About
26 January 2013
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) (23 Januari 2013)
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Tarikh : 23 Januari 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Bahasa
PK Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong mempengerusikan mesyuarat ahli Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan semua guru mata pelajaran terpilih.
Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013 (21 Januari 2013)
Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013
Tarikh : 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi (sesi pagi)
Tempat : Dataran Wawasan
Puan Kamsiah mempengerusikan majlis.
Puan Rohiyati selaku Guru Media menyampaikan ucapan dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Kempen Derma Buku 2013.
Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan "Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013"
Upacara perasmian yang disempurnakan oleh Puan Hajah Fouziah, Pengetua SMK Taman Desa Skudai.
Nyanyian koir oleh Pengawas Pusat Sumber.
Mesyuarat Agung Kelab Fotografi (19 Januari 2013)
Mesyuarat Agung Kelab Fotografi berlangsung di kelas 3UM dengan dipengerusikan oleh Puan Nordiana Ahmad dan dibantu oleh guru penasihat yang lain, iaitu Puan Nor Aida dan Puan Siti Asma.
Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013 (18 Januari 2013)
Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013
Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Bahasa SMK Taman Desa Skudai
Perasmi : YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian (ADUN Nusajaya)
Puan Kamsiah selaku kaunselor sekolah mempengerusikan majlis Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013.
Bacaan doa oleh Ustaz Zakir Abdul Razak .
Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid menyampaikan ucapan dan kata-kata aluan kepada para ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya.
Ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.
Agihan wang Bantuan Khas Persekolahan bermula pada 15
Januari hingga 22 Januari 2013 yang meliputi 1701 pelajar dengan peruntukan
kewangan sebanyak RM170 100.00. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa
atau penjaga tanpa mengira latar belakang keluarga.
Ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana
Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menepati janji beliau melalui
pembentangan belanjawan 2013 pada bulan Oktober tahun lepas.
Majlis penyampaian Bantuan Awal Khas Persekolahan Tahun 2013
dalam kalangan pelajar SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.
Ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya dan Puan Hajah Fouziah Abu Hamid, Pengetua SMK Taman Desa Skudai.
Mesyuarat Agung Rumah Sukan (18 Januari 2013)
Semua pelajar-pelajar sesi pagi bergerak ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Rumah Sukan sesi 2013.
Perjumpaan Kelab Catur (17 Januari 2013)
Perjumpaan Kelab Catur pada 17 Januari 2013 dimulakan dengan Mesyuarat Agung bagi memilih ahli Jawatankuasa untuk sesi 2013. Puan Ruhaizun mempengerusikan mesyuarat dengan dibantu dengan guru penasihat Kelab Catur yang lain iaitu, Puan Azharni, Puan Erna dan Puan Nordiana.
Selesai pemilihan AJK Kelab Catur, pelajar-pelajar dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk aktiviti bermain catur.
Pelajar-pelajar yang mahir membimbing rakan mereka yang masih baru dengan dipantau oleh guru-guru penasihat Kelab Catur.
Mesyuarat Unit Peperiksaan (17 Januari 2013)
PK Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong mempengerusikan Mesyuarat Unit Peperiksaan yang diadakan di Bilik Operasi Peperiksaan bermula jam 1.40 petang.
Perhimpunan Hari Rabu (16 Januari 2013)
Encik Jefry memberi ingatan kepada para pelajar sesi pagi agar mengenakan pakaian Unit Beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
Semua pelajar sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan.
Mesyuarat Post Mortem PMR 2012 dan Post Mortem Tingkatan 2 Tahun 2012 (15 Januari 2013)
Mesyuarat Post Mortem PMR 2012 dan Post Mortem Tingkatan 2 tahun 2012
Tarikh : 15 Januari 2013 (Selasa)
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengetua SMKTDS, Puan Hajah Fouziah mempengerusikan mesyuarat.
Guru-guru yang terlibat dalam mesyuarat terdiri daripada Ketua-ketua Panitia dan guru-guru Tingkatan 3.
Mesyuarat AJK KEBIRUS Sesi 2013 (11 Januari 2013)
Mesyuarat AJK KEBIRUS sesi 2013 telah berlangsung di kantin sekolah bermula jam 12.30 tengah hari hingga jam 1.30 petang.
Pengerusi KEBIRUS, Encik Roslizan mempengerusikan mesyuarat.
AJK KEBIRUS sedang membincangkan aktiviti-aktiviti tahunan yang bakal dijalankan untuk tahun 2013.
Mesyuarat Agung Unit Beruniform (11 Januari 2013)
Mesyuarat Agung untuk semua Unit Beruniform telah berlangsung pada 11 Januari 2013 di tempat-tempat yang telah ditetapkan.
Mesyuarat Agung St John Ambulan berlangsung di dewan.
Pemilihan ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan St John Ambulan untuk sesi 2013.
Perhimpunan Rasmi Isnin (7 Januari 2013)
Encik Jefry menyampaikan ucapan dan menasihatkan pelajar agar mematuhi peraturan sekolah.
Puan Hajah Fouziah, Pengetua SMK Taman Desa Skudai menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar sesi pagi di dalam Perhimpunan Rasmi pada pagi tersebut.
Majlis Perpisahan Mantan PK Pentadbiran- Puan Tay Suat Gan (4 Januari 2013)
Encik Suhaimi selaku pengerusi majlis.
Ucapan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Abu Hamid.
Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr Maketab Mohamed.
Ucapan daripada Pengerusi KEBIRUS sesi 2013, Encik Roslizan.
Ucapan daripada mantan PK Pentadbiran, Puan Tay Suat Gan yang telah dinaikkan selaku Pengetua SMK Taman Tun Aminah.
Ucapan oleh PK Pentadbiran yang baru, Cik Chin Nyet Siong.
Puan Hajah menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan, Puan Tay Suat Gan.
Sesi penyampaian cenderahati oleh wakil-wakil Bidang dan PIBG.
Cik Chin Nyet Siong menerima jambangan bunga sebagai tanda ucapan selamat bertugas yang disampaikan oleh Puan Hajah Fouziah.
Suasana di Restoren Mak Jah Catering, UTM.
Guru-guru SMK Taman Desa Skudai yang hadir pada malam itu.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr. Maketab Mohamed.
Sesi bergambar kenangan bersama para pentadbir SMKTDS.
Sesi bergambar kenangan bersama AJK KEBIRUS sesi 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)