About

08 November 2009

LAPORAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2009 (Peringkat Daerah JB)

Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2009 (Rabu dan Khamis) dengan jayanya di SMK Taman Universiti 2 dan SMK Taman Desa Skudai. Festival ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Sebanyak 2 buah sekolah menjadi tuan rumah iaitu SMK Taman Universiti 2 telah menjadi tuan rumah dalam acara “indoor”, manakala SMK Taman Desa Skudai pula telah menjadi tuan rumah bagi acara “outdoor”.

SMK Taman Universiti 2 telah menjadi tuan rumah dalam acara “indoor" iaitu :
(i)Pertandingan Pembentangan Topik Sains
(ii)Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)



Manakala SMK Taman Desa Skudai pula telah menjadi tuan rumah bagi acara “outdoor” iaitu :
(i)Pertandingan Pelancaran Roket
(ii)Pertandingan Kereta Solar
(iii)Pertandingan “Portable Cooking With Nature”

SMK Taman Desa Skudai telah menghantar beberapa orang peserta berikut untuk untuk menyertai beberapa pertandingan yang dijalankan iaitu :
(i)Pertandingan Pembentangan Topik Sains
(ii)Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
(iii) Pertandingan Pelancaran Roket
(iv)Pertandingan Kereta Solar

Pertandingan yang diadakan di dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Daerah Johor Bahru bertujuan untuk memilih pemenang atau wakil sekolah yang akan mewakili daerah Johor Bahru untuk Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri yang akan diadakan di SMK Pasir Gudang 2 pada 7 hingga 9 Julai 2009 nanti.

Berikut ialah nama para peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan sempena Festival tersebut. :

(i)Pertandingan Pembentangan Topik Sains
1) Muhd Yasin Ting Bin Muhd Sufian Ting (5A)
2) Nadiah Binti Elmi (5A)

(ii)Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
1) Muhammad Naqib Bin Mahizan (2RK1)
2) Khoo Chiaw Chen (2RK1)

(iii)Pertandingan Pelancaran Roket
1)Saidatul Sharin Binti Shuhaimi (4A)
2) Muhammad Hafiz Bin Zainorabidin (4B)

(iv)Pertandingan Kereta Solar
1)Irfan Danial Bin Mohd. Rahdi(3KP1)
2)Surenderan A/L Logan (5A)
3)Muhammad Amin Bin Saniman (5A)

Peserta-peserta SMK Taman Desa Skudai telah diiringi oleh tiga orang guru Sains iaitu Puan Azharni Bin Mohd. Ajib (Pertandingan Pembentangan Topik Sains), Puan Tan Seoah Chee (Pertandingan Amali Sains) dan Cik Mak Ngan Yen (Pertandingan Pelancaran Roket). Manakala untuk Pertandingan Kereta Solar pula diiringi oleh Cik Nurul Salime Binti Taharim.

Pertandingan-pertandingan bagi acara “outdoor” yang diadakan di SMK Taman Desa Skudai sepatutnya bermula pada jam 2.00 petang pada 24 Jun 2009, namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sebanyak dua pertandingan telah dipinda pada keesokan harinya iaitu Pertandingan Pelancaran Roket dan Pertandingan Kereta Solar. Hanya Pertandingan “Portable Cooking With Nature” yang dijalankan pada 24 Jun 2009. Pertandingan “Portable Cooking With Nature” telah diadakan pada jam 2.00 petang dimulakan dengan taklimat para hakim, dan diikuti dengan pameran serta sesi soal jawab antara para peserta dan para hakim di Anjung Ilmu. Setelah penilaian bagi hasil rekaan kreatif selesai, para peserta kemudiannya mempersembahkan pembentangan masing-masing selama 10 minit yang telah dijalankan di Makmal Bahasa.

Pada tarikh 25 Jun 2009, pertandingan telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pertandingan Pelancaran Roket telah dijalankan di Padang SMK Taman Desa Skudai dan En. Baba Bin Ismail menjadi Ketua Hakim. Manakala bagi Pertandingan Kereta Solar, pertandingan bermula pada jam 11.00 pagi di Gelanggang Bola Keranjang dengan taklimat daripada En. Abdul Wahab selaku Ketua Hakim. Sebanyak empat buah sekolah telah turut serta dalam pertandingan ini. Pertandingan Kereta Solar dimulakan dengan acara menguji kelajuan kereta solar rekaan para peserta di litar yang telah ditetapkan di Gelanggang Bola Keranjang. Ini diikuti dengan persembahan pembentangan multimedia daripada setiap pasukan yang bertanding selama 10 minit yang telah dijalankan di Makmal Bahasa.

