About

31 December 2010

Mesyuarat Guru (30 Disember 2010)- Mesyuarat Ko-Kurikulum

Tuan Haji Shaharuddin Saari mempengerusikan mesyuarat pada hari ini dan menyampaikan taklimat kepada semua guru di Makmal Bahasa.

Taklimat Ko-kurikulum seterusnya disampaikan oleh Puan Azlina (PK Ko-kurikulum).


Sebahagian daripada borang yang perlu diisi oleh guru-guru yang dipertanggungjawabkan memegang jawatan guru penasihat Badan Beruniform/Kelab/Persatuan/Sukan Permainan sepanjang sesi persekolahan 2011 nanti. 

Taklimat agihan tugas guru untuk acara sukan telah dikendalikan oleh Setiausaha Sukan, En. Azlan Haniff.
Cik Normah menyampaikan Taklimat Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan yang akan berlangsung pada 1 Januari 2010. Manakala Puan Kamsiah memberi taklimat ringkas untuk program Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Peralihan dan Tingkatan 4 yang akan diadakan pada hari pertama sesi persekolahan 2011 pada 3 Januari 2011(Isnin) nanti.
Puan Siti Bahriah (Guru Kanan Bidang Sains Sosial) membuat beberapa pengumuman kepada guru yang terlibat di bawah yang dikendalikannya.

Banner ucapan tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 3 telah dipasang di Anjung Ilmu khusus untuk warga sekolah yang telah mencipta sejarah dengan mencapai keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan PMR 2010 yang diumumkan baru-baru ini.

Mesyuarat Guru (29 Disember 2010)- Mesyuarat HEM

Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan alu-aluan kepada guru-guru SMKTDS.


Sesi taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) telah disampaikan oleh En. Zailan (PK HEM).
Penerangan mengenai Tugas-tugas Penyelarasan Guru Tingkatan dan Tanggungjawab serta Peranan Guru Tingkatan telah ditekankan oleh En. Zailan bagi memastikan pengurusan bilik darjah pada sesi persekolahan 2011 nanti berjalan lancar.
En Zaki (Penyelia Petang) memberikan Taklimat Penggunaan Buku ID Smart Book yang diimplimentasi buat pertama kali pada tahun 2011 nanti.
Penggunaan ID Smart Book ini bertujuan untuk mengurangkan salah lau disiplin di kalangan pelajar SMKTDS agar dapat dibendung lebih awal dan memantapkan sahsiah pelajar-pelajar SMKTDS.

Sesi jamuan kepada semua guru telah diadakan di kantin sekolah.

Ibu bapa dan pelajar sedang membeli kelengkapan peralatan sekolah di Koperasi SMKTDS.

Antara AJK Kelab Koperasi yang bertugas membantu guru membuat jualan di koperasi sekolah.


Bekas pelajar Tingkatan 5 dari kelas 5UKM turut hadir ke sekolah membantu guru membersihkan akuarium yang ditempatkan di Anjung Ilmu.

29 December 2010

Mesyuarat Guru Kali Kedua (28 Disember 2010)

Tuan Haji Shaharuddin selaku Pengetua SMKTDS memberi ucapan alu-aluan kepada semua guru dan berkongsi informasi-informasi terkini dalam bidang pendidikan bersama guru-guru SMKTDS.

Mesyuarat Kurikulum untuk kali pertama sesi persekolahan 2011 telah dipengerusikan oleh Puan Tay Suat Gan (PK 1). Beliau memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Bidang yang akan diadakan nanti.

Guru-guru Sains dan Matematik sedang bermesyurat bertempat di Bilik Mesyuarat SMKTDS dengan dipengerusikan oleh Puan Wan Noraini selaku Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik.

Bidang-bidang lain turut mengadakan mesyuarat di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Puan Tay Suat Gan semasa mesyuarat pada pagi tadi.

AJK Kelab Koperasi sedang menjalankan tugas pada hari pertama jualan kelengkapan keperluan sekolah di Koperasi SMKTDS yang bermula pada hari ini (28 Doisember 2010).






27 December 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah Untuk Sesi Persekolahan 2011


Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk Sesi Persekolahan 2011 (27 Disember 2010)



Tuan Haji Shaharuddin mempengerusikan mesyuarat guru pada 27 Disember 2010 (Isnin) di Makmal Bahasa SMKTDS.

Pengetua sedang memberi taklimat kepada semua guru mengenai penggunaan punch card yang berkuatkuasa pada sesi persekolahan 2011 nanti.


Semua guru SMKTDS sedang tekun mendengar amanat dan taklimat daripada Tuan Haji Shaharuddin.


Fokus Jabatan Pelajaran Negeri Johor
B- GUN


Guru-guru menikmati jamuan yang ditaja oleh pihak kantin SMKTDS.

