Laporan Hari Kokurikulum SMK Taman Desa Skudai Tahun 2014
Pada
27
September 2014, SMK Taman Desa
Skudai (SMKDS) telah mengadakan Hari Kokurikulum kali ke-12 bagi tahun 2014.
Hari Kokurikulum telah berlangsung dengan begitu baik mengikut perancangan yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan ahli-ahli jawatankuasa yang
terlibat. Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah telah
berbesar hati meluangkan masa untuk merasmikan majlis dan memeriahkan Hari Kokurikulum pada tahun
ini.
Objektif Hari Kokurikulum adalah untuk
menyemai bakat kepimpinan pelajar-pelajar
dalam kegiatan unit beruniform dan persatuan serta memberi peluang
kepada pelajar mengembangkan bakat dan kebolehan dalam kokurikulum. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyumbang
jasa dan bakti dalam aktiviti kokurikulum dan memupuk semangat kerjasama dan
berpasukan dalam kalangan para pelajar.
Tepat jam 8.00 pagi, dif kehormat Inspektor
Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah tiba di perkarangan
sekolah dengan disambut oleh dif-dif jemputan dan para tetamu. Pasukan kompang
SMKTDS mengiringi rombongan tersebut dengan paluan kompang sehingga rombongan
kehormat tiba di Anjung Ilmu dan disambut dengan persembahan silat dan tarian
Zapin “Selamat Datang”. Seramai 4 orang pesilat telah menunjukkan seni silat
gayung kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Persembahan silat adalah di
bawah bimbingan Encik Omar Nor Bin Abu Bakar manakala tarian Zapin pula bawah
bimbingan Cik Nur Aimi Binti Idrus. Tarian Zapin “Selamat Datang” terdiri
daripada 2 orang pelajar perempuan Melayu dan 2 orang pelajar perempuan Cina.
Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu Bangsa Johor. Lagu-lagu tersebut telah
dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para jemputan, guru-guru dan pelajar.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shairazi bin Che
Mohamad agar majlis yang dirancang berlangsung dengan baik. Aturcara diteruskan
dengan pemeriksaan barisan unit beruniform oleh dif jemputan, Inspektor Ahmad
Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah dengan diiringi oleh
Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman dan Penolong Kanan kokurikulum, Puan Azlina
binti Mohamad serta AJK PIBG. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada
bonda Pengetua iaitu Puan Mahani Binti Sulaiman. Ucapan perasmian pula telah
disempurnakan oleh Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan
Sekolah. Perasmian tersebut telah disambut dengan paluan kompang dan perasmi
telah menurunkan tanda tangan pada plak yang telah disediakan. Majlis
diteruskan lagi dengan satu persembahan yang telah berjaya memukau para hadirin
dengan dendangan alunan petikan piano yang sungguh mengasyikkan yang dimainkan
oleh pelajar, Nadzifah Huda dari kelas 4UPM.
Usai
persembahan piano, majlis penyampaian anugerah dan sijil kokurikulum dimulakan.
Anugerah Khas telah disampaikan bagi kategori Anugerah Tokoh Kokurikulum dan
Anugerah Tokoh Sukan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum. Pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat
pelajar-pelajar yang seterusnya akan meningkatkan penglibatan mereka dalam
bidang kokurikulum. Guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam memantapkan
pengurusan Kokurikulum serta menaikkan nama sekolah sepanjang tahun 2014 turut
diberi pengiktirafan dan penghormatan dengan Anugerah Guru Aktif Kokurikulum dalam
majlis ini. Puan Mahani Binti Sulaiman selaku Pengetua SMK Taman Desa Skudai diiringi
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Azlina binti Mohamad menyampaikan anugerah
sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.
Selepas
majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada dif kehormat melawat
tapak pameran dan menjamu selera, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah
yang disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Encik Zaki bin Abd Hamid, Penolong
Kanan Kokurikulum, Puan Azlina binti Mohamad dan Penolong Kanan Pentadbiran,
Cik Chin Nyet Siong.
Tepat jam 10.00 pagi, para hadirin dihiburkan
pula dengan pelbagai jenis persembahan pelajar dan pertandingan. Persembahan
pelajar dimulakan dengan persembahan dikir barat terdiri daripada pelajar sesi
petang seramai 24 orang murid dari tingkatan 1 dan 2 yang dibimbing oleh Cik
Rashidah Binti Md. Taib. Persembahan seterusnya ialah persembahan gendang cina yang
dibimbing oleh Cik Shek Kwai Fun dan dianggotai seramai 33 ahli yang sentiasa
komited. Setelah dihiburkan dengan persembahan gendang cina, para hadirin
dihiburkan dengan persembahan koir di bawah bimbingan Cik Nur Aimi Binti Mohd.
Idrus. Antara lagu yang disampaikan ialah Lagu Do Re Mi, Raksa dan Kain
Pelikat. Pasukan koir ini telah memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Koir
sempena Bulan Bahasa dan bulan Kemerdekaan di peringkat daerah. Seterusnya para
hadirin digegarkan dengan persembahan tarian India yang dibimbing oleh Puan Maha Letchumi
A/P Krishnan dan Puan Kogilavani A/P Desik Mony. Persembahan ini telah memukau
para penonton dengan persembahan tarian muzikal dari era 60-an sehingga kini. Para
penonton yang menyaksikannya berasa sangat kagum dengan gerak tarinya yang
cekap. Seterusnya, penonton dipersembahkan dengan persembahan bahasa isyarat.