Dalam pertandingan pada tahun ini, SMK Taman Desa Skudai telah dapat meningkatkan prestasinya berbanding tahun lepas.
Berikut ialah pencapaian peserta wakil SMK Taman Desa Skudai dan keputusan keseluruhan bagi semua pertandingan yang dianjurkan dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 kali ini.

Berikut adalah kejayaan yang ditempa oleh para peserta SMK Taman Desa Skudai.
(i) Pertandingan Pembentangan Topik Sains - Tempat Ketiga
(ii) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)- Naib Johan
(iii)Pertandingan Pelancaran Roket - Tempat Ketiga
(iv)Pertandingan Kereta Solar - Naib Johan

Keputusan Keseluruhan Pertandingan “Indoor” bagi Festival Sains dan Teknologi 2009 di SMK Taman Universiti 2.

Pertandingan Pembentangan Topik Sains

Kedudukan Sekolah
1 SMK IJ Convent
2 SMK (P) Sultan Ibrahim
3 SMK Taman Desa Skudai
4 SM Teknik Johor Bahru
5 SMK Seri Perling
6 SMK Mutiara Rini
7 SMK Mohd. Khalid
8 SMK Dato’ Jaafar
9 Maktab Sultan Abu Bakar
10 Sekolah Tun Fatimah
11 SMK Taman Nusajaya
12 SMK Gelang Patah
13 SMK Sri Rahmat
14 SMK Tanjung Adang
15 SMK Impian Emas
16 SMK Taman Selesa Jaya

Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)


Kedudukan Sekolah
1 SMK Tun Syed Nasir Ismail
2 SMK Taman Desa Skudai
3 SMK Sultan Ismail
4 Sekolah Tun Fatimah
5 SMK Seri Tebrau
6 SMK Impian Emas
7 SMK Skudai
8 SMK Mohd. Khalid
9 SMK Tasek Utara
10 SMK Taman Universiti
11 Maktab Sultan Abu Bakar
12 SMK Taman Selesa Jaya 2
13 SMK Convent
14 SMK Taman Damai Jaya
15 SMK (P) Sultan Ibrahim
16 SMK Taman Universiti 2
17 SMK Taman Nusajaya
18 SMK Sri Rahmat
19 SMK Taman Mutiara Rini

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains

Kedudukan Sekolah
1 SMK Teknik (ERT) Azizah
2 SM Teknik Johor Bahru
3 SMK Sultan Ismail
4 SMK Dato’ Jaafar 2
5 SMK Tasek Utara 2
6 SMK Dato’ Jaafar 1
7 SMK Teknik Perdagangan

Keputusan Keseluruhan Pertandingan “Outdoor” bagi Festival Sains dan Teknologi 2009 di SMK Taman Desa Skudai.

Pertandingan “Portable Cooking With Nature”

Bil Nama Sekolah
1 SMK Taman Selesa Jaya
2 SMK Impian Emas
3 SMK Bandar Baru Uda
4 SMK Sultanah Engku Tun Aminah
5 SMK Seri Perling
6 SMK Taman Selesa Jaya 2

Pertandingan Kereta Solar

Bil Nama Sekolah
1 SMK Taman Selesa Jaya
2 SMK Desa Skudai
3 SMK Sultan Ismail
4 SMK Tasek Utara


Pertandingan Pelancaran Roket

Bil Nama Sekolah
1 SMK Taman Mutiara Rini
2 SMK Dato' Abdul Rahman Yassin
3 SMK Desa Skudai
4 SMK Tasek Utara
5 Maktab Sultan Abu Bakar
6 SMK Sri Rahmat
7 SMK Skudai
8 SMK Taman Selesa Jaya
9 SMK Taman Universiti
10 SMK Selesa Jaya 2
11 SMK Kempas
12 SMK Gelang Patah
13 SMK (P) Sultan Ibrahim
14 SMK Tun Syed Nasir Ismail
15 SMK Tasek Utara 2
16 SMK Sultan Ismail
17 SMK Sri Tebrau
18 SMK Taman Universiti 2
19 SMK Mutiara Rini 2
20 SMK Impian Emas


Pada tahun hadapan diharapkan prestasi ini dapat dipertingkatkan lagi dengan menyediakan pelapis-pelapis bagi setiap bahagian serta memantapkan lagi peserta-peserta sedia ada.

Gambar-gambar Persiapan Tempat sempena Penganjuran Acara “Outdoor” untuk Festival Sains dan Teknologi 2009



En. Azlan Haniff sedang menyiapkan “target point” untuk Pertandingan Pelancaran Roket.



Para pelajar sedang mengepung kawasan pertandingan dengan pita penghadang.


Puan Erna dan Puan Vikneswary sedang menyiapkan landasan untuk Pertandingan Kereta Solar.


