About

11 November 2009

RIMUP



Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) MS ISO9001:2008

SMK Taman Desa Skudai adalah antara 115 buah sekolah rendah dan 105 buah sekolah menengah yang dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk melaksanakan SPSK sebagai sekolah rintis tahun 2009 dengan fokus kepada Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

Majlis penyampaian watikah pelaksanaan telah diadakan pada 28 APRIL 2009 di ADTEC Batu Pahat dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.

Untuk muat turun MANUAL KUALITI SPSK 2009 sila klik link berikut :
Klik SINI

Untuk rujukan sila klik link berikut : SPSK

SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Senarai Semak Menghadapi Peperiksaan



MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
~Menyemak jadual peperiksaan untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya.
~Sediakan dan menyemak keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, dan sebagainya.
~Membuat ulangkaji terakhir (nota – nota penting sahaja).
~Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
~Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
~Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
~Maafkan semua orang dan berdoa sebelum tidur. Minta ibu bapa/ keluarga kejutkan untuk bangun awal.
~Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.

PAGI HARI PEPERIKSAAN
~Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian (solat, berdoa dan sebagainya).
~Ceria, tenang dan berfikiran positif tentang peperiksaan.
~Memohon restu (doa) daripada ibu bapa.
~Datang ke sekolah lebih awal.
~Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa.
~Duduk di dalam dewan peperiksaan dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat. Mulakan menjawab soalan dengan lafaz Bismillah dan doa.

MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
~Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang peruntukkan.
~Membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali sebelum menjawab.
~Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul.
~Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya.
~Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawapan di kertas soalan.
~Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
~Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
~Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
~Semak semula pengisian nama, no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.

MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF
~Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan.
~Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab. ~Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
~Tandakan semua soalan-soalan yang diyakini boleh dijawab.
~Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
~Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
~Pembahagian masa untuk setiap soalan.
~Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan.
~Tenangkan fikiran semasa menjawab.
~Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
~Semak semula pengisian no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab dan ikat dengan kuat dan kemas.

ADAB-ADAB MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Dipetik dari sumber : http://ibnunaeem.blogspot.com

1) Tidak berbual-bual atau bergurau-gurau dengan rakan lain.
2) Tidak membincangkan tentang peperiksaan yang telah diduduki sebelum itu.
3) Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan terlebih dahulu.
4) Ketika melangkah masuk bacalah :

5) Banyakkan berselawat.
6) Sentiasa berfikiran positif. Katakan, “Insya Allah, aku pasti boleh buat”.
7) Hindarkan daripada perasaan riya’, takabbur dan meninggi diri kerana merasa kitalah yang paling pandai dan boleh menjawab semua soalan yang diberikan.
8) Doakan kejayaan untuk rakan-rakan lain. Paling mudah, hadiahkan bacaan surah al-Fatihah untuk rakan-rakan lain agar semuanya beroleh kejayaan.

Semakan Pertukaran Guru Antara Negeri 2010



Semakan Pertukaran Guru Antara Negeri 2010, kini boleh diketahui secara 'online'.

Untuk membuat semakan klik pada alamat berikut : http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Semoga para guru yang yang memohon pertukaran, berpuashati dengan keputusan yang diterima.

PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2009

PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2009

Tarikh : 3,4,5 JULAI 2009
Hari : RABU, KHAMIS, JUMAAT
Masa : 8.00 - 5.30 PETANG
Tempat : PLAZA KOTARAYA JOHOR BAHRU

Guru Pengiring :
i)PN NORZALMILA BINTI ZAHARI
ii) PN NORARBA’AYAH BT RAMLI
iii) CIK NURUL SALIME BT TAHARIM

Bilangan Peserta : 11

Laporan aktiviti :


Kelab Tunas Bistari SMKTDS telah menyertai Program Medaniaga peringkat daerah pada tarikh dan hari seperti di atas. Dalam program tersebut Kelab Tunas Bistari SMKTDS atau dikenali sebagai DS Corporation telah menjual produk Cendawan dan Kraftangan. Jualan amat memberangsangkan.
Dalam program tersebut, pelbagai pertandingan telah diadakan.
Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Gerai Terbaik, Anugerah Produk Kreatif, Anugerah Promosi dan Pemasaran Terbaik, Anugerah Kewangan Terbaik dan Anugerah Gerai Terbaik Keseluruhan. Memandangkan Syarikat kami kali pertama menyertai program ini berbanding sekolah lain, kami tidak memenangi Anugerah yang dipertandingkan.
Walaubagaimanapun, Syarikat kami telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Iklan Syarikat.

Masalah yang dihadapi :
Masalah yang dihadapi adalah dari segi pengangkutan. Terpaksa menggunakan khidmat daripada guru bukan penasihat kelab bagi mengangkut pelajar. Selain itu kurang persediaan daripada ahli dan kelewatan penerimaan surat penyertaan daripada Johor Corporation.

Ulasan guru penasihat :
Guru penasihat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh ahli selama 3 hari dalam program tersebut. Syarikat akan cuba mengatasi kelemahan dan cuba untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan pada tahun depan.

Laporan disediakan oleh,
Pn Norzalmila Zahari


SENARAI NAMA AHLI KELAB TUNAS BISTARI SMK TAMAN DESA SKUDAI
YANG MENYERTAI PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2009

1)Muhammad Arif Bin Abd Ghani
2)Ismail bin Abu bakar
3)Mohd Fuad Akmal bin Selamat
4)Mohd Hafiz bin Zainorabidin
5)Mustahfizurahman bin Mustafa Kamal
6)Muhd Khairul Faizal bin Mohd Salleh
7)Haziq bin Arshad
8)Eddy Ikmal bin Jamaluddin
9)Amir Ashraf bin Amir Hamzah
10)Lutfi Alif bin Rosli
11)Mohd Syazwan bin Sazali

Laporan Tahunan Kelab Tunas Bistari



PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN KELAB TUNAS BESTARI

Tarikh : 14, 15, 16 JULAI 2009
Hari : RABU, KHAMIS, JUMAAT
Masa : 3.00 - 5.30
Tempat : PADANG SEKOLAH
Nama guru terlibat : PN NORZALMILA BINTI ZAHARI
Kehadiran : 60 bukan ahli 20 Ahli
Matlamat aktiviti : Memberi pendedahan kepada ahli mengendalikan program.

Objektif aktiviti :
i)Melatih pelajar mengendalikan program
ii)Mengamalkan nilai kerjasama antara ahli.

Laporan aktiviti :

Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu pelajar bawah 18 tahun dan 15 tahun. Pertandingan ini juga disertai oleh pemain jemputan iaitu guru lelaki. Setiap kumpulan mempunyai 6 hingga 7 ahli. Kategori 18 tahun ke bawah disertai 9 kumpulan dan kategori 15 tahun ke bawah 16 kumpulan. Pertandingan ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Masalah yang dihadapi: Tiada

Senarai nama pemenang :
- Kategori 18 tahun ke bawah:
1. TB FC
2. Kami Tak Kuat
3. Desa Bersatu

- Kategori 15 Tahun Ke Bawah:
1. KUSUT
2. Desa FC
3. RK Warrior

Ulasan guru penasihat : Pertandingan berjalan lancar, ahli menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.


Disediakan oleh,
Pn Norzalmila Zahari

Aktiviti Tahunan Kelab Taekwondo 2009

KEJOHANAN TAEKWONDO SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU
BAKAT DAN REMAJA 2009




DEMONSTRASI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

 
Blogger Templates