About

27 July 2010

Kemudahan Bangku Hasil Sumbangan Koperasi SMK Taman Desa Skudai





Hari Koperasi SMKTDS 2010- 28 Julai 2010














Hari Koperasi SMK Taman Desa Skudai 2010 telah diadakan pada hari Rabu (28 Julai 2010) bertempat di Anjung Ilmu dan lot tempat letak kereta guru. Acara bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir hingga jam 3.50 petang.
Tema Hari Koperasi untuk tahun 2010 ialah "Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah”.

Gerai-gerai kelolaan pelajar-pelajar dan guru telah dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SMK Taman Desa Skudai.

Hari Merentas Desa- 24 Julai 2010
















Acara Merentas Desa telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai 2010. Acara bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pemanasan badan diketuai oleh Cikgu Zahed. Hujan renyai telah turun sebaik sahaja acara larian merentas disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Shaharuddin di pintu pagar sekolah.

Namun keadaan ini langsung tidak mematahkan semangat para pelajar SMK Taman Desa Skudai untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat. Penyertaan para pelajar sangat menggalakkan.
Para pelajar dijamu dengan sebuku roti dan air mineral sebaik sahaja mereka tiba di garisan penamat. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shaharuddin dengan diiringi oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Azlina Mohamad di Anjung Ilmu. Acara berakhir pada 10.30 pagi.


Berikut adalah keputusan rasmi acara Merentas Desa :
Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Hijau
Ketiga : Rumah Biru
Keempat : Rumah Kuning

Minggu Sains dan Matematik- (26 Julai hingga 30 Julai 2010)

Program Pembangunan Insan- Jumaat, 23 Julai 2010




























Pertandingan Gubahan Napkin- 23 Julai 2010






Karnival Bola Tampar- 22 Julai 2010

 
Blogger Templates