About

28 September 2010

Majlis Restu Ilmu (Pelajar Ting. 3)-(1 Oktober 2010)

Taklimat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PMR pada 5 Oktober 2010 nanti.
Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Anjung Ilmu pada hari Jumaat (1 Oktober 2010). Puan Asiah Ali selaku kaunselor sekolah memberi kata-kata nasihat kepada para pelajar dan diikuti ucapan daripada guru-guru mata pelajaran Tingkatan 3.

Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Saari telah menyampaikan ucapan dan pesanan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 agar mereka dapat menjawab dengan baik semasa menjalani Peperiksaan PMR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Beliau juga berharap pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2010 dapat mencapai kejayaan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.


Semua pelajar Tingkatan 3 diberikan cenderahati berupa alat tulis sumbangan pihak sekolah dan slip peperiksaan PMR.

Pelajar-pelajar memohon maaf dan mendapatkan restu daripada semua guru mata pelajaran masing-masing.

Koleksi Kertas Percubaan SPM

Untuk mendapatkan Koleksi Kertas Peperiksaan Percubaan SPM , anda boleh layari blog berikut :

Koleksi Kertas Percubaan SPM MRSM (Tahun 2002-2009)


Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri Kedah 2010

JUJ (Jawab Untuk Jaya) SPM 2010- Pahang

JUJ (Jawab Untuk Jaya) SPM 2010

Untuk download, sila klik di SINI

Kredit kepada blog :
http://edu.joshuatly.com
 
Blogger Templates