About

04 December 2013

Pengumuman Tarikh Pendaftaran Murid Tingkatan 1, Peralihan dan Kelas Rancangan Khas (KRK) Sesi Persekolahan 2014

 

Tarikh Pendaftaran Murid Tingkatan 1, Peralihan dan Kelas Rancangan Khas (KRK) Sesi Persekolahan 2014 adalah pada tarikh 31 Disember 2013 (Selasa)

17 November 2013

TARIKH-TARIKH MESYUARAT SESI PERSEKOLAHAN 2014

TARIKH-TARIKH MESYUARAT SESI PERSEKOLAHAN 2014

1. 26 Disember 2013 (Khamis) - Mesyuarat Guru Bil. 1/ 2014

2. 27 Disember 2013 (Jumaat) - Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 /2014 dan Mesyuarat Panitia Bil. 1/2014

3. 28 Disember 2013 (Sabtu) - Latihan Dalam Perkhidmatan (TIMSS, PISA dan KBAT)

4. 30 Disember 2013 (Isnin) - Mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) Bil. 1/2014 dan Mesyuarat Ko-Kurikulum Bil. 1/2014

5. 31 Disember 2013 (Selasa) - Pendaftaran Murid Tingkatan 1, Peralihan dan Kelas Rancangan Khas (KRK)

Blog Pusat Sumber SMK Taman Desa Skudai, JB

http://psssmktds.blogspot.com
 
Blog Pusat Sumber SMK Taman Desa Skudai
 

16 November 2013

Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014

 
Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014 (bagi pelajar lama)
Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
 
 
Senarai keperluan sesi 2014 (pelajar lama) from Cikgu Diana


Senarai Keperluan Sesi Persekolahan 2014 (bagi pelajar baru)
Tingkatan 1 (Baru) dan Peralihan
 
Untuk muat turun, sila klik pada link berikut :


 
 
 
KOPERASI AKAN DIBUKA PADA :
 
23-24 Dis,  27-28 Dis, 30-31 Dis  2013,  1-3 Januari 2014
 
Bermula daripada 8.30 pagi hingga  1.00 petang
 
 
 
 
 

Jamuan Akhir Tahun KEBIRUS Tahun 2013 (14 November 2013)

 
Jamuan Akhir Tahun Anjuran KEBIRUS 2013
Tarikh : 14 November 2013 (Khamis)
Tempat : Pulai Spring Resort
Masa : 8.30 malam
 
 

 
Majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran KEBIRUS berlangsung dengan jayanya dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga guru dan staf serta diserikan dengan kehadiran barisan AJK PIBG tahun 2013 yang turut memeriahkan lagi majlis ini.
 
 
 
 



Barisan AJK PIBG Tahun 2013 yang turut sama hadir sebagai jemputan khas dalam majlis malam tersebut.


 
Para pentadbir dan guru SMKTDS sesi 2013 kelihatan ceria dan ada di kalangan warga guru yang hadir bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing. Ini sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
 




Selain daripada menikmati jamuan, para tetamu yang hadir turut sama mendengar ucapan daripada Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid, ucapan daripada YDP PIBG, Prof Dr Maketab Bin Mohamed, ucapan daripada Pengerusi KEBIRUS, Encik Roslizan dan acara cabutan nama bertuah.


 

Penutup Program Pasca PMR (30 Oktober 2013)




 
Program Pasca PMR diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah para pemenang yang telah disampaikan oleh PK Ko-Kurikulum, Puan Azlina Mohamad di Dewan SMKTDS.
 
 

Program Pasca PMR : Acara Sukaneka


Acara sukaneka diadakan di padang SMKTDS.
 
 
 
Kelihatan pelajar-pelajar bersungguh-sungguh bagi memastikan kumpulan mereka menjuarai acara sukaneka pada hari tersebut.

Program Pasca PMR : Pertandingan Bola Jaring (25 Oktober 2013)


 
Pertandingan bola jaring antara kelas Tingkatan 3 telah diadakan pada 25 Oktober 2013.
 
 

Program Pasca PMR : Pertandingan Bowling (21 Oktober 2013)



Pertandingan bowling telah diadakan di Skudai Parade.

Program Pasca PMR : Aktiviti Jejak Maklumat (16 Oktober 2013)

 
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 diberikan soalan yang memerlukan mereka mencari maklumat sama ada di internet atau pun di Perpustakaan sekolah. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan kumpulan yang berjaya ialah kumpulan yang dapat melengkapkan soalan yang diberi pada masa terpantas.
 


Pelajar-pelajar sedang gigih mencari maklumat bersama rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing.
 
 

Program Pasca PMR : Bengkel Menghias Kek Cawan (22 Oktober 2013)

 



Bengkel menghias kek cawan dikendalikan oleh Kaunselor sekolah, Cik Norila.


Kek cawan yang telah siap dihias oleh para pelajar Tingkatan 3.
 
 

Program Pasca PMR : Bengkel Kraftangan (24 Oktober 2013)


 
Pelajar-pelajar tingkatan 3 mempelajari kaedah untuk membuat bunga menggunakan bahan buangan iaitu plastik.








Contoh bunga yang dapat dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.
 
 
 

09 November 2013

Mesyuarat Guru Bil. 4/ 2013 (9 November 2013)

 
Mesyuarat  Guru Bil. 4/ 2013
Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Bahasa.
 
 

 
 
Mesyuarat Guru Bil. 4/2013 pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Pengetua, Puan Hajah Fouziah Abu Hamid. Beliau memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun 2013.


Cik Nyet Siong (PK Pentadbiran) memberi taklimat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kepada semua guru SMKTDS.
 

 
Penerangan mengenai Tugas-tugas Penyelarasan Guru Tingkatan dan Tanggungjawab serta Peranan Guru Tingkatan telah disampaikan oleh En. Zailan (PK HEM) bagi memastikan urusan berkaitan Hal Ehwal Murid berjalan lancar sebelum bermulanya cuti persekolahan.
 
 

 
 
Puan Azlina Mohamad (PK Ko-Kurikulum) memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu diuruskan oleh guru penasihat Unit Beruniform, Kelab/ Persatuan dan Permainan.
 


Mesyuarat Agung Koperasi Tahunan Kali Keenam SMKTDS (7 November 2013)

Mesyuarat Agung Koperasi Tahunan Kali Keenam SMKTDS
Tarikh : 7 November 2013 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Bahasa
 
 
 
Puan Hajah Fouziah mempengerusikan mesyuarat Agong Koperasi 2013.

 
 
Puan Norheza membentangkan laporan tahunan Koperasi.
 
 
 
 Penyampaian cenderahati kepada AJK Koperasi.

 
 
 
Hadiah cabutan bertuah.
 
 
Para pelajar yang hadir memenuhi Makmal Bahasa ketika Mesyuarat Agong Koperasi 2013 diadakan.




 

Program Pasca PMR : Lawatan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia (18 Oktober 2013)


Klik di SINI untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Informasi Iskandar Malaysia





Pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengikuti rombongan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia dengan diiringi oleh guru Tingkatan 3.
 

 
 

 
Blogger Templates