About

31 July 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan (29 Julai 2013)

 
 
 
 
 

Puan Hajah Fouziah menyampaikan beberapa amanat dan maklumat kepada semua guru sesi pagi bertempat di Makmal Bahasa.
 
 
Cik Chin Nyet Siong menyampaikan LDP kepada semua guru sesi pagi.
 

Program Ihya Ramadhan (26 Julai 2013)

 
Program Ihya Ramadhan 2013
Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)
Tempat : Surau SMKTDS
 
Ustaz Zakir menyampaikan tazkirah ringkas dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang kelebihan bulan Ramadhan.


 
Penceramah jemputan, Ustazah Suhana
 
 
Pelajar-pelajar Islam (tingkatan 4 dan 5) khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Suhana di surau SMKTDS.



 

 

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 2013


 
 

25 July 2013

Program Berbuka Puasa dan Program Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM 2013 (25 Julai 2013)

 
Sesi pendaftaran pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir bermula seawal jam 6.30 petang.

 
 
 

  

 
Para tetamu yang hadir iaitu dari kalangan ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 berbuka puasa secara ringkas dengan hidangan kuih-muih dan buah kurma sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.


 
 Jamuan makan untuk para ibu bapa dan guru diadakan di kantin sebaik sahaja selesai solat Maghrib secara berjemaah di surau SMKTDS.
 

 
 Jamuan makan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 pula diadakan di Anjung Ilmu dengan hidangan makanan secara buffet


Selesai menikmati jamuan, program diteruskan dengan menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan solat terawih dan diikuti dengan solat hajat. Kehadiran para tetamu iaitu dari kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar sangat memberangsangkan dan setiap ruang di surau SMKTDS dipenuhi dengan para jemaah yang hadir pada malam itu.
 
 

 
Ustaz Hazman memberi tazkirah ringkas kepada semua tetamu yang hadir.
 
Pihak sekolah memohon maaf seandainya ada kekurangan ketika program ini dijalankan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi dari kalangan ibu bapa bagi memastikan kejayaan anak mereka sama ada dalam Peperiksaan PMR dan juga SPM. Diharap program ini dapat memberi motivasi kepada pelajar dan mengeratkan silaturrahim di antara para ibu bapa, guru dan pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam.
 
 
 
 

Mesyuarat AJK Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM (22 Julai 2013)


Puan Hajah Fouziah mempengerusikan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Ixora.

 
En. Zailan Md. Yasin menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru sesi pagi yang terlibat dalam ahli jawatankuasa Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM yang akan diadakan pada hari Khamis (25 Julai 2013) nanti.


Guru-guru yang hadir pada mesyuarat.
 

Perhimpunan (22 Julai 2013)

 
En. Zailan Md. Yasin memberi peringatan dan kata-kata nasihat kepada semua pelajar sesi pagi ketika perhimpunan 22 Julai 2013. Beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 tentang peraturan yang perlu mereka patuhi ketika berlangsungnya Peperiksaan Percubaan PMR pada hari Jumaat (26 Julai 2013).


Pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan.
 

Taklimat Persediaan Untuk Peperiksaan Percubaan PMR (19 Julai 2013)

 

 
 
Puan Zarina Md. Zin menyampaikan taklimat kepada semua guru sesi pagi di Bilik Mesyuarat Ixora pada jam 7.30 pagi.  Beliau memberi taklimat mengenai tugas-tugas guru ketika Peperiksaan Percubaan PMR berlangsung pada minggu hadapan (bermula 26 Julai 2013).
 
 
 Kelas-kelas yang terlibat ketika Peperiksaan Percubaan PMR 2013



Cik Chin Nyet Siong menyampaikan pesanan kepada semua guru.
 
 
En Zailan Md. Yasin, PK HEM turut memberi sedikit taklimat ringka berkenaan Hal Ehwal Murid.
 

24 July 2013

Perhimpunan Unit Beruniform (Rabu) (17 Julai 2013)

 
Pasukan Unit Beruniform Pengakap yang terlibat dalam perhimpunan rasmi kali ini.
 

 
Laporan guru bertugas yang disampaikan oleh Puan Tan Seoah Chee.

 
Kelas 4UTM dan 4UTHM menerima anugerah Kelas Terbersih pada minggu lepas.

 
Puan Hajah Fouziah menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapatkan tempat pertama hingga ketiga dalam Peperiksaan Penilaian Kurikulum 2 2013.
 




 
Penerima-penerima sijil kecemerlangan sempena Penilaian Kurikulum 2 (dari kelas Tingkatan 3, 4 dan 5)


Ucapan daripada Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid.
 


Bengkel Teknik Menjawab PMR Matematik (16 Julai 2013)



Bengkel Teknik Menjawab PMR untuk subjek Matematik diadakan di Makmal Bahasa pada jam 2.00 petang.
 
 

Mesyuarat Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) (16 Julai 2013)


Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah mempengerusikan Mesyuarat PBS yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ixora bermula jam 1.40 petang.


Cikgu Aimarashid menyampaikan taklimat ringkas kepada semua guru mengenai "Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Sekolah-sekolah Negeri Johor".


Perhimpunan Rasmi Isnin (Sesi Pagi) (8 Julai 2013)

 
Peserta-peserta yang mewakili sekolah ke Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (Top Ten Team) bersama guru pembimbing Encik Vasudevan.
 


Penerima cenderahati "Librarian of The Month"

 
Penerima hadiah sempena Kempen Derma Buku anjuran Pusat Sumber SMK Taman Desa Skudai.

 
Penerima Anugerah NILAM

 
Blogger Templates