Insan- Pelajar India
Tempat : Kantin
Program Pembangunan Insan- Pelajar Lelaki Islam
Tempat : Gelanggang bola jaring
Pelajar-pelajar lelaki beragama Islam membaca Yasin secara beramai-ramai bersama guru-guru lelaki yang beragama Islam.
Tempat di mana pelajar-pelajar lelaki Islam berkumpul untuk bacaan Yasin
Salah seorang wakil Persatuan Pelajar Islam memberikan ceramah kepada para pelajar.
Ustaz Zakir Abdul Razak memberikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar. Pelajar-pelajar lelaki beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu ada hari Jumaat dan beberapa orang pelajar dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Program Pembangunan Insan - Pelajar Perempuan Islam
Tempat : Surau SMKTDS
Ustazah Roslina sedang menyampaikan ucapan selepas selesai bacaan Yasin secara beramai-ramai bersama guru wanita yang beragama Islam.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Roslina.
Suasana ketika di surau.
Perjumpaan Kelab Taekwondo- Sesi Pagi (23 Februari 2011)
Perjumpaan Kelab Taekwondo
Tarikh : 23 Februari 2011 (Rabu)
Tempat : Anjung Ilmu
Jurulatih luar : encik R. Kalai Mannan
Guru Penasihat : Cikgu Nordiana & Cikgu Rohiyati
Perjumpaan Kadet Polis -Sesi pagi (23 Februari 2011)
Sesi latihan kawad kaki oleh ahli-ahli Kadet Polis Lelaki dan Perempuan telah diadakan di Anjung Ilmu ekoran hujan lebat yang turun pada petang tersebut.
Sesi latihan Kadet Polis Lelaki.
Sesi latihan Kadet Polis Perempuan dipantau oleh Cikgu Khireen Nita.
Perjumpaan Badan Beruniform - Pelajar Sesi Petang (23 Februari 2011)
Semua pelajar sesi petang berkumpul di Dataran Wawasan untuk menjalani latihan kawad kaki dengan dipantau oleh guru penasihat Unit Beruniform masing-masing.
Perjumpaan Pandu Puteri (Sesi Petang) - 23 Februari 2011
Ahli-ahli Pandu Puteri (sesi petang) sedang melafazkan ikrar kepaduan.
Mereka turut belajar membuat ikatan dan simpulan.
Contoh buku log ahli Pandu Puteri.
Latihan Rumah Sukan -Hijau & Kuning (Sesi pagi)- 19 Februari 2011
Pemandangan di sekitar sekolah ketika latihan rumah sukan dijalankan bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.
LATIHAN RUMAH HIJAU
Tuan Haji Shaharuddin turut turun padang memberi tunjuk ajar dan menunjukkan teknik melontar cakera yang betul kepada ahli-ahli rumah Hijau (Rumah Tun Hussein Onn).
Guru-guru penasihat rumah Hijau turut menunjukkan demonstrasi kepada ahli-ahli rumah Hijau ketika latihan dijalankan.
Cikgu Aimarashid selaku guru penasihat rumah Hijau sedang memberi tunjuk ajar dan menunjukkan teknik melontar lembing yang betul kepada pelajar-pelajar lelaki rumah Hijau.
Ayahanda, Tuan Haji Shaharuddin turut meninjau sesi latihan yang diadakan di padang SMKTDS dan turut menunjukkan demonstarasi melontar lembing kepada pelajar-pelajar lelaki rumah Hijau.
LATIHAN RUMAH KUNING
Ahli-ahli rumah Kuning sedang menjalani latihan lompat tinggi.
Aksi-aksi daripada ahli-ahli rumah Kuning lelaki dan perempuan ketika latihan.
Tuan Haji Shaharuddin turut meninjau sesi latihan lompat jauh yang dijalani oleh ahli-ahli rumah Kuning (sesi pagi).
LATIHAN ATLIT OLAHRAGA SEKOLAH
Cikgu Azlan Haniff selaku jurulatih sedang melatih atlit-atlit olahraga yang akan mewakili sekolah dalam Kejohanan MSSD yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sesi latihan oleh atlit-atlit sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)