About

31 December 2010

Mesyuarat Guru (30 Disember 2010)- Mesyuarat Ko-Kurikulum

Tuan Haji Shaharuddin Saari mempengerusikan mesyuarat pada hari ini dan menyampaikan taklimat kepada semua guru di Makmal Bahasa.

Taklimat Ko-kurikulum seterusnya disampaikan oleh Puan Azlina (PK Ko-kurikulum).


Sebahagian daripada borang yang perlu diisi oleh guru-guru yang dipertanggungjawabkan memegang jawatan guru penasihat Badan Beruniform/Kelab/Persatuan/Sukan Permainan sepanjang sesi persekolahan 2011 nanti. 

Taklimat agihan tugas guru untuk acara sukan telah dikendalikan oleh Setiausaha Sukan, En. Azlan Haniff.
Cik Normah menyampaikan Taklimat Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan yang akan berlangsung pada 1 Januari 2010. Manakala Puan Kamsiah memberi taklimat ringkas untuk program Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Peralihan dan Tingkatan 4 yang akan diadakan pada hari pertama sesi persekolahan 2011 pada 3 Januari 2011(Isnin) nanti.
Puan Siti Bahriah (Guru Kanan Bidang Sains Sosial) membuat beberapa pengumuman kepada guru yang terlibat di bawah yang dikendalikannya.

Banner ucapan tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 3 telah dipasang di Anjung Ilmu khusus untuk warga sekolah yang telah mencipta sejarah dengan mencapai keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan PMR 2010 yang diumumkan baru-baru ini.

Mesyuarat Guru (29 Disember 2010)- Mesyuarat HEM

Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan alu-aluan kepada guru-guru SMKTDS.


Sesi taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) telah disampaikan oleh En. Zailan (PK HEM).
Penerangan mengenai Tugas-tugas Penyelarasan Guru Tingkatan dan Tanggungjawab serta Peranan Guru Tingkatan telah ditekankan oleh En. Zailan bagi memastikan pengurusan bilik darjah pada sesi persekolahan 2011 nanti berjalan lancar.
En Zaki (Penyelia Petang) memberikan Taklimat Penggunaan Buku ID Smart Book yang diimplimentasi buat pertama kali pada tahun 2011 nanti.
Penggunaan ID Smart Book ini bertujuan untuk mengurangkan salah lau disiplin di kalangan pelajar SMKTDS agar dapat dibendung lebih awal dan memantapkan sahsiah pelajar-pelajar SMKTDS.

Sesi jamuan kepada semua guru telah diadakan di kantin sekolah.

Ibu bapa dan pelajar sedang membeli kelengkapan peralatan sekolah di Koperasi SMKTDS.

Antara AJK Kelab Koperasi yang bertugas membantu guru membuat jualan di koperasi sekolah.


Bekas pelajar Tingkatan 5 dari kelas 5UKM turut hadir ke sekolah membantu guru membersihkan akuarium yang ditempatkan di Anjung Ilmu.
 
Blogger Templates