About

23 October 2013

Program Ibadah Korban (17 Oktober 2013)

LAPORAN PROGRAM KORBAN 2013
Program ini merupakan program yang julung kali diadakan semenjak sekolah ini ditubuhkan. Program ini bermula dengan Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid beserta krew korban yang diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak dan Cikgu Roslizan bersama Ustaz Shairazi bergerak ke Kampung Nyamuk, Sedenak untuk memilih haiwan korban yang sesuai bagi memenuhi hasrat peserta korban yang terdiri daripada kalangan guru di SMK Taman Desa Skudai, ibu bapa pelajar dan keluarga terdekat guru sekolah ini.
 
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 Oktober 2013 dengan menyembelih lembu Brahma kacukan Australia bernilai RM3800 untuk dikorbankan sebagai amalan soleh sebagai mencontohi pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S.
 
Program bermula dengan sesi taklimat, kemudian disusuli dengan aktiviti menyembelih, melapah dan mengagih-agihkan daging korban kepada anak yatim, murid miskin, peserta korban dan krew gotong-royong dari kalangan guru sesi pagi dan petang serta staf sokongan swasta. Berkat kerjasama yang erat dan padu daripada kalangan guru-guru Islam sesi pagi dan petang tanpa mengenal penat dan jemu, program ini telah berlangsung dengan jayanya.
 
Semoga ianya menjadi titik tolak untuk memaksimakan pengorbanan ke tahap optima tanpa memberi sedikit ruang dan peluang untuk syaitan merosakkan keikhlasan warga SMKTDS dalam semua aspek sama ada sekceil perkara sehingga ke sebesar perkara.
 
Disediakan oleh :
Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran
 
 
 
 
 
Pelajar-pelajar beragama Islam Tingkatan 3 berkumpul di perkarangan tempat letak kereta guru untuk mendengar sesi taklimat.
 


 
 
 


Guru-guru Islam SMKTDS sesi pagi dan petang serta staf sokongan swasta bergotong-royong melapah daging korban dengan dibantu oleh para pelajar Tingkatan 3.


 
Pelajar-pelajar Islam Tingkatan 3 membantu guru memasak sup daging di surau SMKTDS.
 

 
 


 
Sesi jamuan untuk semua pelajar dan guru Muslim di surau SMKTDS.
 


No comments:

 
Blogger Templates