Majalah sekolah tahun 2010 diberikan kepada semua guru setelah tamat mesyuarat pada jam 12.00 tengah hari.

Dasar Pendidikan Negara


Dasar Pendidikan Negara -

Surat Pekeliling Ikhtisas


Surat Pekeliling IKhtisas -

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan -

25 December 2010

Hari Inovasi JPNJ 2010 (24 Disember 2010)



Pada 24 Disember 2010 (Jumaat) bertempat di SM Teknik Johor Bahru telah berlangsungnya Hari Inovasi JPN Johor 2010. Majlis yang diadakan untuk kali pertama ini menggunakan tema "Inovasi Pencetus Transformasi" bertujuan memupuk kesedaran dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga Jabatan, Daerah dan Sekolah ke arah menghasilkan inovasi terbaik untuk perkongsian bersama. Majlis yang julung kali diadakan ini diadakan menggantikan Hari Kualiti yang disambut setiap tahun oleh semua agensi perkhidmatan awam selaras dengan pelancaran "Malaysia Inovatif 2010".


Dua penyertaan sekolah dalam Pertandingan Inovasi JPN Johor telah berjaya merangkul kejayaan dan dinobatkan "Anugerah Inovasi Terbaik JPN Johor Tahun 2010". Kejayaan yang membanggakan warga SMKTDS ini telah meletakkan dua penyertaan inovasi daripada guru-guru SMKTDS sebagai antara 10 inovasi terbaik di negeri Johor. Inovasi yang menerima anugerah ini bertajuk "Penggunaan Blog Subjek oleh Guru-guru di dalam P&P" yang telah diketuai oleh Puan Nordiana Binti Ahmad, manakala inovasi kedua pula bertajuk "Akses Mudah Fail Evidens PBS KHB" diketuai oleh Puan Hajjah Tg Zarena Binti Tg Azam. Pihak sekolah yang diterajui oleh Pengetua, Tuan Hj Shaharuddin Bin Saari juga turut menerima satu lagi penghargaan dengan menerima satu lagi anugerah iaitu "Anugerah Penarafan Kendiri Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) melepasi 95% dan ke atas" untuk Kategori Sekolah Menengah.

Majlis yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Hj Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan penuh meriah di Dewan Seri Gemilang SM Teknik Johor Bahru yang turut dihadiri oleh barisan warga pendidikan dari seluruh negeri Johor.




Inovasi daripada guru SMKTDS yang bertajuk "Penggunaan Blog Subjek oleh Guru-guru Di dalam P&P" telah diberi peluang membuat pameran ketika Majlis Inovasi JPNJ 2010 ini diadakan di perkarangan Dewan Seri Gemilang SM Teknik Johor Bahru.





Puan Nordiana Ahmad berpeluang memberi penerangan khas kepada Y. Bhg Tuan Haji Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor yang turut hadir melawat tapak pameran pada majlis tersebut.

 
Warga pendidik dari seluruh negeri Johor yang berkunjung ke tapak pameran.



Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari, Pengetua SMK Taman Desa Skudai sedang menerima tiga anugerah khas daripada Y. Bhg. Tuan Haji Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor.
Bergambar kenangan di tapak pameran.
Inovasi dari SMK Benut, Pontian yang bertajuk " Woodclay" oleh Encik Roslan Bin Idris

 
Ustaz Khairul Anuar dari SM Teknik Perdagangan JB dengan inovasinya yang bertajuk "Portal e-Pendidikan Islam" yang turut sama mengadakan pameran.

 
Pameran yang diketuai oleh En Fairus mewakili PPD Pasir Gudang sedang menyampaikan taklimat mengenai inovasinya yang bertajuk "Smart Sorter".

Tahniah di atas Kejayaan Cemerlang di dalam Peperiksaan PMR 2010



24 orang pelajar yang mendapat Straight A's dalam Peperiksaan PMR 2010 bergambar kenangan bersama Yang Dipertua PIBG SMKTDS, Prof Dr Maketab dan barisan guru-guru kanan.



 Senarai Nama 24 orang Pelajar yang Mendapat Straight A's dalam Peperiksaan PMR 2010

8A
1. Chng Kar Heng
2. Lim Zheng Yaw
3. Tay Zhi Hao
4. Khoo Chiaw Chen
5. Wong Shi Yun
6. Amirul Ashraf Bin Abdul Razak
7. Mohamad Azizul Hakim Bin Harun
8. Muhammad Danish Fadhly Bin Yusof
9. Muhammad Irham Bin Hazlan
10. Muhammad Naqib Bin Mahizan
11. Suhail Firas Bin Rosli
12. Farah Nadia Binti Shamsuri
13. Iman Sofea Binti Mohamad Ibrahim
14. Nik Amirah Syazlin Binti Rozman
15. Nur Amalina Binti Mohamad
16. Nurul Syazwani Binti Safian
17. Mohamad Rafiq Bin Rozli
18. Mariatul Rawdhah Binti Ahmad Fua'ad
19. Mohamad Rozain Bin Abbas
20. Aiman Hanani Binti Mokhtar
21. Nor Farahin Binti Lokman

7A
22. Dehvaraj A/L Ramachandran
23. Bhavitra A/P Mohana Sundaram
24. Hema A/P Valayutham

18 December 2010

Bank Soalan JPN Johor



Kepada guru-guru dan pelajar, anda boleh memuat turun soalan-soalan daripada laman web Bank Soalan JPN Johor. Untuk muat turun, sila klik di SINI.

Contoh Takwim Sekolah 2011

TAKWIM SEKOLAH 2011

Atau klik di SINI untuk muat turun

Kredit : Sifu K (Scribd.com)

Cuti Umum 2011

Cuti Umum 2011

Atau klik di SINI untuk muat turun

Kredit : Sifu K (Scribd.com)

Statistik Pelawat Blog Rasmi SMK Taman Desa Skudai (Mac 2010- 18 Disember 2010)

Bilangan pengunjung Blog Rasmi SMK Taman Desa Skudai mengikut bulan bagi tahun 2010 (berdasarkan laman web Mytopschool.com (Free Ranking System For Malaysian School’s Sites and Portals) - http://mytopschool.com






Bilangan pengunjung Blog Rasmi SMK Taman Desa Skudai mengikut bulan bagi tahun 2010 (berdasarkan laman web PKG Petaling Toplist Web) - http://topsite.pkg-petaling.net



SEMAKAN ONLINE TAWARAN KE TING. SATU TAHUN 2011 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KLUSTER KECEMERLANGAN PENDIDIKAN/ KAWALAN/KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)/KELAS ALIRAN AGAMA(KAA) DAERAH JB



Semua ibu bapa murid-murid yang memohon ke Tingkatan 1 Sekolah Kluster Kecemerlangan Pendidikan/Kawalan/Kelas Rancangan Khas(KRK)/Kelas Aliran Agama (KAA) Tahun 2011 sudah boleh menyemak keputusan penempatan secara atas talian (on-line).




Url sistem semakan adalah http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk


Sekian, harap maklum.


Sumber : PPD JB

16 December 2010

Keputusan PMR diumum Khamis depan (23 Disember 2010)

2010/12/15
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.


Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.


Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.




Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian Online

10 December 2010

27 November 2010

Koleksi Peperiksaan Percubaan Fizik 2010

2010 Physics Trial Paper

Kredit buat Cikgu Fizik diblognya
http://www.physics4spm.com

2. Cikgu Lily Suhany (SM Teknik Perdagangan JB) diblognya
http://cikgulilysuhany.blogspot.com

2010 SPM Exams Tips – Physics


SPM Tips 2010 (Not Final - to be updates)

Kredit buat Mr Ch'ng diblognya
http://chngtuition.blogspot.com

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan Kimia 2010

2010 SPM - All Chemistry State Trial Exam Paper

http://chngtuition.blogspot.com/2010/09/2010-spm-all-chemistry-state-trial-exam.html


2010 SPM Exams Tips - Chemistry

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri Matematik Tambahan 2010

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri
Matematik Tambahan 2010

1)
http://cikgujep.tumblr.com/trialnegeri

Kredit kepada Cikgu Jep di blognya
http://cikgujep.tumblr.com

Kredit kepada Cikgu Nohardi di blognya
http://nohardi.blogspot.com


3) 2010 SPM - All Add Math State Trial Exam Paper


http://chngtuition.blogspot.com/2010/09/2010-spm-all-add-math-state-trial-exam.html

Kredit buat Mr Ch'ng diblognya http://chngtuition.blogspot.com

19 November 2010

Persembahan piano oleh Nisharlini (2UTM)

Persembahan piano oleh Nisharlini (2UTM) ketika acara perasmian Majlis Graduasi Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Desa Skudai 2010 pada 10 November 2010

Selamat Bercuti


Doa mudah menghadapi peperiksaan

Zikir

Munajat Keampunan


Qasidah Istighfar




Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan Biologi SPM Negeri-negeri 2010

Kredit kepada blog http://www.bumigemilang.com

Koleksi Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan 2010 seluruh Malaysia


Kredit buat Cikgu Kairul Annuar Bin Abd Aziz dalm blognya : http://akaundaerahjb.blogspot.com

Tips Peperiksaan: Kertas 1 Prinsip Perakaunan.


Kredit kepada Cikgu Azlan dalam blog beliau : http://mhdazlan.wordpress.com
 
Blogger Templates