About

27 July 2010

Hari Merentas Desa- 24 Julai 2010
















Acara Merentas Desa telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai 2010. Acara bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pemanasan badan diketuai oleh Cikgu Zahed. Hujan renyai telah turun sebaik sahaja acara larian merentas disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Shaharuddin di pintu pagar sekolah.

Namun keadaan ini langsung tidak mematahkan semangat para pelajar SMK Taman Desa Skudai untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat. Penyertaan para pelajar sangat menggalakkan.
Para pelajar dijamu dengan sebuku roti dan air mineral sebaik sahaja mereka tiba di garisan penamat. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shaharuddin dengan diiringi oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Azlina Mohamad di Anjung Ilmu. Acara berakhir pada 10.30 pagi.


Berikut adalah keputusan rasmi acara Merentas Desa :
Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Hijau
Ketiga : Rumah Biru
Keempat : Rumah Kuning

No comments:

 
Blogger Templates