About

Ucapan

Ucapan

26 January 2013

Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013 (18 Januari 2013)

Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013 
Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Bahasa SMK Taman Desa Skudai
Perasmi : YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian (ADUN Nusajaya)
 
 
Puan Kamsiah selaku kaunselor sekolah mempengerusikan majlis Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013.
 
 
 Bacaan doa oleh Ustaz Zakir Abdul Razak .

 
Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid menyampaikan ucapan dan kata-kata aluan kepada para ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.
 
 
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya.
 
 
 
Ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.

 
 Riak kegembiraan dan kesyukuran di wajah ibu yang menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 yang disaksikan oleh Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid. Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya pada 18 Januari 2013.
Agihan wang Bantuan Khas Persekolahan bermula pada 15 Januari hingga 22 Januari 2013 yang meliputi 1701 pelajar dengan peruntukan kewangan sebanyak RM170 100.00. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga tanpa mengira latar belakang keluarga.
Ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menepati janji beliau melalui pembentangan belanjawan 2013 pada bulan Oktober tahun lepas.


 
Majlis penyampaian Bantuan Awal Khas Persekolahan Tahun 2013 dalam kalangan pelajar SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

 
Ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya dan Puan Hajah Fouziah Abu Hamid, Pengetua SMK Taman Desa Skudai.
 

No comments:

 
Blogger Templates