About

31 October 2013

Program Muthamil Vilha 2013 (28 September 2013)

  
1.    Nama Program
  Program Muthamil Vilha 2013

2.    Tarikh

28/9/2013

3.    Masa/ Hari

7.30-12.30 tengahari [ Sabtu ]

4.    Tempat

Dewan

5.    Guru yang Terlibat

Pn. Kartiyani , Pn. Indumathy, En. Siva Sankar,
Pn. Kogila

6.    Objektif

Pelajar dapat -
i] Memberi pendedahan tentang budaya masyarakat India kepada pelajar.
ii] Melalui program ini dapat memupuk semangat
  perpaduan,kerjasama dan sikap hormat-menghormati
  antara satu sama lain.
 

7.    Bilangan        penyertaan

 


Peserta

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Lelaki

-

-

    50

-

Perempuan

-

-

    70

-

JUMLAH

-

-

    120

-



8.    Butiran aktiviti

8.1  Pendaftaran

Pendaftaran dibuat pada pukul 7.30 pagi.
Pembayaran pendaftaran dibuat sebanyak RM3 bagi penonton dan peserta pertandingan.

8.2  Perlaksanaan
  1.    Pelajar berkumpul di dewan untuk menyaksikan 
         tarian dan nyanyian yang disampaikan di atas  
         pentas.
  2.     Pelajar bersemangat mempersembahkan   
         kreativiti masing-masing.
 3.   Markah diberikan dan pemenang dipilih.
8.3  Penutup

1. Pelajar dapat melaksanakan pertandingan ini dengan
    baik.
2. Pelajar membersihkan dewan.
 
Disediakan oleh :
Puan Kartiyani A/P Rama Krishnan

 









Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2013 (29 Oktober 2013)

 
Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2013
Tempat : Makmal Bahasa, SMK Taman Desa Skudai
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Penceramah : Encik Mohd Khairul Jamaludin
Jumlah pelajar yang hadir : 65 orang (terdiri daripada pelajar kelas 5UKM, 5UPM, 5UIAM, 5UM, 5UITM, 5UPSI dan 5USM)
 
 







Laporan Projek Kerja Amal (3 dan 4 Jun 2013)


 


 


LAPORAN PROJEK KERJA AMAL
             Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Bersama Panitia Bahasa Cina SMK Taman Desa Skudai telah merancangkan program kerja amal menceriakan sekolah pada 3 dan 4 Jun 2013, iaitu hari Isnin dan Selasa. Objektif program ini adalah menceriakan kawasan sekolah, mengamalkan nilai kerja antara pelajar dan meningkatkan semangat bergotong-royong di kalangan pelajar serta menjalankan kerja khidmat masyarakat bagi mata pelajaran "Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan". Pihak sekolah ingin menceriakan kawasan sekolah agar dapat mewujudkan suasana yang cantik dan harmoni di sekitar kawasan sekolah. di bawah pimpinan guru nasihat, iaitu Puan Rosmena dan Cik Shek, kerja amal telah dijalankan dengan lancar.
 
