Sumber ini dipetik daripada http://unitkokosmkmengkuang.blogspot.com/
Di antara cara-cara untuk menimbulkan rasa keseronokan berada di tempat bertugas, tidak kira samada guru @ lain2 pekerjaan, kita perlu mengamalkan 7S ini di tempat kerja @ sekolah adalah seperti berikut :
1. Seronok
Kerjaku, Nikmatku – selalu mengingatkan diri sendiri betapa bertuahnya kita kerana mempunyai pekerjaan, sedang ramai lagi insan di luar sana yang sedang menunggu-nunggu peluang pekerjaan.
2. Senyum
Datanglah ke sekolah dengan senyuman. Senyum kepada semua orang tanpa mengira pangkat dan darjat. Sekiranya kita ingin dihormati oleh orang bawah kita, kita juga terlebih dahulu perlu menghormati mereka. Jangan kedekut untuk memberi senyuman apabila bertemu sesama sendiri dan senyumlah dengan penuh keikhlasan.
3. Sedekah
Banyakkan bersedekah. Bersedekah ini bukanlah dengan wang ringgit semata, tetapi ia juga termasuk idea dan tenaga. Dalam mesyuarat atau perjumpaan kita perlu rajin mengutarakan idea-idea yang baik. Sekiranya idea yang disumbangkan itu diguna pakai ia akan menjadi satu sedekah yang berpanjangan. Selain itu ringankan tulang membantu apa saja yang mampu kita lakukan tanpa mengharapkan balasan. Kita selalu bertanya apa sumbangan sekolah kepada kita tetapi jarang sekali bertanya apa sumbangan kita kepada sekolah.
4. Silaturrahim
Menjalinkan hubungan yang baik di antara semua warga sekolah di sekolah. Saling mengambil berat dan bertimbang rasa. Tetapi janganlah sampai menjadi “busy body”.
5. Sabar
Sabar dengan setiap karenah. Mungkin sabar dengan karenah ketua kita atau sabar dengan karenah anak buah yang pelbagai. Manusia dijadikan berbeza warna dan rupa, pastinya tingkah laku juga berbeza. Jadikan perbezaan ini sebagai rencah kehidupan dan sentiasa bersabar sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak sealiran dengan jiwa kita.
6. Selawat dan Salam
Berilah salam apabila bertemu dengan rakan-rakan. Orang yang memulakan salam diberikan lebih pahala berbanding orang yang menjawab salam.
7. Syukur
Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita peroleh. Selalu sujud syukur. Jadikan amalan bersyukur ini sebahagian dari budaya hidup kita. Dengan bersyukur hati kita akan selalu tenang, sebaliknya jika kita fikirkan apa yang tidak diperoleh jiwa akan jadi sakit serta dipenuhi dengan perasaan amarah dan dendam.
Selain itu, keharmonian di tempat kerja juga sering terjejas disebabkan adanya individu berikut:
1. Back Stabber (Tikam Belakang)
Orang yang sifatnya bermuka-muka dan suka menjatuhkan orang lain dengan tujuan menaikkan diri sendiri.
2. Reporter Tanpa Gaji
Suka bercerita mengenai hal orang lain, sedangkan pekerjaan sendiri tidak dibuat. Menyebabkan banyak kerja tidak dapat dilaksanakan. Menggangu pekerjaan orang lain. Apa tidaknya banyak masa dihabiskan untuk bercerita dan mendengar cerita. Sering nampak kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna.
3. Pengedar Ketegangan/Pengkritik Tanpa Tauliah
Seorang yang cepat mengkritik apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan atau rakan sekerja. Mencari salah orang dan menyebarkan kemungkinan-kemungkinan ini kepada orang lain. Mencetuskan rasa yang tidak sihat di kalangan rakan sekerja.
4. Profesor Serba Tahu
Seorang yang tahu semua perkara hatta sebelum ianya diwartakan. Kebiasaannya golongan ini juga kurang bekerja, sebaliknya asyik bercerita mengenai ke“tahuannya”.
5. Pemerintah (Bossy)
Ada di kalangan kita bersikap mengalahkan bos @ pentadbir bila memerintah atau menyuruh rakan sekerja melakukan sesuatu kerja. Sesuka hati mengeluarkan arahan tanpa mengira hati dan perasaan org yg diperintah, janji kerja siap.
