Sesi pendaftaran pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir bermula seawal jam 6.30 petang.
Para tetamu yang hadir iaitu dari kalangan ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 berbuka puasa secara ringkas dengan hidangan kuih-muih dan buah kurma sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Jamuan makan untuk para ibu bapa dan guru diadakan di kantin sebaik sahaja selesai solat Maghrib secara berjemaah di surau SMKTDS.
Jamuan makan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 pula diadakan di Anjung Ilmu dengan hidangan makanan secara buffet
Selesai menikmati jamuan, program diteruskan dengan menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan solat terawih dan diikuti dengan solat hajat. Kehadiran para tetamu iaitu dari kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar sangat memberangsangkan dan setiap ruang di surau SMKTDS dipenuhi dengan para jemaah yang hadir pada malam itu.
Ustaz Hazman memberi tazkirah ringkas kepada semua tetamu yang hadir.
Pihak sekolah memohon maaf seandainya ada kekurangan ketika program ini dijalankan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi dari kalangan ibu bapa bagi memastikan kejayaan anak mereka sama ada dalam Peperiksaan PMR dan juga SPM. Diharap program ini dapat memberi motivasi kepada pelajar dan mengeratkan silaturrahim di antara para ibu bapa, guru dan pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam.