About

23 November 2011

Perubahan Tarikh Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan (Sesi Persekolahan 2012)



Perubahan Tarikh Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan (Sesi Persekolahan 2012)

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan untuk sesi persekolahan 2012 telah bertukar daripada tarikh 31 Disember 2011 kepada 2 Januari 2012.

Sekian harap maklum.

-Pihak Pentadbir Sekolah

Soalan Target Sains SPM 2011

Soalan Target Sains SPM 2011

Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan (Sesi Petang) - (23 Oktober 2011)




Kem Badan Beruniform (22-23 Oktober 2011)











18 November 2011

Solat Hajat Perdana Untuk Pelajar-pelajar SPM (20 Oktober 2011)


Ceramah dan sesi motivasi kepada pelajar-pelajar Islam Tingkatan 5 oleh Ustaz Hazman.




Ucapan daripada kaunselor sekolah, Puan Kamsiah.



Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diikuti dengan solat hajat. Majlis turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 5.




Ucapan daripada Pengetua, Puan Hajjah Fouziah dan Yang Dipertua PIBG, Prof. Dr Maketab.

Aktiviti Selepas Peperiksaan PMR - Mereka bentuk Model Rumah (20 Oktober 2011)


Pertandingan mereka bentuk model rumah mengggunakan klip baju anjuran Panitia Sains telah diadakan di Bilik Muzik.


Aktiviti berkumpulan



Model-model rumah yang direka cipta oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3.

Aktiviti Selepas Peperiksaan PMR - Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 3 (14 Oktober 2011)




Program Pembangunan Insan Pelajar Islam (14 Oktober 2011)


Ceramah dan tazkirah telah disampaikan oleh Ustazah Norrashidah di surau SMKTDS.


Jamuan Akhir Tahun Kelab Bilik Guru (KEBIRU) SMKTDS 2011 (13 Oktober 2011)


Tarikh : 13 Oktober 2011 (Khamis)
Tempat : Restoren Mak Jah, UTM
Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Anjuran : KEBIRU SMKTDS 2011





Cikgu Aimarashid dan Puan Kamsiah merupakan pengacara majlis pada malam Jamuan Akhir Tahun KEBIRU 2011. Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zakir Poniran.





Ucapan daripada Pengetua, Puan Hajjah Fouziah Abu Hamid.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Mesyuarat Guru dan Latihan Dalam Perkhidmatan (8 Oktober 2011)

Mesyuarat Guru dan Latihan Dalam Perkhidmatan
Tarikh : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Tempat : Makmal Bahasa

Penceramah :
Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid

Mesyuarat guru yang dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajjah Fouziah Abu Hamid.


Guru-guru SMKTDS


Jamuan Hari Raya

Sambutan Hari Lahir Puan Hajjah Fouziah Abu Hamid turut diadakan pada hari yang sama.

Jamuan guru.

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM 2011 (6 Oktober 2011)

Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi:
Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid


Peperiksaan PMR (4-11 Oktober 2011)


Selamat menjawab buat semua pelajar Tingkatan 3 SMK Taman Desa Skudai.

Semoga Berjaya




Jadual Peperiksaan PMR 2011 :

4/10/2011 :

•Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
•Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
•Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 :

•Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
•Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
•Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 :

•Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
•Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
•Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 :

•Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
•Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
•Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 :

•Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
•Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
•Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Hari Ko-Kurikulum 2011




LAPORAN HARI KO-KURIKULUM 2011

         Tanggal 1 Oktober 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai (SMKDS) telah mengadakan Hari Ko-kurikulum kali ke-9 bagi tahun 2011. Hari Ko-kurikulum tersebut telah berlangsung dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa. Pada tahun ini, Yang Berusaha Dr Yazid Bin Yahya, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah berbesar hati merasmikan majlis dan memeriahkan lagi majlis tersebut.

        Objektif Hari Ko-kurikulum adalah untuk menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar dalam kegiatan unit beruniform dan persatuan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di samping membantu pelajar-pelajar membentuk sahsiah, disiplin dan kepimpinan yang telus dalam aktiviti kokurikulum. Berlangsungnya Hari Ko-kurikulum ini juga adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyumbang jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum.

        Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif jemputan dan para tetamu yang diiringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SMKDS. Selepas itu, persembahan piano sebagai tanda persembahan alu – aluan. Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Madheil Azaeim Bin Ahmad Puhad. Selepas itu, hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negeri Johor dan lagu Sekolah. Seterusnya, majlis tidak akan sempurna sekiranya tiada ucapan alu-aluan dari bonda Pengetua yang dikasihi, Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid diikuti dengan ucapan daripada dif kehormat iaitu Dr Yazid Bin Yahya, yang seterusnya merasmikan majlis yang gilang-gemilang ini.

        Majlis kemudiannya disajikan dengan persembahan zapin. Usai persembahan zapin, majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar yang seterusnya akan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum. Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam memantapkan pengurusan Kokurikulum SMKDS sepanjang tahun 2011 turut diberi pengiktirafan dan penghormatan dalam majlis ini.
      
        Selepas itu, nyayian lagu "Negaraku" bergema di kawasan sekolah. Para pelajar, guru dan jemputan menyanyikan lagu "Negaraku" dengan penuh semangat. Selesai menyanyikan lagu "Negaraku", para dif kehormat melawat ke bilik pameran. Terdapat pelbagai jenis pameran iaitu pertunjukan silap mata, pameran model binaan bangunan pelajar jurusan lukisan kejuruteraan, dan pameran kesenian mengikut kaum iaitu cina dan india. Pameran Kereta Solar turut diadakan oleh pelajar yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Kereta Solar Peringkat Kebangsaan 2011. Gerai-gerai makanan juga telah dibuka yang melibatkan para guru dan pelajar.

           Para hadirin dihiburkan pula dengan pelbagai jenis persembahan pelajar dan pertandingan. Persembahan pelajar dimulakan dengan nyanyian lagu inggeris secara berduet oleh dua orang anak perempuan Puan Cecillia yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di SMKDS. Para penonton seolah-olah terpaku dengan alunan suara dan muzik yang didendangkan. Seterusnya, persembahan seni mempertahankan diri Kelab Taekwondo yang memukau para hadirin yang menyaksikannya.

            Majlis diteruskan dengan paluan gendang India oleh para pelajar India yang sangat berbakat besar. Selepas itu, seorang pelajar perempuan India telah mempersembahkan tarian klasik kaum India. Para penonton yang menyaksikan sangat berasa kagum dengan gerak tarinya yang cekap. Majlis kemudiannya disambung semula dengan persembahan tarian Singa dan gendang Cina yang sering mendapat undangan daripada pihak luar sekolah untuk mengadakan persembahan.

              Majlis diteruskan lagi dengan satu persembahan yang telah berjaya memukau para hadirin dengan dendangan alunan petikan piano yang sungguh mengasyikkan yang dimainkan oleh para pelajar SMKTDS. Selain itu, pelajar sesi petang juga membuat persembahan yang agak unik iaitu dikir barat serta tarian yang dilakukan secara serentak. Pasukan Yoyo sekolah juga turut mempersembahkan aksi hebat mereka untuk tatapan penonton yang hadir.

              Hari Ko-kurikulum ini turut dimeriahkan dengan beberapa pertandingan seperti pertandingan pecah belon, pertandingan membalut hadiah, pertandingan menggubah hantaran dan pertandingan kembar siam. Kemuncak majlis ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah memenangi acara-acara yang dipertandingkan.

              Kesimpulannya, program sambutan Hari Kokurikulum ini diharapkan dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya agar usaha untuk melahirkan bakat dan potensi dapat dicapai seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani.

Disediakan oleh,
Puan Zulhaimah Binti Mohd. Isa




Lampiran Bergambar Hari Kokurikulum Smk Taman Desa Skudai 2011







Persembahan Piano Sempena Hari KoKurikulum SMKTDS 2011.MOV









Persembahan Piano, Biola dan Gitar Sempena Hari KoKurikulum SMKTDS 2011










Persembahan Dikir Barat Pelajar Sesi Petang Sempena Hari KoKurikulum SMKTDS 2011


 
Blogger Templates