About

21 March 2011

Pelancaran Minggu Anti Dadah (Isnin, 28 Februari 2011)


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.


Diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar pelajar dengan dipimpin oleh pengawas bertugas.


Cikgu Dalilati menyampaikan ucapan guru bertugas pada minggu lepas.

Cikgu Azlan Haniff mengumumkan nama pemenang Kejohanan Renang MSSJ 2011


Tia'a Fang Der (3UTM) telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun dengan 9 pingat kemenangan dalam Kejohanan Renang MSSJ 2011.

Tia'a Fang Der (3UTM) telah mengharumkan nama sekolah dengan 9 kemenangan dan gelaran Peserta Terbaik Lelaki Bawah 15 dalam Kejohanan Renang MSSJ 2011.


Perhimpunan diteruskan dengan Kuiz Sejarah yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Zulazri.


Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dalam sesi Kuiz Sejarah.


Cikgu Nordiyana Salleh selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan menjemput Encik Zailan untuk menyampaikan ceramah sempena Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.

Encik Zailan, PK HEM menyampaikan ucapan sempena Minggu Anti Dadah pada pagi tersebut.

Seterusnya ucapan oleh Tuan Haji Shaharuddin dan diikuti dengan upacara perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.


Tuan Haji Shaharuddin menurunkan tandatangan pada papan kenyataan yang disediakan sebagai simbolik perasmian Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.


Mohd. Fahim mengetuai bacaan ikrar Anti Dadah oleh para pelajar.


Perhimpunan diteruskan dengan Choral Speaking oleh pelajar-pelajar kelas 4UTM dan 4UTHM.


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.


No comments:

 
Blogger Templates