About

Showing posts with label Semakan Kemasukan ke IPTA. Show all posts
Showing posts with label Semakan Kemasukan ke IPTA. Show all posts

20 July 2010

Status rayuan keputusan kemasukan IPTA disemak esok

KUALA LUMPUR: Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari esok.

Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di http://www.upu.gov.my

atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing dan membawanya sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan.

Kementerian juga menyatakan bahawa ia tidak melantik sesiapa sebagai ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapatkan tempat ke IPTA.

Ini kerana semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

Menurut kenyataan itu keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 31 Julai ini.

Calon juga dinasihatkan menggunakan kemudahan Hotline dan Helpline bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan menerusi talian 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan.


Semakan boleh dilakukan di laman web berikut, www.jpt.uum.edu.my dan www jpt.utm.my.

Calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan SMS ke 15888. - BERNAMA

Sumber dipetik dari Berita Harian Online

01 May 2010

Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA



Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Diketahui Sabtu ( 1 Mei 2010)

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari Sabtu.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web
http://upu.mohe.gov.my
, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di
http://www.um.edu.my/kemasukan
, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://jpt.utm.my/, http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/tawaran, http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, http://www.unimas.my/Kemasukan/Program Asasi, http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran
, http://www.umt.edu.my/tawaran.php, http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.utem.edu.my/kemasukan, http://www.ump.edu.my/kemasukan, http://www.unimap.edu.my/tawaran, http://www.udm.edu.my/tawaran atau http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran
.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Kredit --
BERNAMA
 
Blogger Templates