              Pada 3 Jun 2013, semua pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan membuat senaman pagi sebelum memulakan kerja amal. Selepas itu, Puan Rosmena memberi taklimat kepada pelajar- pelajar tentang cara-cara membersihkan muka pasu bunga sebelum mengecat semula pasu bunga tersebut . Sebelum memulakan kerja-kerja di Dataran Wawasan, guru telah membahagikan pelajar-pelajar kepada 10 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 7 atau 8 orang pelajar berbilang bangsa. Guru berbuat demikian agar dapat menjimatkan masa serta tenaga dan juga memupuk perpaduan dan kerjasama di antara pelajar-pelajar yang pelbagai bangsa. Seorang pelajar telah dilantik sebagai ketua kumpulan, pada masa yang sama juga pelajar telah diberi latihan kepimpinan. Selaku ketua kumpulan adalah bertanggungjawab memastikan agar dapat mengawal keadaan ahli-ahli kumpulannya melaksanakan kerja mereka masing-masing. Sebelum kerja amal dimulakan, guru penasihat memberitahu pelajar-pelajar tentang cara penggunaan bahan-bahan semasa kerja mencantikkan pasu bunga dilaksanakan. Di samping itu, guru penasihat juga memastikan agar bahan-bahan yang akan digunakan sepanjang program ini mencukupi supaya dapat para pelajar dapat menyelesaikan kerja-kerja amal dengan lancar. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk menceriakan pasu bunga dan pondok -pondok wakaf di sekitar kawasan sekolah. Puan Rosmena telah menyediakan segala bahan-bahan yang diperlukan untuk program kerja amal tersebut. Selaku ketua kumpulan setiap kumpulan perlu meminta semua ahli agar memastikan kerja-kerja menceriakan pasu bunga dan pondok-pondok yang diberi oleh guru berjalan lancar. Selepas muka pasu bunga telah digosok dan dibersihkan supaya cat asal gugur dan bersih sebelum dicat semula .
 
              Setelah selesai, kumpulan-kumpulan telah menerima tugas yang baru. Tugas yang diberi kepada setiap kumpulan adalah membersihkan dan mengecat semula pondok-pondok wakaf di sekitar kawasan sekolah . Selain daripada itu, kumpulan-kumpulan juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melaksanakan kerja seperti menyapu lantai dengan menggunakan penyapu serta penyodok manakala kumpulan yang lain membersihkan meja dan kerusi pondok dengan sehelai kain yang lembap. Akhirnya, setiap kumpulan telah menyelesaikan semua tugas dengan sempurna pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas kerja amal, pelajar-pelajar dijamu dengan jamuan makan tengah hari pada pukul 1.00 petang. Selepas rehat, pelajar-pelajar mengikuti program yang seterusnya iaitu aktiviti belajar Bahasa. Pihak sekolah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar kerana sudi bekerjasama untuk menceriakan sekolah pada masa cuti sekolah.
 
              Dalam tugas itu, pelajar-pelajar telah menunjukkan sikap toleransi dan menyumbang tenaga ketika membersihkan pasu bunga dan pondok . Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi ketika menyiapkan tugas mereka. Selepas menyelesaikan kerja pembersihan, kerja mengecat telah dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan cermat dan cekap. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga menyapu lantai sehingga kelihatan bersih supaya dapat mencipta suasana belajar yang selesa.

              Akhirnya, ketua kumpulan meluangkan masa memastikan agar segala kerja yang diberi kepada kumpulan telah disiapkan serta lengkap sebelum melaporkan kepada guru penasihat. Aktiviti ini yang dilakukan secara kumpulan telah membuatkan pelajar– pelajar berasa insaf tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Hal itu turut memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa tugas menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah bukan sahaja terletak di tangan para pekerja sekolah, sebaliknya juga memerlukan bantuan serta kerjasama kepada para pelajar. Dalam hal ini, program kerja amal ini telah menyedari bahawa setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sekolah mereka sentiasa bersih dan selesa. Iktibar yang pelajar-pelajar peroleh ialah sebagai pelajar, mereka wajar mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai kemudahan yang ada di sekolah mereka, iaitu sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan dan keceriaan sekolah mereka. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, diharapkan selepas aktiviti kerja amal ini akan mengubah sikap pelajar supaya sentiasa menjaga dan menghargai kebersihan dan keceriaan sekolah .
 

Disediakan oleh :
 Cik Shek Kwai Fun

 

Koleksi Nota Subjek Sejarah SPM

 

http://www.scribd.com/itcsab
 
Klik di SINI
 
Kredit : Cikgu Faizal (Akaun Scribd)
 

25 October 2013

Hari Ko-Kurikulum SMK Taman Desa Skudai 2013


 
Ucapan Pengetua Puan Hajah Fouziah
 
 
 Ketibaan Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
 


Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya disambut dengan persembahan silat seni gayung daripada para pelajar di Anjung Ilmu.