Persembahan yang unik ini telah dibimbing oleh Cik Lim Eit Chan. Para penonton turut
dihiburkan dengan persembahan Senam Robik dan diketuai oleh Ya’isah 2UPSI. Pasukan
ini telah mendapat bimbingan daripada Puan Nor Ar’bayah binti Ramli. Persembahan
penutup pula ialah daripada pasukan Yoyo sekolah. Pasukan yoyo sekolah ini
telah mempersembahkan aksi hebat mereka untuk tatapan penonton yang hadir. Persembahan
yoyo ini telah dipersembahkan oleh 30 orang pelajar dari tingkatan Peralihan
sehingga Tingkatan 5. Persembahan ini dibimbing oleh Puan Tang Chiew Ha.
Sepanjang penyampaian anugerah dan
persembahan pelajar diadakan, aktiviti pameran, permainan dan pertandingan
turut berlangsung. Di Bilik 1, antara yang dipamerkan ialah Sakan Automatik
Feeder, Alat Pengutip Paku, Robotik dan Model Pelajar. Bagi Bilik 2, di sana
terdapat Pameran Bahasa Tamil dan turut dipamerkan ialah ‘Kolam’ dan Pakaian
Tradisional India. Pihak Palapes Laut turut terlibat dalam pameran yang
diadakan sempena Hari Ko-kurikulum. Sementara itu, pameran hasil-hasil
kerja pelajar persatuan bahasa Cina dipamerkan di kelas 4
UKM. Hasil kerja pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling di Anjung Ilmu dan hasil kerja pelajar persatuan
Seni Visual dipamerkan di Bilik Seni.
Pada masa yang sama, pertandingan tarik
tali dan
futsal kategori bebas dilaksanakan serentak di dua tempat berbeza.
Pertandingan tarik tali berlangsung di padang sekolah SMKTDS dan permainan
futsal bertempat di gelanggang bola keranjang.
Selesai upacara persembahan oleh para pelajar dan
pertandingan permainan, Pengetua Puan Mahani Binti Sulaimi menyampaikan hadiah
kepada para pelajar yang telah menyertai pertandingan tersebut. Antara
permainan yang diadakan ialah permainan Congkak, Batu Seremban,Baling Getah,
Petanque, Yoyo Cina, Sepak Raga, Bola Keranjang, Baling Tin, Bola Sepak dan
Hoki. Pertandingan tersebut telah
dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Majlis
tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan para pelajar telah dibenarkan pulang.
Kesimpulannya, program
Hari Kokurikulum ini memang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar
usaha melahirkan bakat dan potensi pelajar dapat dilaksanakan sekaligus
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek,
rohani dan sosial. Para pelajar juga diharapkan dapat melibatkan diri dengan
lebih aktif dalam bidang kokurikulum
pada masa akan datang.
Penglibatan pelajar perlu seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum agar
pelajar yang terhasil ialah pelajar yang mampu berdaya saing dalam setiap aspek
ke arah Negara mencapai wawasan 2020.
Disediakan
oleh,
Puan Mursyidah Binti Ismail dan Puan Nordiana Binti Ahmad
AJK Laporan
Ketibaan Inspektor Ahmad
Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah selaku perasmi Majlis Hari
Kokurikulum SMKTDS Tahun 2014 sekolah disambut oleh barisan pentadbir sekolah.
Ketibaan dif kehormat disambut
dengan persembahan silat.
Ketibaan dif kehormat disambut
dengan persembahan tarian Zapin “Selamat Datang”
di Anjung Ilmu.
Barisan para pentadbir bersama
perasmi Majlis Hari Kokurikulum 2014, Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail bersama
wakil AJK PIBG.
Wakil
daripada setiap unit beruniform Bacaan doa bagi
memberkati majlis.
berbaris
di Dataran Wawasan.
Pemeriksaan barisan unit
beruniform oleh dif jemputan, Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai
Perhubungan Sekolah dengan diiringi oleh Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman
dan Penolong Kanan kokurikulum, Puan Azlina binti Mohamad serta wakil AJK PIBG.
Ucapan
alu-aluan daripada bonda Pengetua iaitu Puan Mahani Binti Sulaiman.
Ucapan perasmian pula telah
disempurnakan oleh Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku Pegawai Perhubungan
Sekolah
Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail selaku
perasmi majlis menandatangani plak perasmian.
Persembahan piano oleh Nadzifah
Huda dari kelas 4UPM.
Penyampaian Anugerah Khas bagi
kategori Anugerah Tokoh Kokurikulum 2014.
Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail
menyampaikan Anugerah Khas Hari Kokurikulum 2014.
Inspektor Ahmad Hazwan Bin Ismail
menyampaikan Anugerah Khas Hari Kokurikulum 2014.
Puan Mahani Binti Sulaiman selaku
Pengetua SMK Taman Desa Skudai menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Ahmad
Hazwan Bin Ismail selaku perasmi Hari Kurikulum 2014.
Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong menyampaikan anugerah sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.
Penolong Kanan Pentadbiran, Cik
Chin Nyet Siong dan Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Azlina binti Mohamad menyampaikan
anugerah sijil kokurikulum kepada para penerima anugerah.
Persembahan pelajar dimulakan
dengan persembahan dikir barat terdiri daripada pelajar sesi petang.
Persembahan
gendang cina.
Persembahan koir di bawah
bimbingan Cik Nur Aimi Binti Mohd. Idrus.
Persembahan tarian India yang dibimbing oleh Puan Maha
Letchumi A/P Krishnan dan Puan Kogilavani A/P Desik Mony
Persembahan bahasa isyarat
dibimbing oleh Cik Lim Eit Chan.
Persembahan Senam Robik yang diketuai
oleh Ya’isah 2UPSI dn dibimbing oleh Puan Nor Ar’bayah binti Ramli
Persembahan
yoyo ini telah dipersembahkan oleh 30 orang pelajar dari tingkatan Peralihan
sehingga Tingkatan 5.
No comments:
Post a Comment