Mesyuarat Guru Bil. 4/ 2013
Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Bahasa.
Mesyuarat Guru Bil. 4/2013 pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Pengetua, Puan Hajah Fouziah Abu Hamid. Beliau memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun 2013.
Cik Nyet Siong (PK Pentadbiran) memberi taklimat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kepada semua guru SMKTDS.
Penerangan mengenai Tugas-tugas Penyelarasan Guru Tingkatan dan Tanggungjawab serta Peranan Guru Tingkatan telah disampaikan oleh En. Zailan (PK HEM) bagi memastikan urusan berkaitan Hal Ehwal Murid berjalan lancar sebelum bermulanya cuti persekolahan.
Puan Azlina Mohamad (PK Ko-Kurikulum) memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu diuruskan oleh guru penasihat Unit Beruniform, Kelab/ Persatuan dan Permainan.