About

13 February 2011

Program NILAM (Sesi Petang) - (9 Februari 2011)

Pelajar-pelajar sesi petang sedang tekun membaca buku-buku cerita di bawah pemantauan guru Bahasa Inggeris mereka, Encik Amir.

Perjumpaan Badan Beruniform (Kelab Taekwondo)- (9 Februari 2011)



Tarikh : 9 Februari 2011 (Rabu)

Tempat : Anjung Ilmu, SMKTDS

Guru Penasihat :
1) Puan Nordiana Binti Ahmad (Ketua)
2) Puan Rohiyati Binti Salehun

Jurulatih Luar :
 Encik Kalai Mannan



Encik Kalai Mannan selaku jurulatih luar yang dilantik oleh pihak sekolah mengetuai sesi latihan.


Perjumpaan kali pertama ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh jurulatih kepada semua ahli Kelab Taekwondo yang terdiri daripada 15 orang pelajar SMKTDS sesi pagi.


Sesi latihan dimulakan dengan sesi pemanasan badan (streaching).






Perjumpaan Badan Beruniform - Sesi Pagi (9 Februari 2011)

KRS





KADET POLIS





ST JOHN AMBULANS







PENGAKAP





PBSM



PUTERI ISLAM


Perjumpaan Badan Beruniform (sesi petang) - (9 Februari 2011)



Pelajar-pelajar sesi petang menjalani latihan Taekwondo dengan bantuan jurulatih luar, Encik Kalai Mannan dengan dipantau oleh Puan Syafina.



Jurulatih memberi latihan asas kepada ahli-ahli baru Kelab Taekwondo

Latihan Rumah Sukan (8 Februari 2011)

Latihan Rumah Sukan- Rumah Tun Abdul Razak



Latihan Rumah Sukan- Rumah Tun Mahathir

Mesyuarat Guru (Merentas Desa) -(8 Februari 2011)


Encik Azlan Hanif menyampaikan taklimat kepada guru-guru mengenai acara Larian Perdana Mahkota (Larian Serentak Pelajar Serentak Seluruh Negeri Johor 2011) yang akan diadakan pada hari Sabtu (12 Februari 2011).

Mesyuarat guru yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ixora, SMKTDS.

Pelan laluan Larian Perdana Mahkota 2011 dan kertas edaran untuk rujukan guru yang akan bertugas di check point yang telah ditetapkan.


Guru-guru SMKTDS yang menghadiri mesyuarat pada petang tersebut.

Perhimpunan Rasmi Isnin (7 Februari 2011)




Puan Nor Arba'ayah menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu sebelum Cuti Tahun Baru Cina.


Puan Rosnani menyampaikan taklimat mengenai Program Pengantarabangsaaan (JSL) kepada para pelajar.



Kuiz Sejarah yang dikendalikan oleh Puan Ruhaizun, selaku Ketua Panitia Sejarah.
Encik Zailan, PK HEM menyampaikan cenderamata kepada wakil pelajar menengah atas dan menengah rendah yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.



PK HEM, Encik Zailan menyampaikan ucapan dan nasihat semasa perhimpunan rasmi diadakan.

Mesyuarat Agong Kelab Permainan 2011 (28 Januari 2011)


Encik Azlan Hanif memberi taklimat kepada para pelajar sesi pagi yang berkumpul di Dataran Wawasan sambil dipantau oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Pelajar-pelajar SMKTDS sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Azlan Hanif.
Pelajar-pelajar berkumpul mengikut Kelab Permainan yang mereka sertai sebelum bergerak ke tempat perjumpaan bersama guru penasihat masing-masing.

Program Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Aku Janji Pelajar KRK (26 Januari 2011)


Kaunter pendaftaran

Antara ibu bapa pelajar KRK Tingkatan 1 dan 3 yang hadir.

Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakir Abdul Razak.

Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sijil Akujanji pelajar KRK Tingkatan 1

Kaunselor sekolah, Puan Kamsiah dan Puan Asiah turut sama membantu mengedarkan sijil kepada pelajar-pelajar KRK di dalam Dewan SMKTDS.

Ibu bapa pelajar yang hadir.

Bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar KRK yang diketuai oleh pelajar Tingkatan 3.

Ibu bapa yang hadir turut menurunkan tanda tangan di dalam sijil anak masing-masing.


Pelajar-pelajar KRK Tingkatan 1 dan 3 sedang menandatangani sijil Akujanji dengan disaksikan oleh ibu atau bapa mereka.

Tuan Haji Shaharuddin menemui semua ibu bapa dan mengumpulkan semula sijil Akujanji yang telah ditandatangani oleh ibu bapa dan pelajar KRK.

Pengetua sempat beramah-mesra dengan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.
 
Blogger Templates