About

16 December 2010

Keputusan PMR diumum Khamis depan (23 Disember 2010)

2010/12/15
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.


Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.


Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.




Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian Online

No comments:

 
Blogger Templates