6. Parasit
Ada setengah orang sering bersikap seperti parasit,menumpang kerja kawan..malas nak guna tenaga dan fikiran sendiri dan ada pula yang bersikap lepas tangan terutama apabila menjadi ajk kecil segala kerja dilepaskan kepada ketua, bersikap "aku bkn ketua,siapa nama dia atas dia le yg buat"
Semulia-mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Jadi renung-renungkanlah…
About
23 March 2009
Rahsia Khusyuk Di Dalam Sembahyang
Dengan izin Allah swt. Tuhan Sekalian Alam
Assalammualaikum wbk.
Dengan izin tuan moderator yang budiman.
Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :
1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.
2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
3. Untuk membantu supaya dia dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.
Adapun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.
Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk, didirikan semata-mata kerana Allah.
Seperti firman Allah yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :
"Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar."
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Assalammualaikum wbk.
Dengan izin tuan moderator yang budiman.
Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :
1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.
2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
3. Untuk membantu supaya dia dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.
Adapun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.
Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk, didirikan semata-mata kerana Allah.
Seperti firman Allah yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :
"Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar."
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
KHUSYUK DALAM SOLAT
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya.
Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya.
Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."
Surah al-Ma'un : ayat 4-5
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak
masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat
bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan
kata-kata yang tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga.
Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang.
Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.
Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
Surah Ar-Ra'adu : ayat 28
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
NOTA : SEMUA ARTIKEL INI DIAMBIL DARI PELBAGAI SUMBER, HARAP MAKLUM.
Wassalam
Oleh :Wan Joe
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=27448
Makna-makna Bacaan Dalam Solat
Takbir
Allah Maha Besar
Allah is the Greatest
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Allah is the Greatest and praise be to Allah, again and again.Glorified is Allah morning and evening. I have set my face towards the Originator of the heavens and the earth sincerely [in Islam] and I am not among the Mushrikeen.Indeed my prayer, my sacrifice, my living, my dying are for Allah, the Lord of the Worlds,No partner has He and I have been commanded, and I am those who submit to Him and I am among the Muslimin.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds. The Most Beneficent, the Most Merciful. Owner of the Day of Judgement. Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help. Show us the straight path. The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.
Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
How Perfect is my Lord, the Supreme, and Praised be He.
Bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Allah listens to the one who praises Him.
Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Our Lord, and to You be all Praise
Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
How Perfect is my Lord, the Most High, and Praised be He.
Duduk antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
O my Lord! Forgive me; have mercy on me; enrich me; raise my rank; sustain me; guide me; strengthen me; pardon me.
Tahiyyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
All compliments, blessed words, prayers, pure words are due to Allah. Peace be on you, O Prophet, and also the mercy of Allah and His blessings. Peace be on us and on the righteous slaves of Allah. I bear witness that none has the right to be worshipped except Allah, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah. O Allah! send prayers on Muhammad.
Tahiyyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
All compliments, blessed words, prayers, pure words are due to Allah. Peace be on you, O Prophet, and also the mercy of Allah and His blessings. Peace be on us and on the righteous slaves of Allah. I bear witness that none has the right to be worshipped except Allah, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah. O Allah! send prayers on Muhammad, and on the family of Muhammad,As you sent prayers on Ibrahim, and on the family of Ibrahim; O Allah! send blessings on Muhammad, and on the family of Muhammad, as you sent blessings on Ibrahim, and on the family of Ibrahim; You are indeed Worthy of Praise, Full of Glory.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
O Allah! guide me among those whom You have guided; And pardon me among those who You have pardoned; And turn on me in friendship among those on whom You have turned in friendship; And bless me in what You have bestowed; And save me from the evil of what You have decreed;[for] indeed You decree, and none can influence You; [and] he is not humiliated whom You have befriended; Nor is he honoured who is Your enemy. Blessed are You, O Lord, and Exalted. Only You deserve to be praised for what You have decreed; And I beg for Your forgiveness and repent to You;And give Your mercy to Muhammad, and mercy to his family and friends.
Subscribe to:
Posts (Atom)