About

08 January 2011

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMKTDS 2011- (Jumaat, 7 Januari 2011)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMKTDS 2011

Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi

Mesyuarat Rumah Biru (Abdul Razak)
Tempat : Makmal Bahasa


Mesyuarat Rumah Hijau (Hussein Onn)
Tempat : Kantin


Mesyuarat Rumah Kuning (Abdul Rahman)
Tempat : Dewan


Mesyuarat Rumah Merah (Mahathir)
Tempat : Anjung Ilmu


Mesyuarat Rumah Ungu (Abdullah)
Tempat : Bilik Muzik

 


Mesyuarat Rumah Jingga (Mohd. Najib)
Tempat : Kantin

Mesyuarat PBS (Khamis, 6 Januari 2011)

Mesyuarat PBS
Tarikh : 6 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ixora, SMK Taman Desa Skudai
Pengerusi : Puan Tay Suat Gan (PK 1)

Puan Tay Suat Gan, PK1 mempengerusikan mesyuarat PBS yang dihadiri oleh semua guru mata pelajaran yang terlibat dengan PBS di Bilik Mesyuarat.



Perhimpunan Pagi (Rabu, 6 Januari 2011)

Guru disiplin, Cikgu Jefry memberi nasihat kepada pelajar-pelajar agar mematuhi peratuan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan penerangan mengenai buku ID SMART (rekod disiplin).





Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk mendengar sesi taklimat oleh guru-guru SMKTDS sebelum masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.

Mural Sekolah


Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Selasa, 4 Januari 2011)

Orientasi Pelajar-pelajar
Tingkatan 1 Rancangan Khas

Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Muzik



Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Selasa, 4 Januari 2011)

Orientasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4

Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan SMKTDS
Masa : 8.30 pagi
Penceramah : Puan Kamsiah Sufaat (Kaunselor SMKTDS)



Perhimpunan pagi (Selasa, 4 Januari 2011)

PK HEM, Encik Zailan dan Puan Rohiyati menyampaikan taklimat kepada para pelajar pada sesi perhimpunan pagi hari Selasa (4 Januari 2011).


Taklimat oleh Cikgu Azlan Hanif dan Cikgu Jefry di Dataran Wawasan.


Guru disiplin, Cikgu Jefry sedang memberi taklimat berkenaan disiplin dan mengingatkan pelajar-pelajar agar mematuhi peraturan sekolah.

Perhimpunan Rasmi (Isnin, 3 Januari 2011)

Pemandangan di kawasan sekolah pada jam 6.40 pagi


Ayahanda Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari dan guru-guru Kanan Bidang mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sesi pagi SMK Taman Desa Skudai pada hari pertama persekolahan pada hari Isnin (3 Januari 2011) di pintu pagar sekolah seawal jam 6.30 pagi dan memberikan hadiah cenderamata kepada pelajar yang hadir awal ke sekolah.


Pelajar-pelajar yang hadir awal menerima hadiah cenderamata daripada Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin dan kaunselor sekolah, Puan Asiah Ali di pintu pagar utama SMKTDS.


Semua guru sesi pagi berkumpul di pagar utama mengalu-alukan kehadiran pelajar pada hari pertama persekolahan.


Barisan guru-guru sesi pagi bergambar kenangan di perkarangan pintu masuk utama.



Para pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk sesi Perhimpunan Rasmi hari Isnin.


Wakil pelajar Tingkatan 3 tahun 2010, Nik Amirah Syazlin memberi ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua guru SMKTDS yang telah bertungkus-lumus mendidik pelajar sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan PMR 2010 yang telah diumumkan baru-baru ini.


Barisan tenaga pengajar sesi pagi SMKTDS.


Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari menyampaikan ucapan rasmi dan memberi kata-kata perangsang kepada para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh pada sesi persekolahan yang baru dan mematuhi peraturan disiplin sekolah.







Pengarah Pelajaran Johor Bahru, Tuan Haji Aminudin Bin Adam dan beberapa orang pegawai daripada PPD Daerah Johor Bahru bergambar kenangan bersama Pengetua SMKTDS, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari setelah mengadakan sesi lawatan ke sekolah pada hari pertama persekolahan (3 Januari 2011).

Video


Ayahanda Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari dan guru-guru Kanan Bidang mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sesi pagi SMK Taman Desa Skudai pada hari pertama persekolahan pada hari Isnin (3 Januari 2011) di pintu pagar sekolah seawal jam 6.30 pagi dan memberikan hadiah cenderamata kepada pelajar yang hadir awal ke sekolah.
 
Blogger Templates