About

07 March 2011

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan (21 Februari 2011)





AJK Tertinggi Pengawas SMK Taman Desa Skudai.


Watikah Perlantikan yang akan diberi kepada pelajar-pelajar yang menggalas jawatan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan untuk tahun 2011.

Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Bangsa Johor dan bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar pelajar yang dipimpin oleh pengawas bertugas.

Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar SMKTDS.


Cikgu Nadzaruddin telah tampil untuk memberikan laporan guru bertugas pada minggu lepas.

Dif kehormat dijemput menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi tersebut.

Barisan Pengawas Pusat Sumber 2011.




Barisan pengawas sesi pagi.


Sesi penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas.


Majlis penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pengawas Pusat Sumber.

Ketua-ketua Tingkatan yang telah dilantik turut menerima Watikah Perlantikan daripada dif kehormat.



Nurfarahin Binti Samsudin mengetuai bacaan ikrar perlantikan.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

No comments:

 
Blogger Templates