About

21 March 2011

Program Makan Malam Bersama Ibu Bapa Cina (5 Mac 2011)



Program Makan Malam Bersama Ibu Bapa Cina
anjuran PIBG SMK Taman Desa Skudai

Tempat : Qing Palace, Pulai Spring Resort,
Pulai, Johor.

Perasmi : YB Puan Tan Ah Heng
(Ahli Parlimen Malaysia, Kawasan Gelang Patah)
-diwakili oleh Encik Goh Teck Kuan dan YB Dato' Teo Kok Chee.

Tarikh : 5 Mac 2011 (Sabtu)

Masa : 8.00 - 11.00 malam

Restoren Qing Palace di Pulai Spring Resort, Pulai, Johor.

Buku program & tayangan LCD ketika majlis diadakan.

Hiasan indah di sekitar restoren Qing Palace.

Sesi pendaftaran dif-dif jemputan, para ibu bapa pelajar Cina, guru-guru dan staf-staf sokongan sekolah.

Suasana di kaunter pendaftaran.

Yang Berbahagia Encik Goh Teck Kuan wakil kepada YB Puan Tan Ah Heng sedang menandatangani buku pelawat dan beramah mesra dengan Tuan Haji Shaharuddin Saari.

Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari, YDP PIBG PM Dr Maketab dan AJK PIBG, Encik Lee Kok Siang beramah mesra Encik Goh Teck Kuan pada awal majlis.

AJK PIBG dan para ibu bapa pelajar Cina yang hadir untuk memeriahkan Program Makan Malam pada malam tersebut.

Guru-guru, staf-staf sokongan sekolah dan wakil daripada pihak kantin sekolah yang hadir pada malam tersebut.

Guru-guru yang terlibat sebagai AJK Program Makan Malam dan staf sokongan.

Suasana di sepanjang majlis diadakan.

Jemputan yang hadir.

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ucapan daripada YDP PIBG dan Tuan Pengetua

Pengacara majlis, Cik Nordalilati bergandingan dengan Cik Mak Ngai Yen. Encik Omar mengetuai bacaan doa.

Yang Dipertua PIBG, PM Dr Maketab memberi ucapan.

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari.

John Ryan (3UTM) sedang melakukan persembahan piano.

Nisharlini (3UTM) turut menunjukkan bakat bermain piano.

AJK PIBG, Encik Lee Kok Siang sedang menyampaikan ucapan.


Acara diteruskan dengan acara cabutan bertuah oleh VIP jemputan.

Acara cabutan bertuah yang disampaikan oleh YDP PIBG, PM Dr Maketab.

YDP PIBG SMKTDS, PM Dr Maketab menyampaikan cenderahati kepada Encik Goh Teck Kuan atas kesudian beliau untuk hadir memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Encik Goh Teck Kuan bersama barisan AJK PIBG dan Pengetua sedang beramah-mesra dengan para tetamu yang hadir sebaik sahaja selesai majlis.


Kembara Pengetua-Kelas 5UIAM & 5UM (4 Mac 2011)


Kembara Pengetua
Kelas : 5UIAM dan 5UM
Tempat : Makmal Bahasa SMKTDS

Tuan Haji Shaharuddin sedang menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar dari kelas 5UIAM dan 5UM. 

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang terlibat sedang khusyuk mendengar amanat daripada Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin.

Selamat Menduduki Penilaian Kurikulum 1 2011

Latiha Gendang Cina (Jumaat, 4 Mac 2011)


Pelajar-pelajar yang terdiri daripada ahli Persatuan Bahasa Cina menjalani latihan Gendang Cina di Anjung Ilmu pada setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.30 petang.

Perhimpunan (Khamis, 3 Mac 2011)

Pengumuman disampaikan oleh pengawas dan guru yang bertugas.


Para pelajar sedang mendengar pengumuman penting yang disampaikan di Dataran Wawasan.

Mesyuarat Kewangan Kali Pertama 2011 (1 Mac 2011)


Semua Ketua Panitia menghadiri Mesyuarat Kewangan kali pertama yang diadakan Bilik Mesyuarat SMKTDS dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.


Tuan Haji Shaharuddin sedang memberi taklimat kepada guru-guru.

Pelancaran Minggu Anti Dadah (Isnin, 28 Februari 2011)


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.


Diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar pelajar dengan dipimpin oleh pengawas bertugas.


Cikgu Dalilati menyampaikan ucapan guru bertugas pada minggu lepas.

Cikgu Azlan Haniff mengumumkan nama pemenang Kejohanan Renang MSSJ 2011


Tia'a Fang Der (3UTM) telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun dengan 9 pingat kemenangan dalam Kejohanan Renang MSSJ 2011.

Tia'a Fang Der (3UTM) telah mengharumkan nama sekolah dengan 9 kemenangan dan gelaran Peserta Terbaik Lelaki Bawah 15 dalam Kejohanan Renang MSSJ 2011.


Perhimpunan diteruskan dengan Kuiz Sejarah yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Zulazri.


Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dalam sesi Kuiz Sejarah.


Cikgu Nordiyana Salleh selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan menjemput Encik Zailan untuk menyampaikan ceramah sempena Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.

Encik Zailan, PK HEM menyampaikan ucapan sempena Minggu Anti Dadah pada pagi tersebut.

Seterusnya ucapan oleh Tuan Haji Shaharuddin dan diikuti dengan upacara perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.


Tuan Haji Shaharuddin menurunkan tandatangan pada papan kenyataan yang disediakan sebagai simbolik perasmian Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.


Mohd. Fahim mengetuai bacaan ikrar Anti Dadah oleh para pelajar.


Perhimpunan diteruskan dengan Choral Speaking oleh pelajar-pelajar kelas 4UTM dan 4UTHM.


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.


 
Blogger Templates