Pelajar-pelajar sedang membantu guru menyiapkan landasan kereta solar.



Pelajar sedang membersihkan kawasan air takungan di Gelanggang Bola Keranjang.

Gambar-gambar Sepanjang Penganjuran Acara “Outdoor” untuk Festival Sains dan Teknologi 2009 – Pertandingan Kereta Solar

En. Faizul dan En Baba sedang member penerangan kepada para peserta dan guru pengiring.



Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai





Para peserta bersiap sedia untuk memulakan acara menguji kelajuan kereta solar.


Peserta SMK Taman Desa Skudai sedang mempersembahkan persembahan multimedia.


Hakim Pertandingan Kereta Solar sedang membuat penilaian persembahan multimedia para peserta.

Gambar-gambar Sepanjang Penganjuran Acara “Outdoor” untuk Festival Sains dan Teknologi 2009 –Pertandingan Pelancaran Roket


Saidatul Sharin dan Hafiz mewakili SMK Taman Desa Skudai dalam Pertandingan Pelancaran Roket.


Peserta SMK Taman Desa Skudai bersedia untuk melancarkan roket.


Roket yang Berjaya dilancarkan oleh peserta SMK Taman Desa Skudai.



En. Baba sedang meneliti roket ciptaan para peserta pertandingan


Gambar-gambar Sepanjang Penganjuran Acara “Outdoor” untuk Festival Sains dan Teknologi 2009 – Pertandingan “Portable Cooking With Nature”




Para peserta SMK Seri Perling bergambar bersama dapur ciptaan mereka.

Para peserta dari SMK Selesa Jaya bersama dapur ciptaan mereka.- Johan Pertandingan “Portable Cooking With Nature”


Peserta dari SMK Impian Emas sedang memberi penerangan kepada hakim pertandingan. - Naib Johan Pertandingan “Portable Cooking With Nature”


Disediakan oleh,
PN. NORDIANA BINTI AHMAD
Ketua Panitia Sains
SMK Taman Desa Skudai


LAPORAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2009 (Peringkat Negeri Johor)

Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 7hingga 9 Julai 2009 di SMK Pasir Gudang 2. Festival anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Bahagian ICT Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh YB En. M. Asojan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor.

SMK Taman Desa Skudai telah menghantar penyertaan bagi 2 pertandingan iaitu :
(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
(ii) Pertandingan Kereta Solar

Berikut adalah senarai nama peserta bagi setiap pertandingan :

(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
-Muhammad Naqib Bin Mahizan (2RK1)
- Khoo Chiaw Chen (2RK1)

(ii) Pertandingan Kereta Solar
-Irfan Danial Bin Mohd. Rahdi (3KP1)
-Surenderan A/L Logan (5A)
-Muhammad Amin Bin Saniman (5A)

Pertandingan yang diadakan di dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 peringkat negeri Johor Bahru ini bertujuan untuk memilih pemenang atau wakil sekolah yang akan mewakili negeri Johor untuk Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri yang akan diadakan di Perlis nanti.


Peserta-peserta SMK Taman Desa Skudai telah diiringi oleh seorang guru Sains iaitu Puan Tan Seoah Chee bagi Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda) , manakala untuk Pertandingan Kereta Solar pula diiringi oleh Cik Nurul Salime Binti Taharim dan Puan Normala Binti Ibrahim.

Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai telah berjaya mendapat Naib Johan setelah dikalahkan oleh SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi dari segi kelajuan kereta solar. Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai telah mendapat pujian dalam persembahan multimedia dan pencapaian ini adalah sangat memberangsangkan kerana sebanyak 20 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Kereta Solar tersebut.

Berikut ialah pencapaian peserta wakil SMK Taman Desa Skudai dan keputusan keseluruhan bagi semua pertandingan yang dianjurkan dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 kali ini.

(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda) -Tiada tempat
(ii) Pertandingan Kereta Solar -Naib Johan

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Kereta Solar bagi
Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Negeri di SMK Pasir Gudang 2.

Johan
-SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi
Naib Johan
-SMK Desa Skudai, Johor Bahru
Tempat Ketiga
-SMK Moakil, Segamat

Kedudukan Daerah
Johan- Kota Tinggi
Naib Johan - Johor Bahru
Tempat Ketiga - Segamat

Pada tahun hadapan diharapkan prestasi ini dapat dipertingkatkan lagi dengan menyediakan pelapis-pelapis bagi setiap bahagian serta memantapkan lagi peserta-peserta sedia ada.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2009


Pasukan Kereta Solar SMKTDS bergambar kenangan bersama guru-guru pengiring dan hadiah yang telah mereka menangi.
 
Blogger Templates