About

15 February 2011

Salam Maulidurrasul




Larian Perdana Mahkota 2011 (12 Februari 2011)






Video aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Aminurzaheed.


Cikgu Jefry dan Cikgu Azlan Haniff menyampaikan taklimat ringkas sebelum bermulanya acara Larian Perdana Mahkota 2011.

Sambutan daripada kalangan pelajar-pelajar sangat menggalakkan dan mereka bersemangat untuk menjayakan acara Larian Perdana Mahkota 2011.

Guru-guru SMKTDS yang bersiap sedia untuk menjalankan tugas masing-masing manakala Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin sedang memanaskan badan untuk memulakan larian.

Guru-guru SMKTDS.

Acara pemanasan badan telah diketuai oleh Cikgu Aminurzaheed.

Pelajar-pelajar yang sedang menjalankan aktiviti pemanasan badan.


Tuan Haji Shaharuddin melepaskan pelajar-pelajar di perkarangan pintu masuk utama SMKTDS.

Cikgu Omar sedang memberi taklimat ringkas kepada pelajar sebelum memulakan larian.

Suasana di garisan permulaan.

Larian telahpun bermula dan pelajar-pelajar begitu ceria sekali.


Aksi-aksi pelajar yang telah berjaya memenangi tempat sepuluh terawal di garisan penamat.

Puan Tay Suat Gan, Tuan Haji Shaharuddin dan Cikgu Aminurzaheed turut sama menamatkan larian mereka bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain.


Guru-guru tidak menang tangan untuk mendaftar pelajar-pelajar di kaunter pemenang.

Puan Azlina, Cikgu Fatimah dan Cikgu Fiedawani bertugas memberi air mineral dan roti kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan larian mereka pada pagi tersebut.

Pelajar-pelajar merehatkan badan di Anjung Ilmu dan di Dataran Wawasan sementara menunggu Majlis Penyampaian Hadiah diadakan.


Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk upacara penyampaian hadiah di Anjung Ilmu.



Video pengumuman rasmi keputusan penuh Larian Perdana Mahkota yang disampaikan oleh kaunselor, Cik Normah sebaik sahaja selesai upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Keputusan Penuh Larian Perdana Mahkota 2011

1. Rumah Tun Abdullah

2. Rumah Tun Mahathir

3. Rumah Tun Abdul Rahman

4. Rumah Tun Abdul Razak

5. Rumah Mohd Najib

6. Rumah Tun Hussein Onn


 
Blogger Templates