About

21 January 2009

Sajak : Harum Kasihmu Ibu




Redup wajahmu
Terbayang dalam ingatanku
Riak senyummu pengubat duka
Harum kasihmu tak akan pudar
Terpancar penuh keikhlasan

Kau tabah mengharungi dugaan
Mengajarku kenal erti kehidupan
Kini aku digamit kerinduan
Yang hadir tanpa diundang
Pemergianmu ibu tidak terduga
Segalanya hilang sekelip mata
Namunku terima dengan redha

Percayalah ibu
Ku tidak akan melupakan
Segala memori indah kala bersamamu
Nasihatmu terpahat di hati
Sesungguhnya kumerindui belaianmu
Kutitipkan doa buatmu
Moga Allah merahmatimu
Bersama para solehin

Semoga dirimu tenang di sana.



Hasil nukilan,



Al-Fatihah

buat Allahyarhamah Bonda Hajjah Samsiyah Binti Mahadi

(Bonda Mertua Cikgu Diana) yang telah kembali

ke Rahmatullah pada 6 Mei 2006...



Pengumuman...

IDEA KREATIF


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog SMK Taman Desa Skudai, JB khususnya buat warga SMKTDS.. iaitu pelajar-pelajar dan guru-guru.

Pengumuman ini ditujukan buat semua warga SMKTDS sama ada dari kalangan guru, staf sokongan, pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah ataupun bekas pelajar SMKTDS.

Anda semua dialu-alukan untuk menyumbangkan sebarang idea, pandangan, komen, cadangan, karya-karya, gambar-gambar berkaitan sekolah atau aktiviti sekolah untuk dimuatkan di dalam blog sekolah ini.



Semua sumbangan karya, idea kreatif, cadangan dan sebagainya hendaklah dihantar kepada pihak kami melalui alamat berikut :


cikgu.diana@yahoo.com

Segala sumbangan yang dikirimkan oleh anda semua, saya bagi pihak warga SMKTDS mengucapkan jutaan terima kasih.




Sekian

Yang benar,



Admin Blog SMKTDS

 
Blogger Templates