About

27 January 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


Lencana 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010




SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah disenaraikan sebagai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Sekolah Berasrama Penuh:
• Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
• Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
• Kolej Melayu Kuala Kangsar
• Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
• Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
• Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
• Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
• Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
• Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
• SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
• SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
• SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
• SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
• Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
• SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
• SK Bukit Damansara (KL)
• SK Zainab (2) (Kota Bharu)
• SK Convent Kota (Taiping)
• SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
- Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
- Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
- Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
- Memanjangkan waktu persekolahan.
- Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
- Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
- Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
- Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
- Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
- Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
- Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
- Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Melahirkan personaliti unggul.
- Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
- Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
- Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
- Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Sumber ini dipetik dari :
Berita Harian online.
Untuk membaca petikan berita, sila klik di sini.


Tahniah dan syabas kepada Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi.

Semoga semua sekolah ini menjadi “benchmark” untuk sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2010



Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas oleh Insp. Haidir Bin Shamsuddin

Bacaan ikrar Pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas SMK Taman Desa Skudai,

Narkeran A/L Anamalasamy

Barisan Pengawas SMKTDS sesi 2010.


Program Pembangunan Insan (Pelajar Islam)- 22 Januari 2010







Kerjasama SMK Desa Skudai dengan Olympia College (22 Januari 2010)




Pengetua Olympia College, Encik Low Jiun Jack dan Pengetua, Haji Shaharuddin Bin Saari menandatangani "Memorandum Kerjasama antara SMK Desa Skudai dengan Olympia College".






SMK Desa Skudai dengan kerjasama Olympia College telah menandatangani "Memorandum Kerjasama" pada 22 Januari 2010 yang melibatkan persetujuan bersama untuk menjalankan "Program Bina Insan (Peneguhan Kendiri dan Emosi) bagi pelajar Cina dan India yang bermula pada bulan Januari 2010 hingga bulan November 2010.


Semoga para pelajar SMK Desa Skudai dapat memperoleh manfaat di atas kerjasama yang terjalin ini.


Pelajar boleh melayari laman sosial facebook Olympia College di alamat berikut :






Program Bina Insan dengan kerjasama tenaga pengajar dari Olmypia College telah mengadakan perjumpaan pertama di Makmal Bahasa pada 22 Januari 2010.





Antara aktiviti sepanjang Program Bina Insan yang melibatkan pelajar Cina SMK Desa Skudai pada 22 Januari 2010

Perjumpaan Unit Beruniform -20 Januari 2010

Perjumpaan Kelab Taekwondo sesi petang jam 8.00 hingga 10.00 pagi.


Latihan Pemanasan Badan bagi ahli Kelab Taekwondo sesi pagi (jam 4.30 hingga 6.00 petang).


Ahli Kelab Taekwondo menjalani latihan dengan dipantau oleh jurulatih luar Encik Kalai Mannan.


Latihan kawat kaki oleh ahli Kadet Polis (lelaki dan perempuan) sesi pagi.




 
Blogger Templates