About

29 May 2010

Program Pembangunan Insan - 21 Mei 2010 (Jumaat)


Ustaz Zakir Poniran menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam yang turut dihadiri oleh guru-guru yang beragama Islam.

Pelajar-pelajar Islam menunaikan solat hajat di surau sebaik sahaja selesai bacaan Surah Yasin.



Encik Vasudevan menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar berbangsa India di kantin.

Latihan Kelab Taekwondo -19 Mei 2010 (Rabu)





16 May 2010

Kad Ucapan Hari Guru oleh Kelab Bimbingan dan Kaunseling

Kad Ucapan untuk guru-guru SMKTDS yang direka khas oleh ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling.


Perhatian kepada semua guru & pelajar, gambar-gambar sepanjang Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan dimuat turun ke dalam blog sekolah dalam masa terdekat.
Harap maklum.

Selamat Hari Guru buat semua guru tidak kira di mana anda berada.

15 May 2010

Acara Gotong-Royong Perdana 2010 (15 Mei 2010, Sabtu)

Gotong-royong Perdana 2010 sempena perayaan Hari Guru diadakan pada 15 Mei 2010.

-Tentatif :
i) Sesi senaman memanaskan badan & sesi latihan Tarian Poco-poco
ii) Aktiviti mengemas Bilik Guru dan Bilik-bilik Khas
iii) Aktiviti memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" di kawasan Kantin
iv) Kelas memasak kek cawan di Bilik Masakan ERT
iv) Jamuan Nasi Dagang & kek cawan


Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan diketuai oleh Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Disusuli dengan sesi latihan Tarian Poco-poco untuk persembahan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Isnin (17 Mei 2010).

Semua guru bersemangat mengatur langkah mengikut irama tarian Poco-poco.



Aksi guru-guru SMKTDS sebelum bermulanya acara Gotong-royong Perdana.


Sesi mendengar taklimat ringkas untuk perjalanan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang disampaikan oleh Puan Nor Arba'ayah.


Aktiviti gotong-royong memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" oleh guru-guru lelaki menghiasi kawasan Kantin sekolah.



Aktiviti memasak kek cawan oleh guru-guru perempuan & jamuan nasi dagang sebaik sahaja tamat acara gotong-royong.


Wajah ceria guru-guru SMKTDS ketika menikmati hidangan.



Tersenyum ceria setelah penat mengemas Bilik Guru & Bilik-bilik Khas.

14 May 2010

Karnival Bola Baling (15 Mei 2010, Sabtu)


Aksi pelajar-pelajar Lelaki Bawah 15 Tahun beraksi di padang yang becak.


Pelajar-pelajar menanti giliran untuk bertanding.


Guru Penasihat Kelab Bola Baling- Cik Fatimah & Cik Khireen Nita.


Antara penonton yang menyaksikan perlawanan bola baling pada pagi (15 Mei 2010).


Cik Khireen bergambar dengan pelajar Tingkatan 5 yang menyertai Karnival Bola Baling.

Portal Rasmi Hari Guru 2010

Ucapan Selamat Hari Guru buat Semua Guru-guru di Malaysia

Create your own banner at mybannermaker.com!



Perutusan Hari Guru oleh Y.A.Bhg Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia

Perutusan Hari Guru oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sumber : Laman Web KPM

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah 2010


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah 2010

Sukacita dimaklumkan Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2010 boleh disemak melalui laman sesawang
http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm mulai 3 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010.

Harap maklum.

Sumber :
Portal Rasmi KPM

Hari Anugerah Cemerlang 2010


Laman Web STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

08 May 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting. 5 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 2010

Untuk muat turun jadual waktu, sila klik di SINI

05 May 2010

Jemputan ke Karnival Kerjaya 2010 pada 6 Mei 2010


Guru-guru SMK Taman Desa Skudai menjemput semua bekas pelajar SMK Taman Desa Skudai SPM 2009 untuk hadir ke Karnival Kerjaya dengan kerjasama dengan Management Science Universiti (MSU) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tgh. Dijemput hadir untuk memeriahkan program dan mendapat maklumat-maklumat tentang kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran .

Link ke laman web MSU, sila klik di SINI

Poster Kempen Kitar Semula

Logo Kitar Semula




Pelajar-pelajar yang membantu guru menampal poster-poster Kempen Kitar Semula - High 5.






Poster dipaparkan di sekitar kawasan sekolah seperti di lobi, laluan ke Bilik Guru dan Perpustakaan.


Poster-poster turut dipaparkan di papan kenyataan di kelas-kelas.


Paparan poster turut ditampal di sekitar kawasan kantin sekolah.


Paparan poster di sekitar kawasan kantin sekolah.


Poster turut ditampal di laluan kaki lima bilik darjah.



Poster-poster turut dipamerkan di laluan tangga dan laluan menuju ke Makmal Sekolah.




Latihan Silat - 5 Mei 2010 (Rabu)

Pelajar-pelajar menjalani latihan Silat di Dataran Wawasan di bawah bimbingan En. Omar.


Latihan Kelab Taekwondo - 5 Mei 2010 (Rabu)



Latihan pemanasan badan.













 
Blogger Templates