Ucapan Pengetua Puan Hajah Fouziah
Ketibaan Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya disambut dengan persembahan silat seni gayung daripada para pelajar di Anjung Ilmu.
Penyampaian hadiah kepada guru yang menerima anugerah ko-kurikulum cemerlang.
Ucapan daripada Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
Perasmian oleh YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya.
Penyampaian cederahati kepada YB Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Fouziah.
Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Tamil.
Lawatan ke tapak pameran Persatuan Bahasa Cina.
Lawatan ke tapak pameran anjuran Kolej Komuniti.
Lawatan ke tapak pameran anjuran Politeknik.
Pasukan gendang cina.
Kelab yoyo cina.
Kelab Kebudayaan Zapin.
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Persembahan Silat Seni Gayung.
LAPORAN HARI KO-KURIKULUM 2013
Pada
7
September 2013, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Desa Skudai (SMKTDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum kali
ke-11 bagi tahun 2013. Hari Kokurikulum
tersebut telah berlangsung dengan begitu baik mengikut perancangan yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang
terlibat. Yang Berbahagia Dr. Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya dan Prof. Dr. Maketab
B. Mohamad sebagai Yang Dipertua PIBG telah berbesar hati meluangkan
masa untuk merasmikan majlis dan
memeriahkan hari Ko-kurikulum pada tahun ini lagi.
Objektif
Hari Kokurikulum adalah untuk menyemai
bakat kepimpinan pelajar-pelajar dalam
kegiatan unit beruniform dan persatuan
serta memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan dalam
kokurikulum. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan
kepada para penyumbang jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum dan memupuk semangat kerjasama dan berpasukan
dalam kalangan para pelajar.
Para
pelajar pagi diminta berkumpul di Anjung Ilmu dan pelajar petang berhimpun di
tapak perhimpunan bagi memudahkan guru kelas mengambil kedatangan. Tepat jam
8.00 pagi majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Johor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, bacaan doa oleh
Ustaz Sharazi bin Che Mohamed agar
majlis yang dirancang berlangsung dengan baik. Majlis diserikan dengan ucapan
alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid.
Pengetua, Pn. Hajah Fouziah binti Abu Hamid diiringi Penolong Pengetua
Kokurikulum, Pn. Azlina binti Mohammad menyampaikan anugerah sijil ko-kurikulum
1 kepada para pemenang.
Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan aerobik yang diketuai oleh pelajar Tingkatan 4 UKM, Fatin Nabila binti Nor Hisham bersama kumpulan pelajar seramai 51 orang. Seterusnya,
para penonton dihiburkan dengan persembahan Yoyo daripada persatuan yoyo,
tarian asli India, tarian zapin dan tarian Sumazau yang diketuai oleh Pn. Erna
binti Tunda. Pada masa yang sama, aktiviti pameran , permainan dan pertandingan
turut berlangsung. Pameran hasil-hasil kerja
pelajar persatuan bahasa Cina di
kelas 4 UKM. Hasil kerja pelajar Unit bimbingan dan kaunseling di Anjung Ilmu dan hasil kerja pelajar persatuan Seni Visual dipamerkan
di bilik seni. Pada masa yang sama, pertandingan tarik tali
dan futsal kategori bebas
dilaksanakan serentak di dua tempat berbeza. Pertandingan tarik tali
berlangsung di padang sekolah SMKDS dan permainan futsal bertempat di gelanggang
bola keranjang.
Tetamu dan para jemputan mula
hadir pada pukul 11.00 pagi. Tepat jam
11.20 pagi , dif kehormat iaitu YB. Dr.
Zaini binti Abu Bakar, ADUN Nusajaya tiba di pekarangan sekolah dengan disambut
oleh dif-dif jemputan dan para tetamu. Pasukan kompang SMKTDS mengiringi
rombongan tersebut dengan paluan kompang sehingga rombongan kehormat tiba di
Anjung Ilmu. Seterusnya, pasukan silat sekolah mengalu-alukan kehadiran dif jemputan dengan mempersembahkan
silat selamat datang. Seramai 5 orang pesilat telah menunjukkan seni silat
gayung kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Pasukan gendang cina
sekolah turut ingin menyumbangkan baktinya dengan mengalunkan sebuah lagu
pembukaan dengan kekuatan seramai 20 orang diketuai oleh Lee Wei Siong dari kelas 4
UTM .
Majlis semakin meriah dengan persembahan
tarian zapin daripada10 orang pelajar
perempuan dari kelab Kebudayaan (Tarian)
Sekolah di bawah bimbingan Pn. Feidawani binti Atal. Kemuncak acara bermula
pada pukul 11.45 pagi dengan bermulanya
majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum kepada para pelajar yang
cemerlang dalam bidang kokurikulum. Jasa guru tidak dilupa. Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga
dalam pemantapan pengurusan kokurikulum
SMKTDS sepanjang tahun 2013 turut diakui dan diberi pengiktirafan dalam
majlis ini. Majlis diteruskan dengan ucapan
penutupan perasmian daripada Yang
Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar. Sambutan Hari Kokurikulum secara rasminya ditutup
dengan pemecahan ais oleh Dr. Zaini dalam acara gimik. Plak Hari Kokurikulum
yang terdapat di dalam ais merupakan
simbol perasmian penutupan majlis ini . Usai
acara penutupan perasmian, Yang
Berhormat Dr. Zaini bin Abu Bakar dengan diiringi oleh tetamu jemputan yang
lain melawat pameran hasil kerja pelajar dan seterusnya menuju ke kantin
sekolah untuk menjamu selera. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan
pelajar dibenarkan pulang.
Kesimpulannya,
program Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan
datang agar usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan
sekaligus merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Para pelajar juga diharapkan
dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kokurikulum pada masa
akan datang. Penglibatan pelajar perlu seimbang
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum agar pelajar yang terhasil ialah
pelajar yang mampu berdaya saing dalam setiap aspek ke arah Negara mencapai
wawasan 2020.
PN. NORIZAN BINTI ITHNIN DAN PN. AZHARNI
BINTI MD. AJIB
AJK Laporan
No comments:
Post a Comment