About

25 December 2010

Hari Inovasi JPNJ 2010 (24 Disember 2010)



Pada 24 Disember 2010 (Jumaat) bertempat di SM Teknik Johor Bahru telah berlangsungnya Hari Inovasi JPN Johor 2010. Majlis yang diadakan untuk kali pertama ini menggunakan tema "Inovasi Pencetus Transformasi" bertujuan memupuk kesedaran dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga Jabatan, Daerah dan Sekolah ke arah menghasilkan inovasi terbaik untuk perkongsian bersama. Majlis yang julung kali diadakan ini diadakan menggantikan Hari Kualiti yang disambut setiap tahun oleh semua agensi perkhidmatan awam selaras dengan pelancaran "Malaysia Inovatif 2010".


Dua penyertaan sekolah dalam Pertandingan Inovasi JPN Johor telah berjaya merangkul kejayaan dan dinobatkan "Anugerah Inovasi Terbaik JPN Johor Tahun 2010". Kejayaan yang membanggakan warga SMKTDS ini telah meletakkan dua penyertaan inovasi daripada guru-guru SMKTDS sebagai antara 10 inovasi terbaik di negeri Johor. Inovasi yang menerima anugerah ini bertajuk "Penggunaan Blog Subjek oleh Guru-guru di dalam P&P" yang telah diketuai oleh Puan Nordiana Binti Ahmad, manakala inovasi kedua pula bertajuk "Akses Mudah Fail Evidens PBS KHB" diketuai oleh Puan Hajjah Tg Zarena Binti Tg Azam. Pihak sekolah yang diterajui oleh Pengetua, Tuan Hj Shaharuddin Bin Saari juga turut menerima satu lagi penghargaan dengan menerima satu lagi anugerah iaitu "Anugerah Penarafan Kendiri Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) melepasi 95% dan ke atas" untuk Kategori Sekolah Menengah.

Majlis yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Hj Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan penuh meriah di Dewan Seri Gemilang SM Teknik Johor Bahru yang turut dihadiri oleh barisan warga pendidikan dari seluruh negeri Johor.




Inovasi daripada guru SMKTDS yang bertajuk "Penggunaan Blog Subjek oleh Guru-guru Di dalam P&P" telah diberi peluang membuat pameran ketika Majlis Inovasi JPNJ 2010 ini diadakan di perkarangan Dewan Seri Gemilang SM Teknik Johor Bahru.





Puan Nordiana Ahmad berpeluang memberi penerangan khas kepada Y. Bhg Tuan Haji Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor yang turut hadir melawat tapak pameran pada majlis tersebut.

 
Warga pendidik dari seluruh negeri Johor yang berkunjung ke tapak pameran.



Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari, Pengetua SMK Taman Desa Skudai sedang menerima tiga anugerah khas daripada Y. Bhg. Tuan Haji Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor.
Bergambar kenangan di tapak pameran.
Inovasi dari SMK Benut, Pontian yang bertajuk " Woodclay" oleh Encik Roslan Bin Idris

 
Ustaz Khairul Anuar dari SM Teknik Perdagangan JB dengan inovasinya yang bertajuk "Portal e-Pendidikan Islam" yang turut sama mengadakan pameran.

 
Pameran yang diketuai oleh En Fairus mewakili PPD Pasir Gudang sedang menyampaikan taklimat mengenai inovasinya yang bertajuk "Smart Sorter".

No comments:

 
Blogger Templates