About

02 March 2016

Video Semasa Latihan Kebakaran (2 Mac 2016)



 
 
 
 

Latihan Kebakaran (2 Mac 2016)

LATIHAN KEBAKARAN

Tarikh : 2 Mac 2016 (Rabu)

Masa : 10.30 pagi



Objektif :

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Prosedur :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran
2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah / di padang (kawasan lapang) mengikut plan kebakaran sekolah masing-masing.
4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.
5. Murid balik ke kelas masing-masing.



Pada jam 10.30 pagi (2 Mac 2016), pelajar-pelajar sesi pagi menjalani latihan kebakaran di mana loceng panjang dibunyikan menandakan kesemua warga SMKTDS perlu mengosongkan bangunan sekolah dan berkumpul di padang. Semua pelajar sesi pagi berkumpul di padang dan beratur mengikut kelas masing-masing.




Wakil dari pihak Bomba daripada Balai Bomba Taman Universiti memberikan taklimat dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api kepada semua guru dan pelajar.



Demonstrasi penggunaan alat pemadam api.



Taklimat oleh wakil bomba daripada Balai Bomba Taman Universiti.




Pelajar-pelajar berkumpul di padang untuk mendengar sesi taklimat.




Demonstrasi memadam api oleh beberapa orang pelajar yang secara sukarela .


2 orang wakil guru iaitu Puan Hjh Hasmah Binti Ibrahim dan Puan Puhana melakukan demonstrasi memadam api.


Kereta bomba daripada Balai Bomba Taman Universiti.



Wakil bomba yang hadir semasa latihan kebakaran di SMKTDS pada pagi ini.







Sesi bergambar kenangan bersama wakil bomba yang hadir untuk sesi Latihan Kebakaran pada pagi ini.




 
Blogger Templates