Penyampaian hadiah kepada guru yang menerima anugerah ko-kurikulum cemerlang.

 
Ucapan daripada Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
 


Perasmian oleh YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.



Penyampaian cederahati kepada YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah.


Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Tamil.



Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Cina.


Lawatan ke tapak pameran anjuran Kolej Komuniti.


 
Lawatan ke tapak pameran anjuran Politeknik.
 

Pasukan gendang cina.


 
Kelab yoyo cina.


 
Kelab Kebudayaan Zapin.
 

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Persembahan Silat Seni Gayung.

 
Pasukan kompang.

LAPORAN HARI KO-KURIKULUM 2013

            Pada  7  September  2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai (SMKTDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum kali ke-11 bagi tahun 2013. Hari Kokurikulum  tersebut telah berlangsung dengan begitu baik mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya dan Prof.  Dr. Maketab  B. Mohamad sebagai Yang Dipertua PIBG telah berbesar hati meluangkan masa untuk merasmikan majlis  dan memeriahkan hari Ko-kurikulum pada tahun ini lagi.

            Objektif Hari Kokurikulum  adalah untuk menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar  dalam kegiatan  unit beruniform dan persatuan serta memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan dalam kokurikulum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyumbang jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum  dan memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan para pelajar.

            Para pelajar pagi diminta berkumpul di Anjung Ilmu dan pelajar petang berhimpun di tapak perhimpunan bagi memudahkan guru kelas mengambil kedatangan. Tepat jam 8.00 pagi majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Johor  dan Lagu Sekolah. Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Sharazi bin Che Mohamed  agar majlis yang dirancang berlangsung dengan baik. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid. Pengetua, Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid diiringi Penolong Pengetua Kokurikulum, Pn. Azlina binti Mohammad menyampaikan anugerah sijil ko-kurikulum 1 kepada para pemenang.

Persembahan pertama dimulakan dengan  persembahan aerobik  yang   diketuai oleh pelajar Tingkatan 4 UKM,  Fatin Nabila binti Nor Hisham bersama  kumpulan pelajar seramai 51 orang. Seterusnya, para penonton dihiburkan dengan  persembahan Yoyo daripada persatuan yoyo, tarian asli India, tarian zapin dan tarian Sumazau yang diketuai oleh Pn. Erna binti Tunda. Pada masa yang sama, aktiviti pameran , permainan dan pertandingan turut berlangsung. Pameran hasil-hasil kerja  pelajar  persatuan bahasa Cina di kelas 4 UKM. Hasil kerja pelajar Unit bimbingan dan kaunseling  di Anjung Ilmu  dan hasil kerja pelajar  persatuan Seni Visual  dipamerkan  di bilik seni. Pada masa yang sama, pertandingan  tarik tali  dan  futsal kategori bebas dilaksanakan serentak di dua tempat berbeza. Pertandingan tarik tali berlangsung di padang sekolah SMKDS dan permainan futsal bertempat di gelanggang bola keranjang.

Tetamu dan para jemputan mula hadir  pada pukul 11.00 pagi. Tepat jam 11.20 pagi , dif kehormat  iaitu YB. Dr. Zaini binti Abu Bakar, ADUN Nusajaya tiba di pekarangan sekolah dengan disambut oleh dif-dif jemputan dan para tetamu. Pasukan kompang SMKTDS mengiringi rombongan tersebut dengan paluan kompang sehingga rombongan kehormat tiba di Anjung Ilmu. Seterusnya, pasukan silat sekolah mengalu-alukan  kehadiran dif jemputan dengan mempersembahkan silat selamat datang. Seramai 5 orang pesilat telah menunjukkan seni silat gayung kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Pasukan gendang cina sekolah turut ingin menyumbangkan baktinya dengan mengalunkan sebuah lagu pembukaan  dengan kekuatan seramai  20  orang diketuai oleh Lee Wei Siong dari kelas 4 UTM .

