About

10 March 2009

Visi dan Misi SMKTDS


VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG



MISI SMKTDS


MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Persiapan akhir sebelum ketibaan tetamu yang dirai.


Pengetua, pentadbir dan guru-guru SMKTDS.



Menanti ketibaan tetamu jemputan.


Ketibaan tetamu yang diraikan- Mantan Pengetua

Tuan Haji Kassim bin Mahadi


Gambar sekitar "Majlis Tautan Kasih, Semaian Budi", anjuran KEBIRU 2009

Aturcara Majlis
12.00 tengah hari : Ketibaan jemputan yang diraikan

12.30 tengah hari : Ucapan Pengerusi KEBIRU - Pn Azlina Mohamad

1.00 petang : Ucapan Pengetua SMKTDS - Tn Hj Shaharuddin Saari

1.15 petang : Penyampaian Cenderahati kepada Mantan Pengetua - Tn Hj Kassim B. Mahadi dan Guru-guru yang berpindah

1.30 petang : Jamuan

Gambar-gambar sekitar
"Majlis Tautan Kasih, Semaian Budi",
anjuran KEBIRU 2009

Hari : Sabtu, 28 Februari 2009


Tempat : Dewan SMKTDS





Logo Baru PPD JB

Logo : PPD Johor Bahru
(Digunakan Secara Rasmi Mulai 14 Februari 2009)
Majlis Pelancaran : 14 Februari 2009
-Hotel Katerina Batu Pahat, Johor


KETERANGAN LOGO


PENGENALAN:

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.

PENGERTIAN RUPA

i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program pendidikan Negara.
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi.


PENGERTIAN WARNA

i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat


PENGERTIAN AKSARA

* PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
* PPG : Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD
masing-masing



Logo Asal PPD Johor Bahru




Nama Pencipta : Abdul Latif bin Awi
(Pensyarah Kemahiran Hidup Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)

Tarikh Siap : 23 Mac 1998
(Digunakan Secara Rasmi Sehingga 13 Februari 2009)


Keterangan Logo

- Logo dibentuk dari nombor '0' atau sifar yang melambangkan konsep zero defect.

- Pada sifar terdapat lapan jalur biru (jalur kiri dan kanan) yang bermaksud lapan prinsip yang terdapat dalam zero defect.

- Di dalam logo ini terdapat beberapa bilah keris yang mencerminkan budaya bangsa dan semangat kekitaan.

- Sembilan bilah keris bewarna kuning yang tersusun menunjukkan sembilan perkara utama dalam piagam pelanggan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

- Terdapat juga ringkasan tulisan jawi dan rumi PPDJB yang sama maksudnya iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

- Warna biru melambangkan berwawasan, keharmonian, kestabilan majikan.

- Warna kuning membawa erti semangat ingin maju, berbakti dengan cemerlang dan akauntabiliti dalam kerjaya.

- Sementara warna hitam melambangkan tegap, teguh dan mempunyai daya tahan dalam segala masalah dan cabaran hidup.

 
Blogger Templates