Program Pesta Tanglung telah dilaksanakan pada 7 September 2013 yang lalu dan berjalan seperti yang dirancangkan. Pesta ini disertai oleh para guru dan pelajar SMK Taman Desa Skudai. Ibu bapa pelajar turut dijemput untuk memeriahkan suasana.
Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang di perkarangan SMK Taman Desa Skudai. Para guru, pelajar dan ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftarkan diri, para tetamu dapat menyaksikan Pameran Persatuan Bahasa Cina. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk menyertai teka-teki Tanglung. Jawapan teka-teki tanglung dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
Tepat pada jam 7.00 malam, Pertandingan Hula Hoop telah diadakan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang hadir. Pn Nik Huei Shea dan Pn Rosalynn Woong Kar Ling memainkan peranan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Acara pada malam Pesta Tanglung diteruskan dengan Pertandingan Larian Lilin. Pertandingan terakhir pada malam tersebut ialah Pertandingan Membuat Tanglung.
Pada jam 8.00 malam, ketibaan pengetua SMK Taman Desa Skudai iaitu Pn. Hjh Fouziah Bt Abu Hamid, diiringi oleh AJK PIBG iaitu En Lee Kok Siang, Pn Lee Jing Jing dan En Sutharsan A/L Raj. Pn Mak Ngai Yen telah selaku pengacara program pada hari tersebut telah menjemput Pn Hjh Fouziah untuk memberi ucapan sekaligus membuka tirai Pesta Tanglung secara rasminya.
Program tersebut diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Sempena sambutan Pesta Tanglung, pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Merekacipta Tanglung. Bagi memeriahkan acara, sesi cabutan bertuah turut diadakan.
Selepas sesi cabutan bertuah, semua pelajar, ibu bapa dan guru telah dijemput untuk menjamu selera di kantin. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dengan persembahan pelajar. Antaranya ialah persembahan gendang Cina, tarian India, tarian zapin dan pertunjukan pedang.
Acara kemuncak pada malam tersebut bermula pada jam 9.20 malam. Acara berarak sambil membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh YDP PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum.
Pada jam 9.45 malam, persembahan gendang Cina sekali lagi dipersembahkan sekaligus menutup tirai Pesta Tanglung pada tahun 2013.
Secara keseluruhannya, program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh SMK Taman Desa Skudai adalah berjaya. Harapan semua warga sekolah untuk bersama-sama menyambut Pesta Tanglung telah dapat dilaksanakan. SMKTDS telah menyusun program dengan teliti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan sempurna. Semua pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina terlibat dalam program yang dianjurkan. Semoga pada tahun hadapan sambutan seumpama ini akan disambut lagi dengan lebih meriah.
Laporan disediakan oleh
:
Cik We Ah Ma
Cik We Ah Ma
Sesi pendaftaran ibu bapa dan pelajar
Pelajar-pelajar yang hadir berkumpul di Dataran Wawasan.
Ucapan Pengetuan Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid
Pemandangan di Anjung Ilmu dan Dataran Wawasan
Tanglung
Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid.
Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG, En Lee Kok Siang
Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG, En Sutharsan A/L Raj.
Pertandingan tarian lilin
Tanglung
Persembahan gendang Cina
Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar India
Persembahan Tarian Zapin oleh pelajar Melayu
Pertunjukan pedang
Pemandangan sekitar dan ibu bapa yang turut hadir dalam Pesta Tanglung 2013.
Perarakan membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh AJK PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum.
Pameran Persatuan Bahasa Cina
Jamuan untuk semua tetamu yang hadir di kantin.
No comments:
Post a Comment