About

19 September 2010

Ucapan Takziah buat Keluarga Allahyarhamah Cik Shelly Shelina

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang tenaga pengajar di SMK Taman Desa Skudai Cik Shelly Shelina Binti Salim telah kembali ke Rahmatullah pada 17 September 2010 (Jumaat) di Hospital Besar Batu Pahat.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga SMKTDS yang beragama Islam telah mengadakan Majlis Tahlil di surau SMKTDS pada hari Sabtu (18 September 2010).

Semua warga SMKTDS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
Jasa yang ditabur oleh Allahyarhamah sepanjang setahun beliau mencurahkan bakti mendidik pelajar-pelajar tidak dapat dibalas. Sekiranya ada salah dan silap mohon dimaafi dan marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah memberi rahmat ke atas roh Allahyarhamah di sana.

Amin Ya Rabbal’alamin.

Al-Fatihah.

'

Program Pembangunan Insan (17 September 2010)

Ustaz Zakir menyampaikan ucapan selepas acara bacaan Yasin diadakan.

Tuan Haji Shaharuddin mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua pelajar Islam yang hadir pada hari ini dan ucapan Selamat Hari Raya.
Beliau turut mengingatkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 agar membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Suasana di dalam surau SMKTDS kelihatan pelajar-pelajar khusyuk mendengar nasihat Ayahanda.



Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri (2 September 2010)


Buletin hasil karya Mohd. Fahim (4UKM)


SMKDS - Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 2 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 di surau SMKDS. Majlis ini tidak asing lagi di kalangan warga SMKDS kerana dijalankan pada tiap-tiap tahun sejak sekolah ini ditubuhkan.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Zakir dan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin Saari. Seramai 127 orang pelajar telah turut serta dalam majlis ini. Pelajar yang menyertai khatam Al-Quran merupakan pelajar yang hadir di surau setiap hari sepanjang bulan Ramadhan membaca Al-Quran ketika waktu rehat.

Selesai bacaan Al-Quran dan doa khatam Al-Quran, penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar yang turut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran. Cenderahati yang diberikan berupa sebuah buku Qiamullail yang ditaja oleh Pusat Islam UTM, sekuntum bunga telur yang ditaja oleh Ketua Bidang, buku zikir dan penanda buku.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu Prof. Madya Dr. Maketab B. Mohamed. Beliau mengingatkan pelajar bahawa membaca Al-Quran bukan satu perkara yang mudah jika tidak mendapat didikan yang baik.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin. Beliau menasihatkan pelajar-pelajar agar menggunakan wang sumbangan zakat dan duit raya dengan sebaik mungkin.

Majlis disusuli dengan pemberian sumbangan hari raya bermula. Sumbangan hari raya ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama ialah pelajar yang layak menerima zakat, sumbangan dan duit raya dan kategori kedua ialah pelajar yang menerima sumbangan dan duit raya. Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Prof. Dr. Maketab, Naib YDP PIBG Dr. Yazid dan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin.

Majlis sebegini dapat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.


Majlis Iftar Pelajar Tingkatan 4 (30 Ogos 2010)

Buletin hasil karya Mohd. Fahim (4UKM)

SMKDS - Majlis Iftar telah diadakan buat julung kalinya pada 30 Ogos 2010 bersamaan 20 Ramadan 1431 setelah hampir 7 tahun SMK Desa Skudai ditubuhkan. Penganjuran majlis ini merupakan cetusan idea para pelajar Tingkatan 4 sesi 2010. Majlis Iftar ini telah berlangsung di surau SMKDS dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Majlis ini dimulakan dengan tayangan video tentang zaman kegemilangan Islam yang disampaikan oleh wakil pelajar iaitu Nur Farahin Bt Samsudin. Tayangan video ini bertujuan memberi pengajaran dan kesedaran kepada para pelajar tentang semangat yang perlu ada ketika menuntut ilmu.

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, para pelajar yang hadir telah dijamu dengan sebiji kurma dan minuman sebagai juadah ringkas berbuka puasa yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Ini disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah dengan diimamkan oleh pelajar Tingkatan 4, Hafizul B. Abd Wahab.

Setelah menunaikan solat Maghrib, pelajar kemudiannya dihidangkan dengan juadah istimewa iaitu nasi ayam madu. Makanan dihidangkan di dalam dulang yang dikongsi bersama empat orang pelajar. Perkongsian seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara para pelajar dan memupuk semangat perkongsian di antara sesama Islam.

Majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh wakil pelajar, Nur Farahin Bt Samsudin sambil diselangi dengan tayangan video. Mesej yang ingin disampaikan melalui tayangan video adalah mengenai kesedaran pelajar tentang unsur – unsur penghinaan Islam yang terdapat di internet. Justeru kita perlu sedar dan berwaspada dengan anasir-anasir negatif yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui teknologi-teknologi yang canggih seperti internet dan media massa.

Kemudian para pelajar menunaikan solat Isyak dan solat Terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh pelajar sendiri, iaitu Hafizul Bin Abd Wahab.

Majlis Iftar ini telah berlangsung dengan jayanya dan turut dimeriahkan dengan kehadiran guru-guru untuk memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar. Antara guru-guru yang hadir bersama ialah Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin, Ustaz Zakir Poniran, Puan Nor Arba’ayah, Encik Hunaidi dan guru-guru praktikal iaitu Encik Amry, Cik Afifah dan Cik Dewi.


KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN PMR SUBJEK SEJARAH 2010 (SEMUA NEGERI)


Kredit buat Cikgu Niezam (http://akuniezams.blogspot.com)

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN MATEMATIK TAMBAHAN SPM

KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN PMR NEGERI MELAKA 2010 (SEMUA SUBJEK)


KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN MATEMATIK MODEN SPM 2010

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN MATEMATIK PMR 2010

Nota-nota Ringkas PMR

Anda boleh memuat turun nota-nota ringkas PMR di SINI.

Nota-nota Ringkas SPM

Untuk mendapatkan nota-nota ringkas SPM, anda boleh klik di SINI.

Kredit buat http://maths-iq.blogspot.com

KOLEKSI SOALAN-SOALAN PMR & SPM

Kepada semua guru dan pelajar, anda boleh memuat turun soalan-soalan Percubaan PMR dan SPM di dalam laman web berikut :

http://sci-q.blogspot.com

http://koleksisoalantrialjohor.blogspot.com

http://blogsciencepmr.blogspot.com

http://maths-iq.blogspot.com



KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SAINS PMR 2010

 
Blogger Templates