About

17 January 2015

Mesyuarat PIBG Sesi 2014/2015 Kali Keempat (15 Januari 2015)


Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 2.30 - 6.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat


Puan Mahani Binti Sulaiman, Pengetua SMKTDS sedang menerangkan tentang perjalanan program-program sepanjang sesi persekolahan baru 2015 kepada semua AJK PIBG semasa sesi mesyuarat diadakan.
 
 

Prof Dr Maketab Mohamed, YDP PIBG sesi 2014/2015 bersama barisan AJK PIBG dari kalangan guru dan ibu bapa membincangkan tentang isu-isu berbangkit.




Cenderahati disampaikan kepada AJK PIBG sebagai penghargaan kerana telah melatih pasukan gendang Cina.






Program Pembangunan Insan (Pelajar Islam sesi Pagi) (15 Januari 2015)


Tarikh : 15 Januari 2015 (Khamis)
  Masa : 7.30- 8.10 pagi
 Tempat : Surau SMKTDS

Program Pembangunan Insan bagi pelajar Islam sesi pagi dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai dengan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran.




Dialog Prestasi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (14 Januari 2015)



Tarikh : 14 Januari 2015 (Rabu)

Masa :  1.40 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTDS



Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman telah mempengerusikan Dialog Prestasi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).



Dialog Prestasi PT3 2014 diadakan di bilik Mesyuarat dengan dihadiri oleh semua guru Tingkatan 3 dan Ketua-ketua Panitia subjek menengah rendah.



Mesyuarat Jawatankuasa Hari Terbuka Bil 1/ 2015 (13 Januari 2015)

Tarikh : 13 Januari 2015 (Selasa)
  Masa : 1.40 petang
  Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTDS



Cik Chin Nyet Siong selaku PK Pentadbiran mempengerusikan mesyuarat pada petang ini dan membincangkan tentang bidang tugas guru sebagai persediaan untuk mengadakan Hari Terbuka pada 17 Januari 2015 yang akan datang bersama guru-guru sesi pagi.



Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SMKTDS.



En. Zailan Md. Yasin menyampaikan taklimat untuk hal-hal yang berkaitan dengan unit HEM.






PK Kokurikulum, Pn. Azlina Mohamad turut menyampaikan beberapa pesanan dan taklimat berkaitan dengan unit Kokurikulum kepada semua guru tingkatan sesi pagi.






Orientasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 (11 Jan 2015)

 
Orientasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dijalankan di dewan SMK Taman Desa Skudai.
 
Blogger Templates