About

19 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri (2 September 2010)


Buletin hasil karya Mohd. Fahim (4UKM)


SMKDS - Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 2 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 di surau SMKDS. Majlis ini tidak asing lagi di kalangan warga SMKDS kerana dijalankan pada tiap-tiap tahun sejak sekolah ini ditubuhkan.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Zakir dan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin Saari. Seramai 127 orang pelajar telah turut serta dalam majlis ini. Pelajar yang menyertai khatam Al-Quran merupakan pelajar yang hadir di surau setiap hari sepanjang bulan Ramadhan membaca Al-Quran ketika waktu rehat.

Selesai bacaan Al-Quran dan doa khatam Al-Quran, penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar yang turut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran. Cenderahati yang diberikan berupa sebuah buku Qiamullail yang ditaja oleh Pusat Islam UTM, sekuntum bunga telur yang ditaja oleh Ketua Bidang, buku zikir dan penanda buku.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu Prof. Madya Dr. Maketab B. Mohamed. Beliau mengingatkan pelajar bahawa membaca Al-Quran bukan satu perkara yang mudah jika tidak mendapat didikan yang baik.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin. Beliau menasihatkan pelajar-pelajar agar menggunakan wang sumbangan zakat dan duit raya dengan sebaik mungkin.

Majlis disusuli dengan pemberian sumbangan hari raya bermula. Sumbangan hari raya ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama ialah pelajar yang layak menerima zakat, sumbangan dan duit raya dan kategori kedua ialah pelajar yang menerima sumbangan dan duit raya. Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Prof. Dr. Maketab, Naib YDP PIBG Dr. Yazid dan Ayahanda Pengetua Tuan Haji Shaharuddin.

Majlis sebegini dapat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.


No comments:

 
Blogger Templates