             Majlis semakin meriah dengan persembahan tarian zapin daripada10 orang  pelajar perempuan dari  kelab Kebudayaan (Tarian) Sekolah di bawah bimbingan Pn. Feidawani binti Atal. Kemuncak acara bermula pada pukul 11.45  pagi dengan bermulanya majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Jasa guru tidak dilupa.  Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam pemantapan pengurusan kokurikulum  SMKTDS sepanjang tahun 2013 turut diakui dan diberi pengiktirafan dalam majlis ini. Majlis diteruskan dengan ucapan  penutupan  perasmian daripada Yang Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar. Sambutan Hari Kokurikulum secara rasminya ditutup dengan pemecahan ais oleh Dr. Zaini dalam acara gimik. Plak Hari Kokurikulum yang terdapat  di dalam ais merupakan simbol perasmian penutupan majlis ini  . Usai acara penutupan  perasmian, Yang Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar dengan diiringi oleh tetamu jemputan yang lain melawat pameran hasil kerja pelajar dan seterusnya menuju ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan pelajar dibenarkan pulang.

Kesimpulannya, program Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Para pelajar juga diharapkan dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum  pada masa  akan datang. Penglibatan pelajar perlu  seimbang  dalam bidang kurikulum dan kokurikulum agar pelajar yang terhasil ialah pelajar yang mampu berdaya saing dalam setiap aspek ke arah Negara mencapai wawasan 2020.

 Disediakan oleh,

PN. NORIZAN BINTI ITHNIN DAN PN. AZHARNI BINTI MD. AJIB

AJK Laporan

 

23 October 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2013




Program Ibadah Korban (17 Oktober 2013)

LAPORAN PROGRAM KORBAN 2013
Program ini merupakan program yang julung kali diadakan semenjak sekolah ini ditubuhkan. Program ini bermula dengan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid beserta krew korban yang diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak dan Cikgu Roslizan bersama Ustaz Shairazi bergerak ke Kampung Nyamuk, Sedenak untuk memilih haiwan korban yang sesuai bagi memenuhi hasrat peserta korban yang terdiri daripada kalangan guru di SMK Taman Desa Skudai, ibu bapa pelajar dan keluarga terdekat guru sekolah ini.
 
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 Oktober 2013 dengan menyembelih lembu Brahma kacukan Australia bernilai RM3800 untuk dikorbankan sebagai amalan soleh sebagai mencontohi pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S.
 
Program bermula dengan sesi taklimat, kemudian disusuli dengan aktiviti menyembelih, melapah dan mengagih-agihkan daging korban kepada anak yatim, murid miskin, peserta korban dan krew gotong-royong dari kalangan guru sesi pagi dan petang serta staf sokongan swasta. Berkat kerjasama yang erat dan padu daripada kalangan guru-guru Islam sesi pagi dan petang tanpa mengenal penat dan jemu, program ini telah berlangsung dengan jayanya.
 
Semoga ianya menjadi titik tolak untuk memaksimakan pengorbanan ke tahap optima tanpa memberi sedikit ruang dan peluang untuk syaitan merosakkan keikhlasan warga SMKTDS dalam semua aspek sama ada sekceil perkara sehingga ke sebesar perkara.
 
Disediakan oleh :
Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran
 
 
 
 
 
Pelajar-pelajar beragama Islam Tingkatan 3 berkumpul di perkarangan tempat letak kereta guru untuk mendengar sesi taklimat.
 


 
 
 


Guru-guru Islam SMKTDS sesi pagi dan petang serta staf sokongan swasta bergotong-royong melapah daging korban dengan dibantu oleh para pelajar Tingkatan 3.


 
Pelajar-pelajar Islam Tingkatan 3 membantu guru memasak sup daging di surau SMKTDS.
 

 
 


 
Sesi jamuan untuk semua pelajar dan guru Muslim di surau SMKTDS.
 

 
Blogger Templates