About

08 January 2011

Perhimpunan Rasmi (Isnin, 3 Januari 2011)

Pemandangan di kawasan sekolah pada jam 6.40 pagi


Ayahanda Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari dan guru-guru Kanan Bidang mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sesi pagi SMK Taman Desa Skudai pada hari pertama persekolahan pada hari Isnin (3 Januari 2011) di pintu pagar sekolah seawal jam 6.30 pagi dan memberikan hadiah cenderamata kepada pelajar yang hadir awal ke sekolah.


Pelajar-pelajar yang hadir awal menerima hadiah cenderamata daripada Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin dan kaunselor sekolah, Puan Asiah Ali di pintu pagar utama SMKTDS.


Semua guru sesi pagi berkumpul di pagar utama mengalu-alukan kehadiran pelajar pada hari pertama persekolahan.


Barisan guru-guru sesi pagi bergambar kenangan di perkarangan pintu masuk utama.



Para pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk sesi Perhimpunan Rasmi hari Isnin.


Wakil pelajar Tingkatan 3 tahun 2010, Nik Amirah Syazlin memberi ucapan terima kasih dan penghargaan buat semua guru SMKTDS yang telah bertungkus-lumus mendidik pelajar sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan PMR 2010 yang telah diumumkan baru-baru ini.


Barisan tenaga pengajar sesi pagi SMKTDS.


Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari menyampaikan ucapan rasmi dan memberi kata-kata perangsang kepada para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh pada sesi persekolahan yang baru dan mematuhi peraturan disiplin sekolah.







Pengarah Pelajaran Johor Bahru, Tuan Haji Aminudin Bin Adam dan beberapa orang pegawai daripada PPD Daerah Johor Bahru bergambar kenangan bersama Pengetua SMKTDS, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari setelah mengadakan sesi lawatan ke sekolah pada hari pertama persekolahan (3 Januari 2011).

No comments:

 
Blogger Templates